Monday, July 30, 2018

Apa Yang Anda Perlu Buat Sekiranya Anak Dijangkiti HMFD

Publish : 25/2/2015
Re-Publish : 30/7/2018


Since now tengah HOT issue jangkitan HMFD, so I share lagi lagi sekali entry ni

Assalamualaikum..

OK. Kesinambungan pasal entry ni yang Shein kena jangkitan HMFD dari dia punya nursery tu, dekat sini I nak share serba sedikit info and my own experience handle Shein semasa dijangkiti HMFD dan sebagai panduan kepada nkorang semua jugak. Mana tau tetiba one day korang kena face problem yang sama kan? So tadek la panic sangat. Sebetulnya I masih lagi rasa nak marah tapi takper la, as long as Shein dah free from HMFD ni pon I dah syukur sangat-sangat.

Nak bebel banyak-banyak kang ada yang menyampah pulak. I nak mintak maaf kalau I bertegas mengatakan bahawa anak yang demam/terkena jangkitan HMFD tidak sepatutnya diletakkan di Nursery sehingga betul-betul sihat tak kiralah in whatever condition and problem you as a parent have at that particular time sehinggakan anda TERPAKSA jugak meletak anak anda di nursery. For me, that condition is still a big No-No.

No compromise. Please.

Tak kisah lah cuti dah tadek ke, tadek orang boleh jaga anak ke atau apapun alasan. NO. You cannot do that. Don’t be selfish. Find a solution. Sebab dengan tindakan anda menghantar juga anak anda dalam keadaan yang masih tidak sihat, anda boleh membahayakan nyawa kanak-kanak lain sebab sehingga ke hari ini, masih tidak dapat dikenalpasti dan dijangka siapa yang boleh sembuh dan siapa yang akan mengalami komplikasi sehingga menjurus kepada kematian. Jangan ambil ringan. Tak baik to put other’s dalam high risk just because of kiter punya masalah. Jangan buat main dengan nyawa anak orang lain ok?

Anak. Kan? Siapa yang ada anak tau la macam mana sayangnya kiter pada anak. Lagilah kalau dah bertahun kawen baru nak mengandung. Tu pun lepas buat macam-macam. Mabok 9 bulan, nak membesarkan anak  macam-macam sakit. Kiter buat yang terbaik untuk anak kiter yang kiter tatang dengan penuh kasih sayang tapi sebab masalah orang lain, anak kiter dijangkiti penyakit berjangkit. If sembuh Al-hamdulillah. Kalau meragut nyawa? Ko nak ganti ke anak aku? Sapa yang cakap ‘Dah takdir’ meh I nak tunjal sikit. Geram jer.

Anyway klik sini or korang boleh Google and baca sendiri apa dia HMFD, Tempoh sakit, Faktor-faktor dan Risiko, Gejala, Komplikasi, Diagnosis, Prognosis dan Langkah-Langkah Pencegahan. OK? But kat sini I share mana yang I buat. I pon lambat tau yang Shein sebenarnya kena HMFD. Selepas sehari setengah baru la dapat tau. At first, masa dia demam Jumaat malam tu I ingat dia demam sebab lepas amek Injection 2 tahun.

Shein memang macam tu. Kalau injection confirm demam. Kekadang sampai admitted. So Sabtu malam tu bila dia consistently menangis dari pukul 8.00pm – 11.30pm (yang at first I ingat dia tantrum) we decide to bring him to hospital. Sebab kata Dr. A, budak takkan nanges tantrum sampai berejam. There’s must be something wrong somewhere. Taknak ambik risiko, dalam pukul 12.00am kami sampai ke A&E Gleneagles. Naik je kereta dia diam. Sampai hospital dia main lari-lari macam tadek apapa masalah pon. Sabar jer la. Padahal tadi nanges macam apa jer. Geram nak tunjal.

Jumpa doktor, dia kata Shein kembong. Memang banyak angin dalam perut dia. Maybe sebab banyak nanges, so angin masuk perut banyak. Lepas tu dia sembelit sebab dah almost 2 days tak berak. Tu pon sebab I yang bagitau. Doktor bagi Duphalac (Ubat untuk bagi lawas berak) sahaja. Tadek pulak dia nak bagi ubat angin ke, ubat sakit perut ke apa. Takde eh? I tunjuk pada Doktor ada bintat seketul dua dekat kaki yang Shein garu-garu. Kata dia itu nyamuk. Memang I perasan Sabtu malam tu Shein asyik suruh I garukan kaki dia.

