Thursday, April 10, 2014

Kurma Telor Untuk Shein!

Assalamualaikum.

Semalam sampai je rumah. Letak handbag terus rebus telur 3 bijik. Rebus kentang and carrot jugak.  Sebab nak buat lauk untuk Sheindong Mama! Malam tadi I masak kurma telur. Nama dia je kurma, tapi dalam dia memang tadek letak buah kurma tau? **Take note ye Iza? Haha. Kenapa tadek kurma pon dalam dia tapi nama dia masak kurma eh? Dalam Wikipedia tadek cerita pon?

I cakap nama dia kurmak. Kata Intan masak kurma. Kalau kurmak tu ongtue je cakap. Berani dia cakap I ongtue? Dia tau tak I finalis Gadis Metro tahun 2003. Hahaha. Pastu I terus kata, ‘Intan, Kaklong yang cakap kurmak. Kaksu memang cakap masak kurma’. Cover line taknak ngaku tuwe. Kah kah kah.

Nak resepi ke? Eh takyah la. Segan la. Tapi if U guys insist I terpaksa la bagi jugak. (Poyo)

Bahan-Bahan

  • Sebijik bawang putih dihiris
  • Sebijik bawang merah besar gemok dihiris
  • Halia dalam sebesar ibu jari kaki Shein
  • Rempah kurma Adabi yang peket kecik
  • Kentang
  • Carrot
  • Susu cair
  • Telur
  • Daun sup
  • Garam skek
  • Minyak


Cara Membuatnya

  • Memula panaskan minyak
  • Tumiskan semua bahan hiris sampai la naik bau
  • Masukkan rempah kurma sekali dengan batang/daun sup yang dipotong kasar. Rempah kurma I guna yang peket kecik tu. Masukkan semua je jangan mal-malu
  • Tumis sampai naik bau and lepas tu masukkan dalam segelas air
  • Masukkan la telur yang dah direbus awal and sayur-sayuran yang direbus awal tadi
  • Pastu masukkan susu cair dalam suku tin. Masak sampai menggelegak
  • Last sekali masukkan la garam sikit to taste

Siap! Walaupon kaler dia tak kelabu macam masak kurma yang biasa dekat kenduri tapi takpe. Kiter kena redha.

Semalam masa bincang-bincang nak masak apa untuk Shein, Kaklong yang bagi idea suruh masak kurma ni. Pastu Ira cakap, 'Ok deal Kaksu. Esok bawak pergi office'. Itu yang aku  malas tu. Pastu Intan terus cakap 'Ok kaksu. Intan tido umah Kaksu malam ni. Intan nak makan kurma telur'. (Sanggup).

Tu yang I rebus telur 3 bijik. Extra sebijik untuk Intan. Lepas dah siap masak, Intan terus turun café beli nasik sebungkus. Pastu makan bersungguh-sungguh dengan nasik and kicap manis. Terliur I. Naseb dia tinggalkan kuah. Pastu I panaskan kuah kurma tu and pecahkan telur sebijik. Kuning dia goyang-goyang jer. Perghhh. Tak tunggu dah Shein tido, I pulak makan. Sekali sedap! Cecece.

Shein pon sama naik la menyebok nak makan. Suap I, suap dia. E! Tak kasik can langsung Mama nak enjoy makan sorang-sorang. Pandai pulak tu dia. Bila nasik dalam mulut dah habes, dia datang pastu angguk-angguk kepala dekat I sambil tunjuk pinggan. ‘Ha! Ha!’ Yerlaaaa Mama suap la ni. Sebok la!

So Shein like it. Nanti dah habes kurma telur ni, Mama masak lain pulak eh?

-EnD-


 Kurma Telor Untuk Shein. Nora bagi empat bintang!


9 comments:

ecah khalili said...

sedap..mak ecah dulu rajin buat masak kurma telur ni..

sharika lincoln said...

Nampak sedapp nak try lah...

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue..
Huhuuh, terlioq plk tgk... :( teruih lapaq nasik pulak ptg2 ni.. buh plk sambai kicap huhuhuh

Awat sue tak masuk sayuq mentah dalam tu sekali masa tumih rempah... rugi plk aiq sayuq 2 kali masak.
Sue, km ada penah dapat info, klu masak sayoq api besaq (masak terkejut), supaya khasiat tu masih kekal dlm sayoq...

Haris Zuhaina said...

Sue, nnt jgn lupa beli Buku Khas tentang Pemakanan anak 0-6 tahun. Katanya leh bli kat Pesta Buku Antarabangsa PWTC(24/04~04/05/2014)

Chooyaya! said...

Ecah : Memang sedap. Ni kali ketama kaksu masak. Cair skek. Tapi sedap je. Kaksu suka yg macam ni :)

Chooyaya! said...

Sharika : Ko memang suka telur kan Ika? Tingat dulu ko rajin makan telur rebus dengan maggie seasoning tu. So malam ni ko try la buat. simple jer.

Chooyaya! said...

Haris Zuhaina : Kami tak buang ayaq sayoq tu. Kami masukkan sekali lepas tumis rempah and bawang. Kami rebuih awal sebab nak jimatkan masa. Kami rebus sayoq and kemas rumah, by the time empok kami dah siap buat kerja. Kami memang kurang sabar nak tunggu sayoq empok and mengadap periuk. Hehe

Haris Zuhaina said...

Sue, Thumbs up lah hampa (ibu jari kaki sekali tau :P).. multi-tasking. Hebat.. tak terlintaih pun kami buat cam hampa..
Terra la.. nnt km anak kecik, leh lah buat cam hampa...
Tobat tak terpikiaq...
A lap u lah...
*ntah bila la nak anak kecik...
Baby toa adalah...

sharika lincoln said...

Ha ah su smpi skg kot hantu telur pipi aku bulat cm telur dah ....hahaha terharu ko igt lg menu kesukaan aku ...aku pernah masak sup telur untuj ko masa kt setiawangsa ....insyallah esok nk try resepi ko ni...tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...