Thursday, April 3, 2014

Pak Ya Punya Ketam Memang Mengundang Sangat

Assalamualaikum.

Korang tau tak ketam batu (Ke sebenarnya dia ketam nipah)? Ketam yang gemok tu. Usually ada dekat Chinese Restaurant or Chinese Muslim Restaurant or Thai Restaurant. Kalau kedai melayu biasa ketam bunga je. I kalau teringin nak makan, mesti pergi makan dekat Tanjung Seafood Restaurant tu. Seekor ketam bunga kecik penampar kokodai I dalam RM36.00 seekor. Ketam bunga ni macam tak puas sikit kalau nak makan. Sebab kurus je. Isi dia kalau lepas buang kulit ada setarap boleh buat tahik gigi saje.

Oh. Restoran Tanjung Seafood tu dia dekat Ampang Waterfront. Pastu I ada jumpa lagi satu Thai Restaurant ni. Nama tak ingat. Tapi dia sederet Coffee Bean, Nailis, Ayam Penyet dekat Ampang Point tu. Terpaling suka Thai Dried Chili Crab. Yang tu ketam batu giant momok sebab besar giler babi. Puas hati. Seekor RM60.00 U’Olls. Tak silap I la. Tu range harga dia dalam RM50-RM60 seekor. Ada 2 3 kali I makan. Memang sedap sumpah tak tipu.

Pastu kelmarin masa scroll IG I, nampak Seri letak gambar Chili Crab. Kwahaja dia memalam letak gambar ketam debab lazat becak macam tu. Terus I bergenang air mata. I memang poyo. Kalau teringin apapa memang boleh sebak. Masa mengandung dulu kalau teringin tak sebak. Nanges terus. Annoying giler I tau. Haha.

Nama restoran tu Pak Ya. It’s a Chinese Muslim Restaurant dekat Galaxy Ampang. Area rumah I je. Harga dia RM78 untuk 2 ekor. Maknanya dia murah skek berbanding dengan Thai Restaurant yang dekat Ampang Point tu. Sedappppp je I tengok gambar tu. Telan ailio lapan kali. Sian I. 

I ingat anytime soon I nak pergi sana la. Tapi sebenarnya kalau ketam I suka yang Thailand punya style. Nama dia Kam Heong Crab. Dia rasa sedap giler and macam ada rasa pedas+kari sikit. Kejap I share resepi yang Yatt letak dalam IG dia. Ingat nanti nak try masak kat rumah la. Beli ketam and buat sendiri je.

Kam Heong Crab

Bahan-Bahan
1. 1 biji bawang besar - blender
2. 2 Ulas bawang kecik -blender
3. 4 susu besar udang kering direndam – blender
4. Setangkai daun kari
5. 8 tangkai cili kering yang dipotong kecil
6. 2 sudu besar serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air
7. Sos tiram
8. Kicap pekat
9. Ketam. Haha. Ketam patut nombol satu tadi. Ah. Lantak la. Ketam tu goreng separuh masak dulu ye?

Cara Membuatnya.
1. Tumis bahan kisar sampai garing
2. Masukkkan daun kari dan lada kering yang dipotong tadi tu. Cuci dulu lada kering tu. Buang bijik.
3. Pastu masukkan la serbuk kari yang dibancuh dengan air, sos tiram and kicap pekat
4. Last sekali masukkan ketam

Pastu sebab I poyo, I ingat nak tambah bawang besar potong bulat and I nak letak coriander leaf la last skali as a garnish. I suka rasa daun tu.

Makan itu saje dengan nasik putih, tak dua pinggan jangan panggil I Suraya. Amboi. Kemain. Hahaha. Tapi sementara waktu nak masak yang I rasa mungkin makan masa dalam lapan tahun lagi, I plan nak pergi je la Pak Ya ni anytime soon. Dah kat tekak sangat dah rasa ketam ni.

