Thursday, April 17, 2014

Abu Bakar Ellah

Assalamualaikum.

Rambut Shein dah panjang kat depan tu. Bila mandi, rambut masuk mata nanti dia gonyoh-gonyoh. Kesian pulak. Rambut belakang kenteng gulong macam rambut hakim tu. Haha. kelakar la si kenteng boroi tu. So hari Ahad, I bawak dia pergi Barber India yang up dekat Ampang Jaya (dia barber up sebab ada aircond) and zup zap potong depan atas kening. Terus macam Abu Bakar Ellah. Or Pekan adik si Melur. Batu belaaaahhhhhhhhhhhhh (tetiba) RM3.00 je U’Olls kena bayar. Murah.

Shein pon masa atas kerusi diam je dia. Menunduk. Baik sangat sampai I tunjal dia. Geram. Lepas mandikan dia, I sikat rambut  kedepan. Pastu Sazli snap gambar. Hahahah. Kesian sangat rupa. Pastu kata Intan, ‘Kaksuuuu naper buat Shein macam ni? Dah tak hensem dah’. Pastu I cakap lantak la.  Rambut akan tumbuh and panjang balik. Nanti ok la balik. (Ambik hati. Padahal ada rasa menyesal sikit).


Apa salah Shein Mama?

Ikutkan nak je I biarkan je panjang depan belakang. Comel! Tapi Shein jenis rimas. Nanti dia garuk-garuk sampai habes merah leher and muka dia. Lagipon your country is so hot! Tak sesuai nak rambut panjang. (Poyo kan?)

Kalau sejuk macam kat oversea time spring/winter lain cerita la. Takkan nak letak Shein dalam peti ais pulak kan? Gigih. ‘Eh Kaksu, Shein mana?’ Pastu I jawab, ‘Ada dalam peti ais, sebab Shein nak bela rambut panjang. Kalo panas dia garuk, so Kaksu letak dalam peti ais bagi sejuk. Boleh keep the hair long. Haha’. Ok. Tak kelakar.

Shein kan? Dia dah pandai la kalau kiter bagi arahan. Suruh ambik remote dia dah tau. Bagus. Suruh buang pampers pon dah tau. Simple-simple order dia dah paham and boleh buat. Tak lama lagi, ‘Shein, pergi turun bawah beli ubat nyamok’. Uwaaaaa bestnya! Takpon, Shein, pergi lipat kain. Sekarang tolong jugak bab kain. Tolong berenang atas kain dah lipat. Mama suka sangat Shein. **Rolling eyes

As U guys can see dekat Instagram I, Shein punya perut semakin maju kehadapan sebab dia jenis tak tolak makan. Bagi la apa je, onnnnn. Yang konflik nanti I dengan Sazli la. Sebab dia jenis particular skek bab makan while I ada la bertolak answer. For me, makan jer la. But U needs to know where to stop. Kalau Sazli, No maknanya No. Guling la drama hantuk kepala kat dinding tetap jawapan dia No. Kalau Mama still boleh negotiate. Give me five Shein! Kiter geng makan. Orang lain takkan faham.

Shein kan? Dia naik atas kereta putih dia tu pastu berdiri, balance badan and tepuk tangan. Boleh? I tukang sambut kat bawah. Dulu pukul 8.30pm I dah bagi Shein tido, now no more. Banyak cantik ko asyik nak tido je? Kawan ngan Mama dulu. Dah puas bergasak, puas bergaduh semua sampai dia gonyoh mata baaru la I bawak dia tido. Saje seronok nak kawan dengan Shein. Sebab dia makin bijak. Macam-macam akal. I pon boleh tahan suka je nak carik gaduh dengan dia.

Seronok la ada anak ni. Serius. Kalau tau seronok macam ni, habes SPM I terus kawen. Cecece.

-EnD-


7 comments:

Jan@Afzan said...

Su,

Jan suka ayat last, "lepas SPM terus kawen" hahaha.

Alhamdulillah, senang jaga Shein. Bagi je makan...hehe. Takpe perut ke depan pun... Hensem ape! Janji boleh bagi beg Prada kat mama kan..hehe

Bye, Shein hensem..

salwana nordin @ che'wa said...

mmg kelakar je baca setiap yg awak tulis..

bole bayangkan hhhheeee

btw shein comei je even rambut gitu

cik allord said...

haha..takpe kak su,shein tetap comel..haha

Chooyaya! said...

Jan@Afzan : Hahaha, hari2 bisik kat shein pasal prada. memintak la dia dengar

Chooyaya! said...

salwana : betul comel? tak tipu?

Chooyaya! said...

cik allord : aminnnnn hahahahha

Chooyaya! said...

cik allord : aminnnnn hahahahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...