Friday, June 20, 2014

Astro On The Go & Stadium Astro : World Cup Blogger Event

STICKY POST
 *Please scroll down for new entry*

Assalamualaikum..

Hari Sabtu lepas, I dapat invitation dari Nuffnang untuk join Astro On The Go & Stadium Astro : World Cup Blogger Event dekat HongDae-Mun @ One City Mall USJ. Nuffnang kata boleh bawak sorang kawan. Cantek. I bawak Intan. Kalau tak bawak dia, sah-sah la I terbangang-bangang sengsorang tetengah crowd dengan handbag lagi, dengan nak control cun lagi memang susah. sebab I kalau tak kenal orang akan jadik pemalu. Cecece. Cita-cita nak jadik Pembaca berita mana boleh malu-malu kan?

Masa nak bersiap tu kata Sazli, Poyo je korang dua ni. Siap pakai jersey Brazil (Sebab semua peserta kena pakai jersey national football club untuk event tu). Ni nanti kalau ada game, memang semua korang kalah. Haha. Dengki tak dapat ikut sebab kena jaga Shein. Masin mulut Sazli, kitorang memang kalah semua game. Woo Hoo! Tapi kitorang enjoy jer. Langsung tadek rasa awkward ke apa. Nak pulak dapat team-mate semua pun sporting. Yang penting, menang sorak. Tq Intan sebab jadik supporter team number satu time tu. Team lain ada 6 orang tetiba kitorang terlebih satu anggota sebab Intan declare dia sama team dengan kitorang. Haha.



Team Portugal (Tapi baju Brazil, German pon boleh). From left, Yukie Yap, Sunshine Kelly, Marc, Rawlins, Asman. Depan Yours Truly and Intan.

Kitorang gerak dari Ampang pukul 3.30 petang. Guna Waze set One City Mall ikut Kesas, tapi belagak taknak ikut Kesas sebab kitorang tuduh Waze suka bagi jalan ikut route jauh. So kitorang ikut Federal Highway. Poyo. Sudahnya pukul 5.00pm atas jalan lagi. Padahal event start pukul 5.00pm. Nak kencing, nak berak semua ada dah dalam kereta. Jalan dah la berbelit keluar masuk tol ikut Sunway. Entah kat mana-mana entah tapi dapat pulak tu kitorang jumpa One City Mall. Sesambil berangan dalam kereta, ‘Intan, ni kalau Amazing Race ni kiter dapat la medal sebab dapat habeskan game. Bukan sebab menang.’ Haha.

Sampai je One City Mall, kitorang semua gather dekat Subway sebelum ramai-ramai macam rombongan Cik Kiah menuju ke HongDae-Mun untuk registration. Sebelum masuk event, kena upload 4 apps yang Astro buat for World Cup Brazil 2014 ni iaitu Astro-On-The-Go, Astro Go 2014 FIFA World Cup, Stadium Astro and Astro Ola Bola Football Predictor. Lepas dapat 4 cop, baru masuk and dihidangkan dengan soft drinks.


Party is about to start!

Lepas tu kitorang diperkenalkan dengan 2 orang host haritu iaitu Reuben Kang (JinnyBoyTV) Host of Astro Football Overload and Jun Yong, TV Host of Astro-Supersport Radio. Dorang terangkan pasal 4 apps ni yang I akan share later ok? Semua orang kalau nak merasa kemeriahan World Cup Brazil 2014 kena download 4 apps ni.