Tapi kan sebenarnya ada issue tau pasal ketam batu ni? Sesetengah orang cakap tak halal sebab dia hidup dua alam. Ke acane? Kalau tak halal I nanges. Sungguh.

-EnD-


Chili Crab Pak Ya yang Seri upload dalam IG yang memang mengundang sangat




Ketam telur masin. Taken frrom Sheilaarshad blog.


Yang ni pon Ketam telur Masin taken from Azimashaary blog

P/s: Ira. Takkan tak terliur kot? Jom la kite pergi. Kalau Dyba dengan Intan taknak, dorang boleh order nasik dengan telur dadar je. Haha. Pastu kiter dua makan ketam, kuah pon jangan bagi kat dorang. Hahaha

-eNd-

14 comments:

ieda iedana said...

aaaaa.... kaksu ni. saje je ida pun dah terjebak sekali teringin. tapi takde la sampai sebak. haha.. sampai nak makan screen je.

p/s: gambar shein tadek? dulu kan rajin bawah entry mesti muka sheindong. mamat tu apa khabar nye la tah..

Chooyaya! said...

ieda Iedana : Mengadaaaaa padahal gmbr shein ada je kat IG and FB kan? Hahahaha. Jilat la screen tu. Ailio sila tadah eh?

Mama Naaila said...

ai ols puase niari tau...baca blog yu ols terus berkeroncong perut ni. huwwaa.

anna hashim said...

Rasanya tu ketam nipah mamashein....hehehehe

honey said...

su, ketam nipah la tu..ketam batu haram di makan sbb dia kategori haiwan dua alam..rupa ketam batu and nipah mmg lebih krg je.

Hani said...

Hari tu makan ketam goreng cili pedas gila tapi sedappppp. Puas hati sangat sbb isi penuh org kata bulan penuh. Dah teringat ni acanerrrrrr su??

chuya - the mother of A's said...

ketam telur asin kat pakya mmg best.. ayam lemon.. ayam marmee.. hoiiiii nak ajak sham pegi pakya la weekend ni.. mengundang betul la ko ni...

jomm join..

ieda iedana said...

kaksu, tadi dah up gambar shein kan? nah https://www.facebook.com/SahabatHalalMalaysia/posts/365889930170190

wallahualam. kaksu kalau tak yakin tu kena tanya orang yg lebih pakar. ok?

p/s: kalau dah yakin tidak halal, ayaq liuq ayaq mata semua tadah sendiri. hahaha. sekian

haro admin said...

su.. selama ni i x pernah nak comment kat blog u. tapi this time i kena komen.

i tgh peknen ni taw. u buat i SAKIT JIWAAAA dgn gambar2 budak2 ketam ni!!! :D

p/s: btw thanks iklankan BOOKU Castle :)

QASEEH HATIKU QASEEH said...

ketam batu klu dkt sabah..belambak..org x brapa suka..d jual sekilo rm10 atau seplstik rm10..ketam ni lg kuat kolestrol bnding ketam bunga..tp isi ketam mmg lg gemok2 la..

Zalia Saelan said...

haii..cume nak bgtau yea..ini semua ketam nipah, bukan ketam batu..ketam batu mana ada mahal..ketam nipah yea memang mahal sangat (dan sedap sgt)..beza rupe ketam nipah ketam batu ni..ketam nipah bole makan, sebab memang tinggal dalam air di hutan bakau

QASEEH HATIKU QASEEH said...

D sabah mmg ketam batu tu la ketam nipah...ketam batu dlm gbr yg n3 dpn tu x prna plk nmpk d jual d cni...mmg kwn2 sy org smnnjung pajsk bli ketam batu tu sbb dia kata murah bnding d kg dia...

Nature City Of Malaysia said...

Tumpang iklan. Sy meniaga ketam nipah gred A 2/3 ekor sekilo rm 33.. gred B 4/5ekor sekilo rm 27 semua hidup.. delivery free sekitar lembah klang.. 0128068539

Wak Lat said...

nmpk sedap., hehe2