Ok. One thing eh? Beza tau kalau kiter bawak anak jumpa doktor biasa dengan paed. Ni I punya pengalaman la. Maybe korang lain. Or doktor yang korang jumpa bagus. Tapi kalau I bawak Shein jumpa doktor biasa, dia cek guna stethoscope perut dengan dada sahaja. Lepas tu dah. Tapi kalau paed first dia akan cek nafas. Lungs ok ke tak. Lepas tu cek tekak, cek mata, cek telinga. Cek badan tengok kot-kot ada unusual things ke, cek kaki, cek tangan. Lepas tu baru advice.

If demam, dia akan bagi ubat demam. Ubat batuk buat standby. Lepas tu tanya pulak nak pergi mana-mana ke? Kalau nak away from KL siapkan antibiotic supaya kalau demam berpanjangan selepas certain time, boleh start antibiotic. Kalau ada rashes kat bontot bagi ubat sapu time rashes teruk sampai la krim sapu selepas recover dari rashes and protection. Bayar mahal pon takpe. Puas hati. And very convincing so semua orang kena bawak anak jumpa Dr. Adrian dekat Gleneagles (Tetiba. Haha).

Lepas dapat ubat, kitorang balik. Sampai rumah, I bagi Shein Duphalac tu and dia menyusu 6 oz and tido setengah jam. Start pukul 2.00am dia nanges sama macam yang memula tadi. Dah. Berangkut balik ke A&E Gleneagles. Jumpa lagi doktor yang sama. This time doktor kata nak observe Shein dekat Emergency for few hours selepas bagi ubat Colimix (Ubat kembong and tak selesa perut) and Antamin (Ubat allergic). Sebab obviously dia look tak comfortable. Shein nanges nanges nanges non stop sampai pukul 5.00am kitorang decide nak bawak Shein balik sebab dekat hospital pon mana la comfortable kan?

Kata Doktor, bawak Shein ronda-ronda naik kereta. Mana tau dia tido? Padahal Antamin tu sepatutnya buat dia mengantuk tapi harapan la. So kitorang bawak Shein ronda-ronda KL and lepas setengah jam al-hamdulillah dia tido. I pon mata dah koyak rabak tak tido semalaman, bila Shein tido terus sama tido. Tapi tak lena la sebab risau dekat Shein.

Esoknya pagi Ahad, I tengok Shein macam ada demam and still nampak tak selesa. Cuma tadek la teruk macam semalam. Kitorang bagi ubat consistently. Menjelang petang bintik-bintik kaki dekat Shein pon mula nampak. Korang tengok gambar dekat bawah ni I letak. I amek gambar and send dekat Doktor Adrian. Kata dia it’s HMFD. Esok bawak pergi klinik untuk further check-up.


Paling banyak bintik keluar dekat lutut


Dekat kaki ada 2 3 4 tempat


Dekat tangan pon ada


Lutut satu lagi


Tapak kaki

Al-hamdulillah Isnin pagi tu Shein tadek temperature dah. Cuma dia asyik tergaru-garu jer la sebab gatal. Oh btw, semalam tu bila Dr. Adrian bagitau Shein HMFD I terus asingkan baju dia, tukar cadar sarung bantal semua, tukar towel and sembur febreeze anti-bacteria dekat sofa. And terus I pastikan I selalu basuh tangan especially selepas tukar pampers Shein. Mainan-mainan dia  lap dekat wet tissue. Kemas semua bersih-bersih.

So Isnin tu bila I bawak jumpa Dr. Patric (Dr. Adrian cuti), dia bagitau Shein confirm HMFD. Tapi Shein punya bukan yang teruk sebab dia punya bintik-bintik tadek air bisa dalam dia. Mulut pon tadek ulser. Al-hamdulillah bukan HMFD yang teruk. InsyaAllah 2-3 hari Shein dah boleh keluar dari rumah kalau dah tak demam and bintik-bintik dia dah hilang. Kitorang bagitau nak pergi Melaka, Doktor Patric kata ok. Boleh. Just makesure dia tak demam jer la.

I dibekalkan dengan ubat Zyrtec (Untuk gatal-gatal), Aloclair spray untuk bagi mulut dia kebas kalau dah melepuh. Sebab budak yang dijangkiti HMFD yang dah keluar melepuh dekat mulut taknak makan dan minum sebab sakit. So spray Aloclair bagi kebas, suap dengan frozen yogurt and lepas tu cecepat suap makanan and susu sebelum sakit tu rasa balik. Doktor bagi jugak ventolin untuk clearkan pernafasan, aerius (Ubat selsema) for standby and Calamine Lotion untuk sapu pada tempat gatal. Bila tau je Shein kena HMFD so maknanya Shein kena la quarantine dekat rumah sebab HMFD ni mudah berjangkit especially pada kanak-kanak bawah 5 tahun.

