Friday, July 27, 2018

Intan Dan Hafiz

Publish : 8 Mei 2014
Re-Publish : 27 July 2018

SAPA INGAT KISAH HAFIZ AND INTAN ANGKAT TANGAN!

Assalamualaikum.

Kat opis kitorang ni ada la sorang driver ni. Al-Hafiz nama dia. Comel demok. Berat 120kg. Umur 27 tahun. Dia kan? Dalam ramai-ramai muda remaja dekat office ni, dengan I sorang je yang dia segan nak cakap. Kalau I panggil dia, Al-Hafizzzzzzzzzzzzzzz nanti dia sengih-sengih je. Nak tau tak? Al-Hafiz ni kawan baik Si Intan tau? Dia memang rajin la melayan Intan. Kang kejap dengar la Intan gelak-gelak dari tempat dia. Ingatkan apa. Rupanya Si Al-Hafiz tengah ambikkan gambar Intan pakai henpon dia. Sebab dia pakai I-Phone 5s. Melampau kan?  Handphone nak I-Phone jer. I rasa Al-Hafiz ni comel kelakar and lurus. Kitorang pon layan dia, tanya dia soalan pon macam tanya budak sekolah tadika.

Haritu dia datang dekat Intan. Kata dia, ‘Akak, Apis lapar la’. Pastu Intan kata, ‘Apis nak apa? Akak tadek apa ni. Biskut ada la. Nak?’ Pastu kata Hafiz, ‘Taknak la’. Intan apa lagi, buntang la mata dia, ‘Dah tu Apis nak apa?’ Kata apis, ‘Pizza’ T___T

Pagi-pagi nak makan pizza. Memang melampau dia ni.




Tengok la Intan ni. Berangan pwincess tak habes-habes. Dia kembangkan kain dia pastu suruh Hafiz ambik gambar. Sabar jer la.

Ada satu time ni, Hafiz lama tau tak lepak dengan Intan kat tempat Intan. Pastu Nanti Hafiz masuk office, Ira intercom Intan, ‘Kak Intan, Hafiz dah masuk office. Lekas!’ Pastu I nampak la Intan lari-lari menuju Hafiz,

Hafiz! Berenti!

Pastu Hafiz pon berenti la kat pintu masuk office ni, ‘Nape Kak?’ **Sambil buat muka boring

‘Nape Apis dah tak datang tempat akak? Belagak eh?’

‘Ala kak.. Malas laaa.. Boring…’

Pastu Intan cakap, ‘Malas???’

‘Ala kak… Apis malas la nak cakap dengan akak. Penat la pandang bawah’

HAHAHAHAHHAHA Sebab Intan pendek. Hafiz tinggi.

Pastu I dengar Intan membebel ‘Hafiz dah pandai melawan akak eh sekarang? Pergi tempat akak S E K A R A N G !!!

Tak lama lepas tu Hafiz jalan seret-seret kaki pergi tempat Intan. Dia kan besar? Dah macam penguin dia jalan. Kekadang baju dia terangkat nanti nampak la perut dia. Hahahah. Sian kena paksa. Aritu I tanya dia, ‘Hafiz, kenapa gemok? Kuat makan eh?’ Pastu dia jawab, ‘Hafiz kalau balik kerja taknak makan sebab diet, tapi Mak masak lauk sedap-sedap. Kalau Hafiz tak makan nanti Mak merajuk’. Ya Allah apa comel sangat ko ni Hafiz? Hahahaha. Kekadang kan, dia pergi kerja bawak bekal. Mak dia bekalkan.

Haritu dia heart to heart talk dengan Intan tau? Dia bagitau Mak dia nak jodohkan dia dengan sorang perempuan ni. Pastu kata dia, dia taktau nak terima ker tak. Dia nak fikir dulu. Pastu nak tau tak Intan cakap apa? ‘Kaksu! Hafiz kata dia nak fikir dulu nak terima tak budak perempuan yang Mak dia nak jodohkan tu, dia ingat dia hensem sangat ke?’ Kitorang gelak sampai nak terbalik kereta.

