Thursday, March 27, 2014

Things that makes my GF happy

Assalamualaikum.

Haritu GF ada datang KL. Sebab kata dia nak carik kain pasang nak buat baju raya. I dengan Kaklong la entertain dia. Seronok bila dia ada. Tengok dia selera makan and happy jer shopping (Tu yang sampai 9 helai baju beli. Kau kemain kan Mak?). Rasa macam blessed. Sebab dia ni macam susah betul nak datang KL. Kata dia dah tua, tak larat. Asyik la demam. Last dia datang bulan 12 haritu time Shein admitted kali kedua.

Pastu masa time dia selera makan Nasik Goreng Tomyam kat Octopus Wangsa Walk, kata GF , ‘Mak ni kalau kat kampong demam je. Nak makan pon tak selera. Bila kat KL ni larat pulak jalan. Makan pon lalu. Pelik. Haha’. Pastu I kata, ‘Tu la Mak selalu kena datang sini. Dua bulan sekali pon takpe Mak. Seronok dah Not’. Pastu kata dia, ‘Abes mati la pokok bunga Mak. Ayam tak makan’. Ituuuuuuuuuuuu jugak la yang dia fikir. Dulu ayam tu Arwah Ayah punya favorite, now jatuh dekat dia pulak.

I wonder kan? Kalau la I dapat spend time selalu dengan Mak, mesti best. Ni jarang-jarang. Sebab tu kalau dia datang KL, apa dia nak makan, mana dia nak pergi. I bawak. Kekadang memang penat. I jenis tak suka nak window shopping berfoya-foya tadek arah tujuan tapi Mak suka window shopping. Sebab sayang kan dia, I turukan ajer. **Mak, nak uweett

This time tadek chance nak spend time dua orang je dengan Mak. Biasa kalau berdua, nanti dalam kereta I suruh dia panggil I Abang. Pastu masa dalam kereta, tangan dia kena letak dekat peha I. Pastu all the time pegang tangan. Jangan lepas. Romantik giler. Mak nanti dia ketawa mengekek. Geli kata dia. I cakap, lekas Mak, panggil Abang. Pastu dia taknak. Nanti I bukak lock pintu kereta suruh dia turun kalau taknak panggil Abang. Haha.

Biasa kalau baik memang macam tu. Kalau gaduh, memang hazab. Dia akan muncung, berkurung dalam bilik. Taknak makan taknak apa. Mak memang sensitif. Tapi tu la kan? Buruk baik dia sebab dia Emak dia tetap terpaling betul. Cakap orang tua jangan dibangkang. Iyerkan aja. Asalkan dia happy and puas hati. Cukup.

Semoga Allah sihatkan tubuh badan Mak and biar I selalu ada peluang untuk happykan dia and selalu dapat jalan-jalan spend time dengan Mak. GF I. Love U Mak! Oh btw, I bahasakan diri I as 'Not' :)


-EnD-

Kata Mak, 'Dik, masukkan gambar Mak yang nampak cincin tu'. I gelak dalam hati tapi tak berani nak gelak time tu takot dia merajuk. Hope dia tak baca blog ni. Kbye

4 comments:

*Puan Hani* said...

mak ai ols pun sekarang ade dekat rumah. hujung minggu ni balik kampung dah. huwaa banjir lah ai ols nanti. huuuuuu.

Chooyaya! said...

Puan Hani : I feel U. Dah dah. Jangan nanges.

Haris Zuhaina said...

AS Salam Sue.
Haih, muda lagi GF u ni (Y)

Chooyaya! said...

haris zuhaina : kembang la gf kalau dia tau. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...