Tuesday, May 27, 2014

Infused Water Dan Kebaikannya Pada Anda. Ewah!

Assalamualaikum.
Buat apa tu? Raya is just around the corner kan? I dah siap tempah baju raya merangkap baju nak pergi kenduri kawen. Baju dah siap tapi tak touch up habes lagi. Kosong je. I ingat nak lekat lace dengan bubuh manik skek. Baru Mak Datin. Sebab aritu ada reader jumpa kat KLCC dia kata I macam Mak Datin. Lepas tu dia kata I gemok. Dia kata dia cakap ikhlas Tssk tssk T___T Terharu sangat kiter awak. Haha.
Malam ni Sarah dengan Fyza ajak keluar. Sempena dengan lama dah tak lepak sama-sama. Kali ni sapa yang kensel, dia kena belanja makan next session and setakat waktu ni tadek sapa lagi berani kensel. Berani la dorang kensel program dengan I. Memang bernanah la telinga dengar I bebel and merajuk + taknak kawan + protes + merajuk setahun. Pastu I kalo dorang nak belanja, I nak restoran mahal je. Kata Intan, kalau dia tak sakit perut malam ni dia join la. Eksyen Intan ni. Semenjak minggu lepas nak eksyen-eksyen dengan I. Poyo je pergi Anugerah ABP. Hahaha. Kata dia nampak Erra Fazira. Lawa giler. Tapi dia tak ambik gambar pon. Sebab ego. Typical Intan sangat. Ego tak kena tempat. Podah!
Lately ni, kitorang belumba-lumpa buat infused water. Asal pergi JJ je beli lemon. Intan dah start seminggu minum infused water. Ira dah setahun tapi sikit tak kecoh. I baru buat malam tadi. Sebijik lemon tu actually boleh dapat 2 – 3 jug/jar infused water. Tapi I belasah satu jug air letak sebijik lemon gemok + sebijik orange. Konon all citrus infused water la. Skali pagi tadi minum masam giler. Tapi demi untuk kesihatan I minum jugak. Kalau nak nampak infused water tu urban, kena letak dalam jug/jar kaca yang transparent. Baru nampak isi dalam macam luxury. Baru la artis Hollywood (Tetiba). I terfikir, ni kalo letak ice cream soda + lemon + orange + mint leave + lime lagi sedap. Tapi dah kalau macam tu bukan la infused water nama dia.
Sedikit kebaikan infuse water yang I nak share. Infuse water ni elok untuk weight lose kalau kiter minum secara consistent. Dia tak la menipiskan usus macam orang minum air lemon/lime sebab kiter cuma hiris je buah tu, letak dalam air and keep on refrigerator at least for one night. Ada banyak resepi infuse water. Pergi Google sendiri. Minum infuse water ni jugak baik untuk kesihatan. Kiter kena la cuba minum air yang sihat macam ni. Ni asyik nak minum soft drinks je. Lepas tu bila gemok mula la nak komplen macam-macam kan?
Cara nak buat infused water pon ada banyak. Ada all citrus, ada berries, watermelon + herbs and many more. I memula semangat la konon nak beli lemon, blueberry, strawberry segala tapi sebenarnya nak beli sepeket lepas tu guna dua bijik pon tak ok jugak. I'm not a big fan of berries. Masam. Except for Korean Strawberry. Sebab dia manis. Aritu ada mint leaf jual dekat Cold Storage tapi banyak giler macam dalam cerita masak Nigella Bites jer. Geram nak petik 5 helai lepas tu takyah beli. Haha.
Selain dari infused water ni menyegarkan, dia jugak adalah salah satu medium detox badan. Detox ni ialah proses membuang segala-mala 'racun' dalam badan. Paham? Tu bahasa mudah la tu. And khasiat lain ialah depends on apa yang kiter letak dalam infused water kiter. Sebagai contoh, lemon boleh menyegarkan badan dan menambah alkali. Mint leaf membantu pencernaan. Timun bagus untuk kulit dan mata serta agen pencernaan yang bagus. So why not kali ni kiter ambik minuman dari bahan yang segar and at the same time seriously minum and prepare infused water sangat fun!
Tak caya? Cuba buat sendiri dekat rumah. Lepas tu letak dalam peti and bila dah sejuk, keluarkan and snap gambar sebelum minum. Serius rasa cool giler. Eh. Ke I sorang je sebenarnya rasa macam ni? Haha. Check out this photo guys! Kan nampak fresh and sedap tu?
 




So balik ni lekas-lekas prepare your very own infused water ok? Ada timun pon dah ok. I'm pretty sure dalam fridge memasing memang ada bahan untuk buat infused water. Kalau nak jimat, beli la share. Kau beli lemon aku beli herbs, lepas tu bahagi sorang sikit. Kan? Make it fun baby! Good Luck!
-EnD-


10 comments:

Irfa said...

wah menarik
pakai asam keping pun org kata boleh kurus, tp masam giler kot, mampu ke nak telan,, kang muntah ijao lak

Home4health said...

memang betul turunkan berat badan sebab tingkatkan metabolisme.
Kerap kencing dan rajin yak tu hasil dari infused water.
Lepas ni boleh la tengok Sue slim semula.wuwuwuwuuwu..

Anna Dayana said...

A'ah Intan sekarang asyik nak kencing dan berry je. rupanye2 hasil dari infused water..

Ia mmg berkesan sekali!!!

A.L.I.N.A said...

saya pun skrg mmg dok minum air cam gini..nak minum air masak kosong tu x selera sgt..buat la air cam gini mmg laju je abih sebotol tu..gigih beli botol herbalife yg 2liter tu.. saya suka yg lemon+lime+orange..mmg asyik nk gi toilet jer..pastu punya gigih nak kurus nak segak time raya saya cuba produk isagenix plak..hihihi..harap2 berkesan n buleh la bergaya ala mak datin raya ni..hahahhha

Unknown said...

hiii... boleh try larr nanti,,,
sape tak suke plain water,,bagus try ni ehhh

Akak Coway said...

Buah apa-apa pun tak kisah kan? Dlm fridge ada buah pear je. Hihi.

Kenari Putih said...

Infused water ni mmg kena buat grouping dgn kawan2, kalo tak, buah2 tu or lain2 tumbuhan tu mmg tak termakan.. hihi.. nak guna tu sikit je.. mmg kena ajak kawan2 buat team minum infused water ni.. hihi

Chooyaya! said...

Irfa : memang kalau guna asam jawa atau nama science dia garcinia cambioga akan kurus. tu diet yg diamalakan oleh ramai celebrity barat. kaksu ada kawan yg rumah dia ada buah asam gelugor ni. fresh from tree. ingat nak try la buat infused water asam gelugor.

Gha a.k.a. Gna said...

Betullah.. Kene buat grouping dgn kawan2.. Sebab sebiji lemon boleh buat 4 kali. Kalau nak beli paling koman kene beli 4 biji. Tak sempat guna dah busuk plak. Tapi serius best infused water ni. Xde rase nm melantak. Pastu fefeeling macam sihat gitewww. Hehe

Bahaya telan panadol!

Gha a.k.a. Gna said...

Betullah.. Kene buat grouping dgn kawan2.. Sebab sebiji lemon boleh buat 4 kali. Kalau nak beli paling koman kene beli 4 biji. Tak sempat guna dah busuk plak. Tapi serius best infused water ni. Xde rase nm melantak. Pastu fefeeling macam sihat gitewww. Hehe\
\
Bahaya telan panadol! \
}