Antibiotic doesn’t work for HMFD. So no need antibiotic.

Just for korang punya information. Bebudak yang dijangkiti HMFD dia akan rasa tak selesa, sakit sendi, perut kembung, sembelit (sebab tak boleh nak berak), sakit kepala dan demam. All in one. Imagine eh macam mana tak selesanya dorang? Sian sangat. Sebab tu la Shein sampai tak tido Sabtu malam tu. Sian Shein. If demam biasa boleh pantau sendiri dirumah tapi kalau anak korang dah nampak lemah, tak kencing more than 8 hours, sakit mulut teruk, demam lebih dari 3 hari atau diserang sawan, lekas-lekas bawak ke hospital untuk rawatan lanjut. Don’t take thing for granted ok?

I ada baca pasal rawatan alami untuk anak-anak yang dijangkiti HMFD dari rakan blogger I. Korang click sini untuk baca macam mana Nur Zulya rawat anak dia yang dijangkiti HMFD dengan menggunakan kaedah rawatan secara alami. Yang I ikut ialah bagi natural yogurt sebab natural yogurt ni mengandungi probiotik untuk membantu menguatkan antibodi dan melawan bakteria jahat. Bagi aiskrim pon ok sebab nak sejukkan tekak yang dah kena ulser.

Dalam kes Shein, selepas 3 hari dia dah recover sepenuhnya dari HMFD sebab bintik-bintik dia semua tu dah tadek. Shein cepat sembuh maybe sebab dia kena mild HMFD.  Al-hamdulillah. Recovering process tu tadek masalah tapi paling kesian masa memula demam and  sebelum bintik-bintik tu nak keluar. Tu memang kemuncak HMFD la. Paling seksa tengok time tu.

One more thing I nak pesan pada korang, selepas je tau anak korang dijangkiti HMFD kena terus bagitau Nursery supaya dorang tutup segera. Takot boleh jangkit dengan budak lain pulak. Cara Nursery nak deal dengan problem ni sebenarnya bergantung pada budi bicara pengurusan mereka sendiri. Macam Nursery Shein, bila I bagitau Shein kena HMFD terus dia call KKM and tutup Nursery dorang untuk proses pembersihan.

Maka sekianlah karangan pasal HMFD. I hope korang boleh amek pengalaman yang I share disini sebagai panduan. Penat tau nak taip panjang-panjang macam ni? Bak uweeeetttt!

Akhir kata pesanan dari I, Please mommy. Please. Kalau anak demam jangan la hantar dekat Nursery sebab Mak budak yang kena HMFD dan menyebarkan virus dia pada Shein cakap, ‘I ingatkan anak I dah tadek HMFD. So I hantar la’. As simple as that? Padahal obviously kot anak dia still merengek, berhingus and ada temp masa dia hantar tu. Haih. So selfish!

-eNd-

5 comments:

-HanaMichi- said...

my dear kak su, thanks for sharing the article and before ni, im facing the same thing.
alhamdulillah bukan anak sy tp my nephew.
nipon sbb mak-mak yang selfish hantar anak sakit dekat nursery. eii. cam nak lempang je.
sampai nephew i kn kuarantine. jabatan kesihatan dtg, nursery kena cuci semua tools, toys and so on.. kan susah kan org, dan mak-mak ni cm cakap.. i ingat anak i dah baik.puiii..

tak consider orang lansung. bodo piang.


ok kak su.. sori lepas geram..tp i can feel u what has happend to shein. poor baby...


Chooyaya! said...

-HanaMichi - : i feel u.. bg kaksu, nusery ni kekadang maybe terlepas pandang. yang salah ialah parent yg still hantar anak walaupon dia tau anak dia sebenarnya tak totally recover from fever.

missalongwani said...

ye la kak su...mak bapak yg pentingkan diri sendiri ni ssh...xpikirkan ank org lain..si ami pon nyaris2 nak kena HDMD tuh...xpasal2 kite plak terpaksa cuti lama nk jaga dia..dgn cranky dia lg..dmm semua...nasib cek2..xde aper2 sgt...tapi..kite la dok menahan plak body smua nak jaga si kecik yg demam ni..malam2 meraung... sakit..gatal..idung tak selesa...hish..sakit ati tol laaa

Unknown said...

Good sharing sue, sian shein but syukur dia dh sihat. Nti update more abt shein eh suka bc keletah dia. Btw typo la sue find a solution bukan resolution. Lari jauh dh maksudnye tu haha :p

Chooyaya! said...

Shadapyu wizana! Haha