Wednesday, April 16, 2014

Off Mak and Hantu India

Assalamualaikum.

Pagi tadi macam biasa, otw pergi kerja I akan call Mak. Harini call dia suara nak sedih je. Bila tanya kenapa, kata dia tak sihat. 'Tapi makan lalu lagi dik. Maknanya lambat lagi mati'. Wah. Gurau kasar la GF I ni. Kata dia, Mak sapu sampah guna penyapu jerami je. Sebab tak larat nak guna penyapu lidi.

I dengan Mak memang jenis pure ongkampong. Kalau mengemas, sapu sampah dalam rumah mesti penyapu lidi lembut tu. Kalau pakai penyapu jerami or vacuum, ada rasa macam tak puas hati. Macam tak bersih. So penyapu lidi paling best la. Guna sampai dia tumpul and later bila dah tumpul penyapu tu guna untuk sental bilik air pulak. Puas hati giler sebab boleh cover banyak rempat and ruang.

Ok. Back to cerita GF I.

Kata dia, dekat kampong I ni semalam ada dua orang meninggal. Kelmarin pon ada. Sedih la Mak. Semua kawan-kawan dah tua. Tu dulu kubur Arwah Ayah dia sorang-sorang je atas bukit. Sekarang dah ramai kawan. I pon kata, ‘Oh, tak la takot sangat Ayah eh Mak? Dah ramai orang’. Gitu. Tapi kalau dah meninggal, bukan tau apa pon. Jasad je la dalam kubur. Dah kata mati kan? Kiter la kekadang seram la lalu kubur sebab takot hantu segala, tapi esok lusa pon kiter akan mati jugak. Cuma taktau je la perasaan time tu macam mana sebab dah tak boleh nak cerita macam mana.

Kata Mak, kat sini ada sorang budak bujang sakit. Dia kena kacau dengan hantu India masa memancing dekat Batu Caves. Taknak berkawan, tak keluar rumah langsung. Dah setahun lebih dah. Memang hidup dia dalam rumah je. Makan, tengok tv, tido. Hari-hari macam tu. Pastu I tanya, ‘keluarga dia tak bawak pergi berubat ke?’

Kata GF I, ‘Bawak, tapi macam tadek perubahan la Dik. Macam tu jugak. Mak rasa Mak tau kenapa’.

Kenapa?

‘Sebab kan dia kena kacau dengan hantu India, kalau bawak jumpa Ustaz atau Bomoh Melayu, hantu tu tak paham bahasa Arab/Melayu. Patut kena bawak jumpa bomoh India la kot? Baru hantu tu paham and dengar arahan’.

I taktau nak gelak ke apa lepas dia cakap macam tu

Jangan ngek sangat boleh tak Mak? Haha.


-EnD- 


Ini hantu Hindustan la gong!



14 comments:

Ayu sukatiakula said...

boleh tahan lawak gak GF u tu kan

whatever.... said...

rumah saya dkt je dgn batu caves tu.. asal lalu situ anak sedara mesti ckp,
"tu, hantu... "
Pastu demam la seminggu budak tu.. Kalo lepas thaipusam ka.. deepavali ka.. lagi la 'kuat' kehantuan di situ..

mcm ngeri tak?

Chooyaya! said...

ayu sukatiakula : dia mmg pak lawak jugak kekadang

Chooyaya! said...

whatever : mmg kuat 'hantu' dorang, sebab tu ada patung gajah boleh minum susu dari dalam cawan

Fara Dilot said...

dah tau dah u dapat ngeng dari sape.. mane tak tumpahnye kuah kalo tak ke nasik ye dok? hehe.. gen pelawak satu keluarga nih

Afandi Othman said...

Seramnya citer hantu ni.. tapi kenapa rasa nak gelak pulak.. haha

Izzan Yong Rosdin said...

HAHA.....

Chooyaya! said...

fara dilot : heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Chooyaya! said...

afandi othman : :D :D :D

Chooyaya! said...

Izza :p

Haris Zuhaina said...

AS Salam Sue
Mlm td baru tgk crita RAAZ ni.
Sekali tgk muka kawan Sanjana tu cam muka SU.. terus teringat kat su sepanjang crita tu... :P

Chooyaya! said...

biar betik. sanjana tu miss world kot? haha

Haris Zuhaina said...

Kawan sanjana tu lah.. :P Bukan si sanjana. bahahahah

Chooyaya! said...

cis!!!!! hahahahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...