Thursday, May 29, 2014

Sambal Limau Kasturi

Assalamualaikum.

Padahal dah share resepi dekat Instagram and FB pastu lagi kecoh nak share dekat blog jugak. Habes semua medium social network kau nak kompang pasal sambal limau kasturi ni eh? Kah kah kah. Ah lantak lah. Tak kira. Nak share jugak! Kasik chance la.

Sambal limau kasturi ni menu wajib kalau buat masak lemak cili api sardine. Sebab semalam buatkan Sazli masak lemak sardine so I pon gigih la menumbuk sambal limau kasturi ni. Klik sini untuk resepi masak lemak cili api sardine.

Sekarang ni kurang dah huru-hara dekat dapur sebab dah terror manage time. Tapi Shein tu kerja dia nak menyondol bontot I je. Tak dapat sondol bontot, dia duduk celah kangkang. Ambik biskut, and makan kat celah kangkang I. I kan berdiri dekat sinki kan? Dia boleh menyelit dekat bawah tu lepas tu makan. Padahal tempat lain punya la luas. Haha.

Ngada je Shein ni. Pastu tangan dia sibuk bukak segala laci/almari/pintu cabinet dapur tu. I ingat bebila kena beli la tools untuk avoid Shein bukak katup laci. And kena beli pagar pasang dekat pintu dapur. Sebok orang nak masak, sebok la nak tolong. Hesh! Lepas tu tarzan la I. Shein pulak kalau I jeritkan dia, terus baring guling, hentak kepala kat simen. Nanti bebila free I rakamkan perangai dia tu. Mengada sangat Ya Allah. Tu kalau buat perangai macam tu dengan GF cepat ko kena tinggal Shein.

Menda tak logic dia nak merajuk. Contoh : Tengok cartoon pastu iklan. Pandang I pastu terus guling kat lantai. Dah tu macam mana Mama nak buat? Bukan Mama yang control Astro. Kekadang dia suka pakai kasut I tau? Nanti bila dia pakai pastu asyik tercabut sebab besar tau-tau dah baring je kat lantai sebab merajuk dengan kasut T____T

Dah tetiba tercerita pasal Shein. Haha.

Ok. Back to resepi Sambal Limau Kasturi. Simple je bahan and nak buat pon senang sebab bila dah goreng semua, semua bahan lembut and kurang la skek tenaga nak menumbuk sambal. I kalau tumbuk sambal, I guna pinggan clear untuk shield dari sambal terperecik ke mata. Nak pakai helmet pon boleh jugak. Tapi berat skek arr kepala.

Bahan-Bahan

1. Lada Besar Merah
2. Lada Kecik
3. Bawang merah
4. Bawang kecik
5. Belacan
6. Garam & Gula
7. Limau Kasturi
8. Minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya

1. Goreng semuaaaaaaaa bahan yang dipotong kasar kecuali Limau Kasturi je. Goreng sampai lembut. Tak payah sampai garing tau?
2. Tumbuk semua and perasakan dengan garam dan gula.
3. Potong dua limau kasturi, buang bijik dia and mayang halus. I suka guna gunting.
4. Mix well and siap!

Minyak yang lebih goreng tadi tu simpan. Nanti buat tumis untuk masak nasik goreng. Memang sedap. Kekadang I sengaja buat lebih sebab nanti boleh buat cicah cucur ikan bilis. Limau kasturi tu masukkan sekali dengan kulit dia. Jangan masukkan bijik nanti pahit. Kuantiti terpulang. Macam Sazli dia tak suka banyak sangat limau. I suka banyak. Ha gaduh la ko kat situ. Tapi biasanya tukang masak la menang. Hehe.

Selamat mencuba!


-EnD-

Sambal Limau Kasturi. Sedaaaap!!

2 comments:

Anna Dayana said...

kak su..

Untung Shein dapat mama yg pandai masak dan suka mengemas..
Intan makan sambal limau kak su ni sampai tak terkata.. sebab sedap nak mamps.. uols kena try buat sambal limau air mata ni.. dapat makan ngn nasi pun da cukup.. T.I.P.U.

Toodles
Intancomel

Chooyaya! said...

anna : tenkiu anna sebab selalu support kaksu. jgn nak cakap banyak, nanti balik kerja jalan kaki je. malas kaksu nak hantar intan balik ni kat lrt.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...