Hafiz ni, dia sebaya Ira tau? 27 tahun. Tapi dia panggil Ira akak. Kekadang Ira buli dia dekat kaunter receptionist. Suruh bukak surat lepas tu cop. Kekadang dia nak buat, kekadang dia taknak. Penat kata dia. Penat buat apa la Apis ni? Dia driver jer. Bawak kereta pagi. Dengan balik. Pastu mana ada kerja dah. Hahaha.

Dia panggil Dyba boss. Kata Dyba, nanti kalau bos Hafiz dah retired, Hafiz jadik driver akak jer la ye (Dyba pon jadik akak, padahal Dyba 25 tahun). Pastu hafiz senyum-senyum. Rasa nak tunjal je. Dia tu gemok. So kalau dia jalan macam semput, nanti I cakap, ‘Hafiz ni jalan pon letih ke?’ Pastu dia senyum je. Dia memang tak cakap dengan I. Kalau dia nak tanya pasal I pon, dia tanya kat Ira. Haha. Kata dia I garang. Ok. Taknak cakap sudah.

Tadi masa kat JJ  Intan beli Big Apple. Kata dia Hafiz yang nak. Hafiz bagi RM10 suruh beli donut. Intan cakap, memintak la Hafiz bagi dia satu, boleh buat bukak puasa. Kemain je Intan dengan Hafiz ni. Macam belangkas kesana kemari. Si Hafiz pon melayan je Intan tu. Kawen je la dengan Hafiz tu Intan. Habes cerita. Pastu Intan jawab. TAKNAAAAKKKKKKKKKKKKK!!!

I cakap, ‘Intan, kalau Hafiz masuk The Biggest Loser, lepas tu dia kurus lepas tu dia jadik celebrity, Intan nak tak?’ Kata Intan dia tetap taknak.

I pesan pada Intan. Jangan nak suruh Hafiz ambik gambar dia lagi. Intan kemain bergaya macam princess. Tonggek sana, tonggek sini. Yang si Demok tu ikut je cakap Intan. Dia ingat Hafiz tu kucing ker? Takde nafsu. I cakap, Intan. Entah-entah dia teruja mana Intan tau? Nanti kena rogol baru tau. Hahaha. Pastu kata Ira, kalau Kak Intan dengan Hafiz tu, Kak Intan la yang rogol dia. Sebab dia memang  geram dekat Hafiz. Hahahha.

Haritu masa Hafiz duduk kat kerusi, Intan buat-buat nak duduk atas riba Hafiz. Bodoh kan? Si Hafiz pon redha je. Dia memang muka tadek perasaan. Intan kalau bawak kereta, nampak Hafiz kat basemen nanti dia bukak tingkap, ‘Hafiz! Naik sekarang! Jumpa akak kat atas’ and si lurus bendul ni boleh ikut je cakap Intan. Hahaha.

Sekian sahaja cerita Al-Hafiz dan Intan.I memang suka dengan Hafiz ni sebab baik budaknya. Lurus. Anak emak pulak tu. Memang comel. Intan? Orang dah ada depan mata, apa nak tunggu lagi? :D


Yang ni pon Si Hafiz amekkan gambar jugak. Nak dia melayan Intan? E!


Amboi Hafiz. Kemain kan spek mata hitam siap? Ni dia taktau ni Intan bagi gambar ni. Kalau dia tau, MAMPOS


Tengok la dua orang ni? BECINTA sangat kan?

-eNd-

4 comments:

Anna Dayana said...

kak su Hafiz ni mengada betol la.. dia suh intan teman dia makan donut yg intan beli.. intan da bangun dari tempat dia buat muka, apa lagi tak sampai hati.. duduk balik pastu teman dia makan..

ee tumbuk perut tu baru tau...

Hani said...

Intan ni comel. akak ada abang lom kawen nak tak?

Anna Dayana said...

ada ABANG!!! omg.. apa salahnya kak Hani.. kawan2 lah dulu, mana tau serasi.. tapi intan janji tak garang2 tak paksa2 macam intan buat kat Al Hafiz.. kikiki

Haris Zuhaina said...

As Salam
Intan, hati2. takut gambaq2 tu si Al-Hafiz buat modal sblm todoq, then mimpi bashah..XOXOXOXO
Suka tgk kenin Intan.. santek.. cam Farah Wahida gitu :P