Friday, April 4, 2014

Resepi Salmon Soup Sheindong Kedondong

Assalamualaikum.

Malam tadi I cuba buat salmon soup untuk Shein. Buat lauk and masak nasik lembik. Biasa I buat bubur and mix everything dalam tu. Beras + veggie + ikan/ayam. Dulu masa memula dia nak makan nasik, I kena letak cheese dalam tu baru dia nak makan. Ngada. Makan nak cheese je. Nama nak Shein je. Pastu tak lama lepas dia demam, dia dah taknak nasik. So I banyak buat pasta pulak yang I ada share cara masak dekat sini.

Lepas dia demam bebaru ni, dia macam suka pulak makan nasik bubur dekat hospistal and since that I buat pulak bubur nasik dekat dia without cheese. Dia elok je makan. Cuma kalau letak ayam, nanti Shein makan bubur nasik and last-last dia akan keluarkan balik ayam tu. Dia taknak. Mangkali texture ayam macam kenyal so Shein malas nak kunyah kot?

And  masa I bawak Shein jumpa Dr. Adrian untuk ambik optional vaccination yang Influenza tu, kata dia dah boleh bagi Shein makan nasik + lauk sebab Shein dah ada geraham. I tanya dia, boleh tak I letak garam dalam makanan Shein? Kata dia boleh. Sikit. Untuk rasa je. Kidney dia dah boleh proses garam. Cara nak tau takat mana yang boleh bubuh garam is kiter rasa yang kiter masak tu. Kalau kiter rasa macam tak sedap, itu dah cukup la garam maknanya. Kalau kiter masak sedap and kiter pon sama nak makan itu maknanya kiter dah bubuh garam banyak.

So semalam I try buat this simple salmon soup for Shein and kata Maktok dia tadi, Shein makan banyak Su. Mak pon takot tengok dia makan macam tu. Shein like it! Yayyyyyy! I bagi resepi dia eh? Cecece. Asal masak je nak share resepi. Haha. Kasik can la.

Bahan-bahannya
  • Salmon
  • Olive oil
  • Bawang besar cincang
  • Bawang putih cincang
  • Halia cincang
  • Carrot and potato potong suka-suki
  • Lada hitam
  • Garam skek

Cara Membuatnya
  • Masukkan sedikit olive oil dalam periuk kaca jenama vission (haha) and tumis bawang besar, bawang putih and halia sampai la naik bau and garing. Jangan sampai hangus. Ingat. Bukak tingkap luas-luas sampai jiran boleh bau. Biasa la. Orang sekali-sekala masak mesti mau poyo kan?
  • Masukkan lada hitam sikit jer. Pastu masukkan air, carrot and potato
  • Tunggu sampai dedua tu empuk and last skali masukkan salmon yang potong cube tu. I buang kulit and buang tulang terus.
  • Perasakan dengan garam. Siap!

Salmon Soup with carrot and potato. Amboi.


I bagi Shein makan dengan nasik lembik. Sementara nak masak nasik tu, I rebus la carrot dengan potato. So tak la lama sangat proses I nak menunggu carrot and potato tadi lembut  kalau I masak sekali soup ni tak asing sayur macam I buat malam tadi. Jimat masa. By the time nasik masak, carrot and potato dah lembut. Lepas tumis bahan cincang, I masukkan je air rebusan sayur tadi sekali dengan sayur-sayur. Sekejap dah siap. Lepas masak dah boleh sidai kain. Bosan aku dengan kain haih! Bibikkkkkkkkkkkk!!

Bila dah siap, Sazli pon dah teringin jugak. Tapi tak sampai hati sebab dia kata tu makanan Shein. Haha. Dia memang selalu teringin kalau I masakkan Shein. Nanti buat la mata puss-in-boots nak ngecek sekali. Tapi bagi tekak orang besar macam kiter, mana la sedap kan makanan baby? Tasteless. Tapi Intan kata sedap. Yang tu aku tak paham tekak jenis apa. Memang tak boleh jadik juri Masterchef WALAUPON Papa Intan bawak motor besar.

Nanti I nak try bagi Shein sayur-sayuran berdaun. I nak tengok, dia nak makan ke tak. Tapi tengok pada habitat pemakanan Shein ni, semua menda dia sapu. Rasanya tadek masalah kot? Cuma I je la rasa risau takot dia obese. Sebab dia memang jenis makan non-stop. Hulur ambik, hulur ambik. Tak pernah tolak.

Hebat Shein. Hebat.

-EnD-


Metayang Mekayang Mama. Sheindong!



7 comments:

ieda iedana said...

I rasa kan kak, shein bila dah besar , dah boleh menaip, mesti dia pun buat blog citer pasal makanan. sebab dia kan suka makan. macam mama dia. eh. hahaha.

and I rasa kalau dia dah pandai baca, silap2 akak up je entry lunch, malam dia dah rekuest masak untuk dia.

kalau semua perasaan ni tak jadi, mungkin shein jadi mat rider. nampak gaya dah ada. hehe

monstorious wife said...

hi Suraya, just to let u know that influenza vaccine contain pork gelatine. Mungkin boleh tanya dulu kat Dr Andrian before amek. Just sharing.

Chooyaya! said...

Ieda : Dia memang turun sifat suka makan mcm kaksu. kalo demam dia suka makan masam2 tp tetap settle semangkok. harap tak mewarisi kegemukan mak dia ni

Chooyaya! said...

monstorious : seriously? dr adrian tak cakap apapa pon dekat i. sebab dia pon muslim and im sure if there any dia akan bagitau i or maybe ada certain manufacturer influenza vaccine yang ada pork gelatin and MAYBE klinik dia guna yang halal. btw thanx u, i will sure akan tanya dia about this jugak. thanx for your concern.

Mimy Hamid said...

sue influenza tu sama ke dengan pneumococcal

Chooyaya! said...

mimy hamid : lain babe. shein kan dah 2 kali admitted sebab acute bronchitis so dr adrian suggest untuk amek influenza ni sebab lungs dia senang nak kena infection. cuma 2 kali je sebelum dia 18 bulan.

Cikgu Norazimah said...

anak CN si Irfan pun suka sup, kalau nampak sup, terus cari pinggan minta nasi ! hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...