Wednesday, March 26, 2014

Selfie and Hashtag Pray4MH370

Assalamualaikum.

I kan, sebenarnya kurang paham dengan mentality some people yang boleh guna hashtag #Pray4MH370 lepas tu selfie gambar mulut muncung, gambar promote ibu putih, promote baju, promote ubat ketatkan faraj segala. Haish! Lepas tu ayat nak cover line hashtag #sad #mh370 #takjumpa #lagi lepas tu selfie kenyit mata sebelah tapi duck sad face. Lagi daring siap hashtag #boring #rindukamu #ifollowu #followmeback. Nampak tak permainan dia sebenarnya nak apa kan? FOLLOWER obviously.

Usually yang selfie ni bebudak yang baru nak up, attention seeker yang nak orang follow balik or mintak puji yang dia ni handsome/cantik. I memang geram. Pastu. Kah kah kah. Ni I nak taip pon I gelak sampai nanges. Memula semalam geram, tapi harini rasa kelakar pulak dah.

Kisahnya macam ni. Ada la sorang budak ni amek gambar tepi pantai, letak caption ‘Rindu aku sangat rindu kamu’ #lempaqblakang #bosan #black #peace #instaboy lepas tu tetiba ada #pray4Mh370 trolololol

Lepas tu I pon komen cakap ‘Please have some respect and remove that MH370 hashtag’. Lepas tu dia reply komen cakap macam ni ‘Why? What ur problem? Ur ig? Did I said bad word on that? Pray 4 them. Berdoa pon salah? Lol. Payah orag pkiaq bkn2 ni. Open ur mind.’ (Maafkanlah grammar dia)

Lepas tu I taknak kalah (kahkahkah). Reply balik macam ni, ‘Berdoa bukan guna gambar selfie lepas tu hashtag bosan yellow black peace segala. U shud open ur mind’. Kahkah. I bergaduh dengan budak sekolah, lepas tu apa lagi dia panggil segala bala tentera dia untuk backfire I. Matila.

Yang sorang tu komen, ‘Euw poyo gila pompuan ni. Dok wat terok apa? Suruh dia open mind dia dulu sebelum cari pasai. #attentionseeker #pulun (Dah aku la yang attention seeker kat sini?) T___T

Pastu masuk sorang lagi ‘Pompuan ni yang tak paham. Adoi susah ada gak orang macam ni. Nak teguq orang see urself 1st la. Hang Islam right? Where ur hijab? Kalau rasa diri dah perfect baru tegur orang k?’ #menyampahbtoi

Dah I pulak kena sekolah pasal tegur orang tapi tak pakai tudung. Dah tu konsep dia, kalau kiter nampak orang buat salah, lari balik umah pakai tudung dulu baru tegur ke acane ni? Tengok orang dok sepak kucing sampai pengsan lepas tu sebab tak pakai tudung okla, tak pakai tudung ni. Tak payah la tegur. Biar je la kucing tu mati pon’. Sambung korek idong.

Masuk sorang lagi cakap macam ni plak ‘Dia kurang kasih sayang tu.. Block saja’.

Gitu. Kurang kasih sayang pulak I. T____T

And tuan empunya IG reply balik ‘Doa yang terbaik dah la untuk dia’.

Kisahnya. Baik dia nak doakan I pulak.

Lepas tu I ada la reply balik cakap lebih kurang macam ni la. Tak sempat nak screenshot. Lepas tu IG budak ni dah private. ‘Bagusnya bahasa adik-adik ni. Takper la. I maafkan. Memang seronok kalau dapat attack personal orang yang menegur. Yang penting niat kiter tu. Cuma I rasa nak guna gambar selfie and hashtag Pray4MH370 tu inappropriate’. Or something like that.

And tuan punya IG reply balik cakap macam ni, “Hai Mak Jemah. Tak habes lagi ka? Pergi la kemas umah ke jaga anak ke? Takyah dok sebok’. Like that.

Biadap. Kan?

I share dekat IG and lepas tu semua pakat gelakkan I. ‘Ko pergi layan budak kecik dah kenapa?’ ‘Maafkan la dia, bebudak lagi tu’ and Lia pulak kata, ‘By doing so, ure giving them what they want – attention and cheap publicity. Don’t lower urself down to their level. Forgive him, for he is a peanut. Just hit puberty and hast been able to think, even pee – straight. HAHAHAHHAHA. Paling Win la Lia!

Pastu Si Kecik Suhada pulak cakap ‘Dia taktau ke Kaksu secretary CEO?’ and Ira sambung cakap ‘Dia tau tak ayah Ira bela ular sawa?’ and Dyba cakap ‘Dia tau tak Moktan panggil ayah dia PAPA, Naik motor besar pulak tu’. And Ira melawan komen ‘Dia tau tak Dyba panggil MIL dia MUMMY?’ Hahahaha. Mampos I gelak. Ni dah kenapa masing-masing ni? Hahahha.

Yerla. I silap. Sebab tegur bebudak macam ni. Take note to myself. They still young. They probably cannot think like we an adult think kan? Soon, bila dia dah besar and can think wisely dia akan malu sendiri. Biasa la bebudak baru nak up. So takpe. I ok je.

