Assalamualaikum.
Tadi dok borak-borak dengan bebudak ni. Plan nak
pergi Sunway Lagoon, nak main outdoor punya games dah dua tahun sampai sekarang
tak lepas-lepas lagi. Pastu time borak-borak tu Intan dah saspen sebab I dah
deal dengan Ira, Dyba and Sarah yang tahun depan dah start kena fikir untuk
conceive lagi sekali. Sebab anak pon dah dua tahun lebih so just nice la kan
nak fikir pasal second child. Ko tu bukan la muda lagi kan nak selang satu anak
ke satu anak sampai 5 tahun. I je la tua. Yang bebudak lain tu baru 25 tahun. (Tua
takpe. Janji lawa. Kbye. Haha)
Kata Intan suruh tunggu la hujung tahun depan sebab
dia pon nak mengandung sekali. Pastu kitorang tanya, dah ada calon ke Intan?
Kata Intan tadek lagi tapi Intan dah plan memang nak mengandung hujung tahun
depan. Kiter sama-sama la kata dia. Hahahahahh. Bongok kan? Calon pon takde lagi dah
fikir nak pregnant.
Kitorang semua dah plan, bila Intan mengandung je
kitorang semua nak resign sebab malas nak layan karenah dia. Dia kan mengada?
Sedang period pain pon habes satu office tau siap pakai stoking la kehulu
kehilir, nak makan soup, tadek mood segala. Macamkan dia sorang dalam dunia ni
period pain. So bayangkan lah nanti kalau dia pregnant macam mana? Eeee tak
sanggup.
Tapi I ada nak balas dendam satu pada dia. Dulu
masa I mabok, I lalu nak makan mihun goreng je and masa I makan mihun goreng
tu, Intan mengecek and dia ambik banyak-banyak sudu and tinggalkan dalam bekas
sikit jer. I sedih giler. Pastu nanges mengadu kat Ira yang Intan makan mihun I
banyak. Ada sekali tu, I memang tak larat. Tak larat habes. So I take a nap kat
surau. Dah la nak nap sikit punya payah, golek sana golek sini dengan mual nak
muntah segala, bila dah dapat nap Intan boleh kejut I, suruh cabutkan uban dia.
Boleh T____T
Tadi padahal nak cerita pasal lain. Ni tetiba
cerita pasal Intan. Motip?
Okla. Tadi padahal nak cerita banyak tapi pissed off
dengan henpon pulak. Dah satu hal nak collect dekat Wangsa Walk. Susah deal
dengan manusia ni. Macam-macam jenis manusia I jumpa lately. I pon naik sewel
sama bila melayan drama segala. Semoga lepas ni jumpa and kenal dengan
orang-orang yang baik sahaja. Amin. Happy weekdays U’Olls!
-EnD-
Sekadar gambar hiasan. Time ni pregnant 6 bulan.
7 comments:
tajuk da buat aku salah faham
apapun, semoga berjaya conceive ye..
hahaha..kl baca entry sue pasal budak2 ofis sue nie memang dok gelak ajelah..bestnya korang rapat.saya ms keje dl,ofismate kebanyakkan nyer suka tikam belakang then bermuka2..adoiiiii...
Maaf! kerana mengecewakan mu kekanda.. kah kah kah
Ayu sukatila : Hahahahah. saspender tak?
ira_violet_bee : ada jugak yang jahat. dua tiga orang. tp kaksu dah musnahkan. hahahahaha
Anna Dayana : U mengandung nanti, kitorang semua resign. haha
u tau kan bila i mengandung maknanya i kawin dgn anak org org kaya, bila i kawin dgn anak org kaya mcam abg datuk atau datuk datuk means? i BERHENTI KERJA..
Post a Comment