Monday, May 26, 2014

Pasal Shein Je Pun

Assalamualaikum.

Balik ni nak beli bahan buat kek batik la. Teringin. Dah sampai kat tekak dah ni. Rasa macam nak balik sekarang jugak and buat kek batik sekarang jugak. Over kan? Yang ni I guna resepi turun temurun dari Kaklong yang memang kompem sedap. Malam kang kalau projek menjadik, I share resepi ok? Kek batik ni favorite Sazli. Dia kalau makan kek batik macam makan nasik. I suka la tengok dia suka makan apapa I masak, tapi kalau dah perut makin lama makin kedepan meluat jugak aku tengok.

Ok. I nak citer pasal Shein. Semalam seharian dekat rumah haru-hara giler. Dia sekarang ni dalam sehari, tido siang sekali je. Dulu pagi around 10-11 pagi sekali and petang sekali around 3-4 petang, now tadek. Dia kumpul sekali harung tido pukul 12-2 petang macam tu. Dia taktau plak mak dia ni tarzan? Sebab Shein jenis sebok orang kat dapur, sebok la dia kat dapur. Sebok orang dalam bilik kemas katil, dia panjat buat stun. Sebok orang lipat kain, dia berenang atas kain. I sakit jantung tengok perangai dia. Siyes. Bila I dah merah telinga nanti Sazli cakap, ‘Tu je satu anak kiter Bubu’. Sejuk sikit. Kalau Sazli cakap, ‘Tu je satu anak kiter Bubu, nak duit pergi shopping’. Lagi best. Haha.

Semalam, dalam pukul 4pm macam tu, I try to tidokan dia. Dengan Sazli sekali. Tiga beranak dalam bilik. Pasang aircond tutup pintu semua. Haram dia nak tido. Dia buat stun lagi ada. Panjat katil, turun naik semua. Ketawa mengekek-ngekek macam la ada menda kelakar sangat. Last-last dah sejam lebih dalam bilik, kitorang give up. Duduk je depan tv. Lantak la dia taknak tido. Dah kerja memanjat badan I pulak atas sofa. Letak kaki kat peha, tangan pegang kepala I, panjat kat bahu T___T Dekat Sazli taknak pulak tu dia panjat.

Pastu kalau Sazli peluk I nanti dia merajuk. Memula dia jatuhkan badan kat carpet. Hentak kepala. Tak puas hati sebab bunyik tak kuat. Bangun. pergi kat simen, baring lepas tu hentak kepala. Lagi kuat, lagi dia puas hati. Perangai sangat. Nanti kalau kiter marah dia, dia menunduk, main tangan and tangan tu dekat antara muka dengan dada. Macam tu. Lama. Selagi tak pujuk, tak peluk, selagi tu la berdiri main tangan. Sian pulak I tengok. Sian tapi geram. Acaneh?

Masa hari Sabtu haritu, spend time dengan GF and Kaklong sekeluarga. Shein buat sepah tak hengat punya. Dia sepahkan ubat, helmet, kunci. Pastu Kaklong cakap, 'Ko tengok la anak ko ni dik, nak dimarah kang dia merajuk'. Hahaha. Sebab masa I tolong sebok kat dapur, Kaklong panggil I tanya nape Shein tercegat depan tv main tangan, I tanya dia, ada marah Shein ke? Kata Kaklong dia cakap jangan ketuk remote dekat tv je. Tanya. Bukan marah. Pastu I cakap, tegur pon jangaaaaannnnnnnnnnnn. Hahahaha.

Semalam masa Shein guling-guling kat lantai jeleskan Sazli sebab peluk I, Sazli baling manja bantal kecik dekat Shein. Kata Sazli, ‘Tu bini Abah, suka hati la nak peluk. E!’ Lepas tu ketawa pulak dia. Apa la Shein ni. Kaki penjeles sangat. Sok lusa bila dah ada GF jangan la buat perangai jeles ke apa Shein. Banyak sangat drama dalam relationship pon tak bahagia. Buat rilex je macam Mama and Abah. Senang. Yang penting trust. Kot ko nak cek henpon, email diary segala kalau dah nak curang tu, curang jugak. Tak gitu?

Ok. Sambung pasal Shein, makan I tengok kurang dah sikit. Sebok nak main je. Susu banyak macam biasa. Macam mana pon untuk his age, I akan cuba dapatkan 25oz sehari jugak macam yang Dr. A pesan. Sekali buat susu sekarang 6oz je. Tapi setel la sebotol. Malam pon kalau dia tido, dah tadek jaga dah. Tido dari malam sampai esok pagi. Bangun pagi pon dia tak mintak susu, tapi I sumbat je dia. Habes jugak minum.

Lepas demam ni, memang makin melasak. Tapi tu la. Mama kurus tak jugak. Cane ni?

-EnD-

Shein and Kakyang

3 comments:

Jan@Afzan said...

Tuh lah Su.. nak marah, kesian.

itu je lah sorang anak kita kan..hehe

Dahsyat gak tahap merajuk Shein ek. Nanti kalau dapat amik video ek.. Nak gak tgk mcmana dia merajuk..hehe

Shein2x..budak bijak ni..

p/s: Yup, mak ini pun tak kurus jugak wpun anak lasak & tak duduk diam..

Chooyaya! said...

ok. lepas ni kalau dapat i rakam sebab sebelum ni tak terfikir pon nak rakam. hahaha. tp shein mmg kuat merajuk giler!

Wizana Arbain said...

Alahaii comel je gaya shein majuk haha ye la su nti rakam la sure dh beso dia termalu2 tgk pangai sendiri haha..btw su shein mnom susu pe sekang leh share/review x sbb nmpk dia solid btol :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...