Si Fiezul siap call cakap macam ni, ‘Kaksuuuuuuuuuuuu. Hahaha. Kenapa Kaksu? Tapi saya respect budak tu sebab dia berani suruh Kaksu open mind. Kah kah kah’. Ko tengok la bebudak ni kan? Masing-masing kan perangai? Bukan nak kesian dekat I sebab kena sekolah dengan remaja. Jahat. T___T

And ada jugak I tengok a few artis yang ambik gambar selfie and guna hastag tu jugak. Ada je I komen. Lepas tu macam biasa la. Kena blok. Kahkahkah. Dah kau pon kenapa nak carik pasal tegur orang kan? Entah eh? I rasa macam someone patut tegur dorang by doing that. I rasa macam they not sensitive. I mean, kemon la. Use your brain. Orang tengah sedih and nak tengok info pasal MH370 tapi yang keluar banyak iklan and selfie. Dah kenapa?

What ever it is, I rasa by doing that U are wrong. Tapi itulah. Lepas ni tadek dah nak komen ke apa. Lantak korang la.

Sekian.

Yang benar
Mak Jemah yang duduk rumah tak buat kerja apa except jaga anak saje.

-EnD-


Muka dah hensem dah. Tapi acane?



19 comments:

Ayu sukatiakula said...

cam hape2 ntah gadoh ngan budak2.. tapi budak2 skang ni memang bangsa yg x boleh ditegur. diorang je betul. pastu adaaaaaa je jawapan. sakit ati tau kan. kadang2 bukak hashtag tu da ada perasaan sedih, tup2 tengok ada gambo2 yang x semenggah, selfie bagai dalam tu terus sakit hati

chuya - the mother of A's said...

Su.. aku gelak lg ni ahahahhaha... tp mmg hang ni dasat brani tegoq.. *nak amk ati mak shein*

Petak Bunga said...

su pun..
biarlah dia. sabarlah.

dalam sedih ni tiba2 rasa nak tersenyum pulak baca entry ni.

*Puan Hani* said...

eiyaaii memang hangin gambo sendiri buh hashtag prayformh370. aje meluat tengok dkt ig tu.

Azziah Nawawi said...

hahahah.. ini semua poyooo..
tapikan, i pun menyampah jugak kes mcm ni. mcm ke bagus, duck face bagai, pastu hashtag mh370. motif?? budak bau nak up, sensitiviti tu takda lagi. ntah paham ke tidak maksud hashtag tu.. #menyampahbtoi... hahahaha

Fara Dilot said...

eh nasib baik ade org mcm u.. sanggop komen balik bg sedas dua kat org2 yg camtu.. meluat betolkan.. kita pon tau die pny intention.. sgt lahhh obvious kot.. tapi sebok jek nak konon2 sedih.. doakan.. berlakon semua tu..sakittt ati.. kalo la blh remove tros jek org camtu dlm hashtag list tu kan best kan..

Fatin Izuwan said...

good job kak su..budak2 sekarang ni memang camtu la..tak leh tegoq lansung..konon suma depa buat tu btoi la..btw kak su,budak pompuan yg kata "euww poyo gila pompuan ni..." actually tu kakak pada budak laki tu..si kakak pon poyo gak masa zaman skola dulu..hehe

Chooyaya! said...

Ayu sukatiakula : best la nama awak ni ayu. hahah. yer la. kaksu pon boleh tahan tadek kerja pergi gaduh ngan remaja. tp mcm ayu cakap, kaksu pon semak tgk org iklankan baju segala produkntahape2. mcm tak boleh guna otak.

Chooyaya! said...

chuya : jahat. dowan fwen! hahahah

Chooyaya! said...

Petak bunga : Yerlaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa hahahahahha. dah la. lupakan. tu nak cakap orang taknak kalah ngan budak kecik la tu :p

Chooyaya! said...

Puan hani : Itu la cik senah. aje mati kalau macam ni.

Chooyaya! said...

azziah nawawi : dia tau, tp biasa la. kalau guna hashtag tu ribua org akan tengok, kot ada yang suka depa, boleh la follow. cheap.

Chooyaya! said...

Fara Dillot : report inappropriate je terus kat IG as a spam.

Chooyaya! said...

Fatin izuwan : Ooooo mesti la dia nak bela adik dia. kata sibling? Maknanya kalaud ia poyo sama geng la ngan kaksu. sama2 poyo. hahahaha

SyimaSyaz said...

ada nampak artis noniswara selfie seketul mukadia, ala2 sedih kan pastu hashtag #pray4mh370. pastu nampak pulak gambar budak2 mcm tengah pesta kat rumah muka cam dotdot jelir lidah bagai pastu hashtag #pray4mh370.. eh jammed otak!

ieda iedana said...

kaksu janganla pi gatai cari / klik kat hashtag tu. memang macam2 akan jumpa. tokojot nanti (ida pun nak tokojot dah. pastu cecepat istigfar and padam)..haha

dari akak geram, lebih baik lah elak terus...
sebab, for some ppl, hashtag is just a hashtag. letak sebab tengah trending.

level pemikiran orang lain2. contohnye: si shein pembaca berita tu mungkin rasa uweett lebih baik simpan masuk tabung nak pinang anak raja.
walhal, su (bukan nama sebenar)mungkin rasa uweett lebih buat pi beli prada..

haha. walaupun contoh haramjadah, tapi point dia nak cakap lain orang lain cara berfikir.
tu yg membezakan ongdewasa dengan bebudakspenderpunmakbelikan...

ok kaksu? hari ni nak lunch apa?

Chooyaya! said...

Syimashaz : itu la. different style of thinking.

Chooyaya! said...

Ieda iedana : k **Tunduk and jalan seret kaki

Cik Puan Fairul said...

bodo sokmo budak ni..ingatkan artis td...hehehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...