Reuben Kang (JinnyBoyTV) Host of Astro Football Overload and Jun Yong, TV Host of Astro-Supersport Radio


1. Astro-On-The-Go



Ok. Astro-On-The-Go ni is a must have item dalam handphone sebab kiter boleh catch up semua game live dekat handphone je. Maknanya kata la kalau that particular time, kite won’t be able to sit in-front of tv, but still kiter boleh catch up live game dekat handphone je by downloading this app. Easy-peasy. Semuanya dihujung jari. World Cup ni dia buat 4 tahun sekali je, so rugi kan kalau miss satu game yang kiter tunggu-tunggu kan? Dekat mana-mana pon boleh tengok hatta kata la kalau tengah tengok bola tetiba sakit perut kan? Sebab taknak miss live dari tv, kiter pon rasa tak syok kalau pause and play later so this is the right time untuk guna Astro-On-The-Go. Masuk toilet pon boleh tengok live! Kiter takkan tertinggal walau sesaat pon. Best kan?

2. Astro Go 2014 FIFA World Cup

clip_image002

App ni best sebab dia highlight semua important moment dalam every game untuk kesemua 32 team yang bertanding secara terperinci. Kiter takkan missed part-part yang best dalam game seperti macam mana gol dijaringkan dengan instant play and pause and includes amazing multi-angle replay for every major action. Semua dia boleh tayangkan melalui 34 camera dalam padang termasuk la a very slo-mo yang kiter boleh tengok, hanya dihujung jari anda. Gitu. Apps ni paling sesuai untuk peminat-peminat bola  fanatic yang nak tengok important moment dengan lebih terperinci. 

3. Stadium Astro


Kalau kiter download app Stadium Astro ni, dia akan bagi kiter complete match schedule, result and live score updates tanpa tertinggal walau satu pon important information dalam world cup itself. It sounds impossible kan untuk kiter tau secara detail for every game? (sebab takkan la nak berjaga sampai pagi everyday. Mati la) but with Stadium Astro semua tu tak mustahil sebab dia ada insight untuk semua game and paling best this apps come with 200 best Moment dari past FIFA World Cup such as best players, best goals, best saves and best matches.

4. Astro Ola Bola Football Predictor

clip_image033

Ok. Yang ni memang best. Memang layan kalau join Ola Bola Football Predictor ni. It’s a LIVE Football prediction app. App ni menguji kiter punya knowledge dan instinct dalam satu-satu game. Cara nak collect point ialah dengan cara meneka situasi semasa free kicks, corner and penalty kick samaada goal, missed, saved or time out. Semua dapat point. Nanti boleh compare markah dengan kawan lain yang download app ni jugak. Point yang paling tinggi ialah bila kiter dapat teka 30s next goal. Which 12,000 point. Yang ni memang mengundang jeritan lebih dari orang dalam stadium. It’s fun! Seriously.

Ok. Dah habes penerangan pasal 4 apps ni and now time to makan! Makan dihidangkan secara buffet and semua makanan adalah sedap. Makanan korea. Ada macam-macam and tetiba I rasa suka makan kimchi.


Korean Dish

Bila dah siap makan, so now time untuk gather dengan teammate and selesaikan 4 game yang dorang dah sediakan untuk menentukan pemenang event harini. Kitorang start dengan sepak bola masuk dalam gawang. Simple je. Team I ada 6 orang and guess what? Yang collect point paling tinggi I la. Dengan heels lagi. Yang lelaki lagi 3 orang tu aku taktau la mana perginya skill sepak bola dorang. Haha. best giler and macam kartun memasing.

Stadium Astro OlaBola 2014 FIFA World Cup Party, Stadium Astro, OlaBola, 2014 FIFA World Cup, Bloggers Party, Ola Bola Football Predictor, Astro On The Go, Astro Fifa World Cup, Stadium Astro App , Team Portugal

Kelly in action. Kredit to Kelly for this photo.

Next kitorang kena selesaikan task Astro GO – FIFA World Cup 2014 app. Senang je nak selesaikan game ni tapi yang buat stressed sebab kena siapkan task dalam limited time. Bila dah semua nak bercakap lagi la jadik haru. I dengan Asman duduk kat blakang pastu tengok kan aje yang team-mate lain bersungguh-sungguh siapkan task.  Basically task ni ialah sebahagian dari function yang ada dalam that app itself macam function app, ranges from its 6 Multi Cam from various angle, slow mo function etc.


