Monday, May 26, 2014

Ikan Pekasam, Sambal Telur and Ayam Halia Yang Sedap By KakYang!

Hari Sabtu tu kan? Kitorang lepak kat umah Kaklong. Eh jap. Lupa nak bagi salam sebaik SEXsaited nak cerita pasal makan. Haha. Ok.

Assalamualaikum.

So Kakyang macam biasa la, dia jadik tukang masak. Bagus la Kakyang. Umur 19 tahun dah pandai masak macam emak-emak. Haritu dia masak sambal telur pecah, ayam halia+sos tiram and Along goreng ikan pekasam yang paling sedap dekat Taiping dia kata. Perrrghhh. Menyingkuh memasing makan. Menyingkuh korang paham tak macam mana konsep dia?

Sambal telur tu macam biasa la masak dia. Sama je. Masak sambal tu sampai masak (Whut da?) and last sekali pecahkan telur dalam dia. Jangan gaul-gaul. Biar je macam tu. Nak bagi sambal sedap senang je petua dia. Blender bebawang asing dengan lada kering. Time nak tumis, tumis bebawang tu dulu, dah garing baru masuk cili kering blender. Campur la dalam 3 bijik cili hidup, kompem sedap. Bahan lain dalam dia termasuklah gula, garam, ajinomoto (substitute) and air asam jawa. Senang Mak Enon. Pandai kan nak masak sambal tumis?

Yang ayam goreng halia + sos tiram tu pon senang. Goreng ayam awal. Lumur garam kunyit macam biasa. Pastu tumis la halia, bawang besar, bawang kecik. Pastu perasakan and masukkan la sos tiram. Dah tu campakkan ayam goreng awal tadi. Nak bubuh menda lain macam bawang besar ke, carrot ke, ikut suka. Macam I suka yang simple. Less is more bak kata Mat Salih. Yang terpaling suka sebenarnya kalau orang masak sedap-sedap kiter tinggal makan. Tu lagi best. Serius.

Yang ikan pekasam tu. Panaskan minyak. Masukkan ikan pekasam. Jangan dialih-alih konon macam terror sangat ke apa macam chef dalam tv. Biarkan masak sebelah bahagian, lepas tu alihkan bahagian yang lagi satu. Dah siap angkat. Dengan minyak yang sama, masukkan bawang besar hiris besar dengan lada kecik potong. Dah layu semua, masukkan balik ikan pekasam yang goreng awal tadi. Angkat. Dah tu perahkan asam limau. I tell U what? I boleh makan nasik kosong dengan ikan pekasam macam ni je. Sebab itu masa hari Sabtu tuari, dorang makan nasik dua trip. Satu trip makan dengan sambal and ayam, satu trip lagi dengan ikan pekasam je. Taknak kacau rasa ikan pekasam tu. Mana la memasing tak gemok?

Kalau ada kekawan bagi Ikan terubuk masin Serawak pon I buat sama pesen dengan yang goreng ikan pekasam ni tapi sebelum angkat, I pecahkan telur sebijik. Pooooon meroyan makan. Sedih sangat sebab sambil makan, sambil nanges. Sebab sedap sangat. Tu la eh? Senang nak jaga I ni. Jenis makan kering-kering je. Takyah kuah segala. I memang jenis makan suka yang kering. Sama la dengan Sazli. Kata sehati sejiwa? Cecece. Ikan pekasam dengan telur pon dah happy. Makan kemain rendah diri. Nama anak nak Shein je. Haha.

Dulu I suka makan petai, tapi semenjak mabuk petai I dah tak boleh nak makan petai dah. Tengok je dah pening. Hahaha. Pasal mabuk petai tu ada dalam entry ni. 

Tak lama lagi dah nak puasa. Bila bulan puasa, memang lauk-lauk simple je la I suka. Tak sambal air mata, goreng ikan bilis kicap. Takde dah nak lauk-lauk fancy segala. Nanti kalau Along balik KL, I nak suruh dia bawak balik ikan pekasam Taiping ni banyak-banyak. Sedap wwwoooooooooooo!!


-EnD-



Ikan pekasam paling win. Sambal telur pon sedap. Ayam halia pon sedap. Thank you Kakyang bagi Makcik cantik kau ni makan sedap-sedap. Lain kali masak lagi ok?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...