Wednesday, May 7, 2014

Nasik Goreng Bodoh Lagi Sendu

Assalamualaikum.

Harini I nak share satu resepi mudah untuk buat Nasik Goreng Bodoh Lagi Sendu. Dia tak air mata berdarah sebab dia tak pedas sangat. Kalau dia pedas dia jadik nasik goreng bodoh air mata, kalau pedas giler dia jadik nasik goreng bodoh air mata berdarah. Tapi kalau dia pedas-pedas ayam nama dia jadik nasik goreng bodoh lagi sendu. Kelas nama kau dikkkkkkkkkkk! **Harini I kakak nasik goreng.

Tanpa membuang masa mari I share kan cara menyediakan Nasik Goreng Bodoh Lagi Sendu ni. I jamin sedap dan semua akan berselera makan. Nak nak pulak yang jenis suka giler makan pedas macam I. Makan pedas boleh, tapi kalau lepas tu buasir bunga padan muka U.

Bahan-bahan dan cara membuatnya.
  • Goreng ikan bilis sampai garing - Ketepikan
  • Buat scramble egg garing - Ketepikan
  • Tumis bawang merah, bawang putih, lada kecik yg dihiris
  • Rasakan dengan garam
  • Masukkan nasik sejuk
  • Masukkan ikan bilis and scramble egg garing tadi
  • Sebelum angkat renjis-renjis dipilis dengan seasoning maggie skek. SIAP!
Kuantiti bahan-bahan yang nak digunakan tu ikut suka la korang nak banyak mana. Tadek hal. Kang ni Peej komen cakap resepi tak lengkap. Haha.  Nak banyak sampah sarap letak la banyak bahan. Kalau nak yang low profile bubuh la semua sikit-sikit. Cong cong cong ceng dah siap. Sekejap je dah siap. Pastu boleh makan. 

Cis! Sedap pulak nasik goreng ni. Ini nasik goreng kalau sapa tadek lesung batu/blender pon boleh buat sebab cuma hiris-hiris je. Tadek hal. Pon sedap. Sapa pemalas tahap mentibang laut pon boleh buat. Pejam mata je dah siap. Tadek alasan. Pakkal la tengah diet ni. Kalau tak malam ni memang makan nasik goreng sendu ni je la. Ok  guys! Selamat mecuba! 

**Jap lagi Intan call la ni cakap nak nasik goreng. Dia bukan boleh tengok I up gambar macam ni. Manjang teringin! Tu bahan nak buat kway teow dah ada dalam peti. Sanggup tu bebudak ni belikan nak jugak suruh I masakkan untuk dorang. Sabar jer la.

-EnD-



Nasik Goreng Bodoh Lagi Sendu

4 comments:

Anna Dayana said...

kedapnye...

berbuka nasi goreng la esok, malam sikit intan tolong kak su masak kway teow ok?

kenapa kak su tak comment dalam blog intan?

honey bedazzled said...

satu lagi nak senang yang amat ialah harus ada mix vege frozen tu.settle hidup bila nak buat nasi goreng. sedap dan mencantikkan nasi goreng anda

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue
Ni masak ngan kasih sayang ni
main campak2 n tauk2 ja...
Tu yg laku 'nega'
Pas ni leh buata stok sambai kicap air mata :P

yatiyahya said...

makin berminyak makin nampak sedap nasi goreng u ni kobes..
i hate u so much!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...