Rawlins tengah eksyen-eksyen dekat booth Astro GO-FIFAWorld Cup 2014 app. Photo taken from Rawlins IG.

Dah siap tu, terus ke Astro Go – Football Predictor 2014. Team kitorang dapat 12,000 point yang mengundang gamat dalam crowd. Padahal team lain dapat 24,000 point selamba je. Tak kecoh macam kitorang. Memang naik serak suara.


Intan yang excited lebih. Photo taken by Rawlins.

Last game ialah semua peserta kena siapkan task untuk #OlaBolaMy. By visiting http://olabola.my kiter just ikut arahan yang disertakan and boleh buat digital face painting by choosing negara mana yang kiter nak sokong and share it dalam Social network. Dapat full mark! Tak payah susah-susah nak cat muka ke apa. Masuk je dalam website ni and lepas tu buat digital face painting by choosing gambar yang ada dalam gallery. As simple as that. Baru la semangat World Cup kan?

clip_image073


Team Portugal dekat #OlaBola photo booth

Dah habes semua game, sementara nak dapat result, Reuben ada bagi a few question pasal World Cup and sapa yang dapat jawab dapat hadiah. I dah duduk blakang-blakang time ni. Sebok suruh Rawlins transfer gambar masuk dalam group sebab semua orang ambik gambar bawak camera cantik-cantik, I guna camera handphone je. Hina sangat rasa. Maknanya lepas ni kena cash out duit Nuffnang and kena beli camera elok sikit la. Malu kat oghang kalau pergi event amek gambar guna handphopne. Haha.

Seperti yang dijangka, kitorang kalah. Yayyyyyyyyyyyyyyy!! Tapi tak kisah sebab we had so much fun dekat event ni. Dapat kenal kawan-kawan baru and dah follow kat IG masing-masing. Balik pon happy je, sebab walaupon tak menang tapi dapat Goodies Bag lawa dari Astro. Thank Nuffnang for inviting me to this event and thanx to Intan sebab teman I also thanx to all teammates for your support dalam semua game.


Kredit to Daus for this photo. Ni la goodies bag yang kitorang dapat dari Event tu. Ada bag Brazil, bola kecik, keychain, cap dengan lanyard. Semua Official World Cup product.



Daus, I dengan Intan with World Cup Maskot.


Untuk semua yang nak download semua apps yang I cakap, here is the link. Enjoy your worldcup bebeh!

Astro On-The-Go (Android: http://bit.ly/Uy7OLc, iOS: http://bit.ly/1nzNsed ) 
Astro Go 2014 FIFA World Cup (Android: http://bit.ly/1xRAWMo, iOS:http://bit.ly/1lmpEup ) 
Stadium Astro (Android: http://bit.ly/1ojK8r9, iOS: http://bit.ly/1lmpW4o ) 
Astro Ola Bola Football Predictor (Android: http://bit.ly/1nzNhQ4, iOS:http://bit.ly/1lfrWGR ) 
  
-EnD-

7 comments:

Anna Dayana said...

intan dapat 3 cop so dapat paper bag astro dgn bola je..

Sampai hati abg astro tak bagi 4 cop
Benciiiiii

Mek Onie said...

hai hai hai :P

Chooyaya! said...

Intan : hahahah. sian intan. padahal intan la paling semangat nak tggu smpi event habes. hahahaha

Chooyaya! said...

Mek Onie : Hoi hoi hoi. Kiter ada gambar sama kan?

Daus Redscarz said...

Sangat Meriah Event ni... Nice to meet you too.. :)

Unknown said...

Hi sis!! Best kn event tu..happening..all sume games sgtla express..anyway, nice to know u ;)

Chooyaya! said...

Firdaus : :) :) :) :)
Hamiza : nice to know u too dear