Thursday, July 26, 2018

Open House Syarikat Kita

Assalamualaikum..

Open house Syarikat I tahun ni ialah penanda aras kepada segala KEGEMUKAN I and tempoh dimana I terpaling gemok dalam 2 tahun ni. So a bit menyampah nak share gambar semua sebab I gems gils serta mampu membunuh bisnes corset aku. Hahahahaha. I taktau la kenapa yang jadik macam ni but probably sebab jamuan hari raya back to back la. Itu yang menyampah. Imagine eh? Weekend Sabtu Ahad memang Open House 2 3 bijik rumah, office lagi... Dah tu satay tergolek depan mata takkan I nak tengok je? Dalam pada ambik sana sikit, sini sikit daaaaaah jadik beribu calories ambik dalam tempoh sehari. Dessert lagi, air manis lagi tu yang sampai merekah kain Lily Petuna I masa Open House Syarikat last day hahaha. Bulan puasa turun 3kg dalam masa sebulan lepas tu masuk seminggu raya dah naik 5 kilo. Dia up lagi 2 kg dari berat asal yang tak tahan tu. Hari Isnin 9 July tu ialah hari terakhir yang I makan beria. Lepas tu terus insaf and today after 18 days, I dah dapat 60kg balik and target nak lose another 3 kg baru senang hati I. U know, when U fat U can feel peha berlaga, bontot melimpah ruah, pakai baju semua tak kena, muka sebesar dulang lepas tu down. I pon pakai baju office semua rasa macam tak selesa dah. Dari kena keluar duit beli baju lain, baik la diet. So I cut nasi terus, and dessert. Air manis still minum but bekadar la. Teh O Ais paling favorite sekarang ni. Nak coffee dah tak boleh sebab I dah ada gastric. Level minum 1 sip pon boleh angin memulas nak muntah semua. Memula rasa la hidup kesepian sebab tak boleh dah minum Ice Americano With 2 Pump Vanilla Syrup tapi nak buat macam mana kita dah tuwe kena la jaga makan and ikut nasihat doktor. (Tuwe sangat bunyinya). Kekadang bila craving nak bau coffee, I ajak la Kaklong or Intan pergi Starbucks and paksa dorang minum coffee. Hehe.


Tachiu Linda mekapkan I.  I kena datang awal sebab kena ushered. 11.00am dah sampai dekat Tasik Titiwangsa ni dengan Izzah lepas tu berangan buat fashion show hahaha. Intan takde sebab dia exam and I jumpa The Girls later dekat petang dah. Untuk staff is 2.00pm onward. 



I surprise Kaklong dengan Flower Bouquet sebab birthday dia masa harini. Izzy time ni dah balik. Dia kena pergi kilang ada ISO audit. Intan takde sebab exam. So tinggallah kitorang berempat.


With Lin, Zarina, Anna and Remy. Yang belakang tu I tak kenal sapa. Semua ni kawan-kawan yang bekerja di bawah satu bumbung.


Sedondon pulak dengan Errie. Errie ni kawan I lama since dari sama-sama tak kawen lagi. Ya Allah apa ke gemok benar ni?


Ni masa awal pagi tu. Dengan Izzah, Joel and Izzy. Joel ke nama Amoi tu? Main petik je. Ni consultant yang masa kitorang punya Teambuilding last time.


Izzah dengan En Hassan dah macam pengantin ni. Warna baju sama. Hahaha. Tingat dulu masa sukan, Abang Nuar tolong belikan roti jagung nam posen untuk En Hassan. Kata dia, tu untuk dinner. Ya Allah patut la kurus. Dinner makan roti nam posen je.


Masa ni dekat dalam bilik depan sebab I dah tak boleh gerak kemana-mana, kain dah tertetas. Bukan tertetas actually, tapi dia macam tercarik kot? Kena tunggu Dyba datang bawak jarum and benang. Sian I. Hahahaha. Meanwhile Kak Habsah bagi I stapler. Dapat la cover yang terkoyak tu tapi tak boleh duduk. Berdiri je. 


Lin, walaupon muka aku blur tapi sebab ko cantik dekat sini so aku up jugak la.


Izzy, Siti Nohaliza and Izzah


Cantik-cantik la Penyambut Tetamu raya ni.  


With the bosses.


Happy Birthday Kaklong. Assemoga!


Kaklong Celebration kitorang buat Jumaat lepas tu. Ada lagi surprise untuk dia. Nanti I share eh? 


Up lagi sekeping gambar with Errie.


With Faridah, Sectretary Dato' Khairil.

Thank you Linda sebab always cantikkan Kaksu. Dia tu kalau tanya I gemok ke tak, tak pernah dia cakap gemok. Always cantik je. Hahahaha. Tipuuuuu tau? This year, Intan takde rasa macam missing sikit. I pon takde makan sangat pon sebab sebok nak handle kain tertetas ni. Orang lain pakai elok je, I pulak pakai jadik koyak. Kata Izzah sebab I buas. Hahahaha. Oklah, jumpa untuk Raya Celebration next year pulak eh? Semoga umur I panjang dan I kurus tak gemok macam time ni dah,. Okbye!

-eNd-

6 comments:

FadMN said...

memang cantik mekap u.nampak glow jer...btw, pic tang cium kak long tu mmg nampak la kain tetas hahahaha

Chooyaya! said...

fadMN : yeeeeer yg tu ler tertetasnyaaa

Unknown said...

tq tepek gambar aku muahsss

Chooyaya! said...

MiszLinn : Of coz la. kan u artis haritu?

Unknown said...

Izzah gemok la kaksu..tk suka tgk diri sendiri..kalau dlm gmbr lahh..kat luar peduli hapee..hahahahahahaha

Chooyaya! said...

izzah : KITA SEMUA PON GEMOK IZZAH.hahahahahahah