Tuesday, April 8, 2014

Soalan Yang Intan Tak Boleh Jawab

Assalamualaikum.

Semalam ada Potluck dekat office. Ada banyak giler makanan. Ada nasik lemak, sambal udang+petai, sambal ikan bilis+petai, mee jawa, roti jala + kuah durian, pulut kuning, rendang. Pastu ada karipap, kuih talam, bingka ubi, kek batik, red valvet, kek coklat segala memang banyak giler makanan. Semua department bawak makanan. Macam I tak tau department apa, so takyah bawak apapa. Bawak telur jer. Haha.

Hangen je bebudak ni. I bagi kecerian pada majlis je la dah cukup. Ira kata dia nak bawak air. Dari bawak air baik takyah bawak apapa kata Dyba, pastu Ira cakap Nak minum, minum. Taknak sudah! Kekdahnya. Bawak tapi tak ikhlas baik takyah. Haha. Sebok orang nak amek makanan, I sempat lagi main gerai-gerai. ‘Ye Abang, nak apa? Siap dengan Datuk H pon I panggil Abang. Dia layankan aje. Haha. "Yer Abang, nak apa? Kiter ada nasik lemak, rendang. Semua sedap'. Haha.

Semua orang dah dekat tempat masing-masing and last-last tinggal I dengan Intan je yang tak gerak-gerak and berenti makan. Sebab boss kitorang kata ‘Enjoy your meal’ maknanya kitorang bebetul enjoy la. Hikhok. Kitorang punya konsep, ‘Dah bangun tak datang dah’. Gitu. Makan banyak giler sampai I muntah lepas tu. Astaghfirullah. Ini semua pembaziran syaitonnirojim!

Masa tengah makan red velvet cupcake. I tanya Intan. ‘Intan, Kaksu nak tanya Intan, kenapa kalau kiter bakar cupcake dalam cup kertas ni, dia tak terbakar?’ Pastu Intan pandang muka I lama and kitorang bertentang mata. Lepas 5 saat Intan tak boleh jawab and marah I. Kata dia, ‘Kaksu ni! Nape tanya Intan soalan macam ni? Mana la Intan tau. Ingat Intan ni Shein ke Kaksu nak tanya macam ni?’.

Laaaaa. Taktau ke? Kalau taktau jangan la marah. Hahahaha. Dia taktau pastu nak marah orang. Intan ingat Kaksu takot la kat Intan (Walaupon Papa dia askar pencen and bawak motor besar) Haha. Yes! I dah ada idea. Nanti Shein dah pandai cakap sikit and boleh menjawab I nak tanya dia soalan-soalan macam ni.

‘Shein, kenapa orang tua tumbuh uban?’

Or

‘Shein, kenapa kalau bumi ni bulat and berputar tapi kiter tak jatuh?’

Or

‘Shein, tau sapa reka handbag Prada?’ (Saiko dia dari kecik)

Hahahaha. Pastu kalau Shein nanges tak boleh menjawab or menyentan. I tau dah dia ikut perangai sapa. Hahahahaha. Cepat la besar Shein, Mama tak sabar nak berbual-bual dengan Shein. Nanti kiter keluar dua orang je, pergi lepak Levain ok? Dua orang je. Orang lain takyah ikut. Jangan risau. Mama belanja.


-EnD-


Orang tengah baca doa bagi ucapan kau dua orang buat apa? Selfie.
Tu la RV cupcake depan Intan.

2 comments:

chuya - the mother of A's said...

ko ni mmg gila betul la hahahahahaha... happening

Chooyaya! said...

Mana ada giler. i normal. Yang giler Intan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...