Wednesday, June 18, 2014

Baby cranky time outing? Redha je la.

Assalamualaikum.

Ni gambar Shein masa kat Fikcles Ahad lepas. Dia tengah enjoy makan brownies dengan ice-cream. Shein memang kan? Suka nak rebut-rebut makan dengan I. Brownies tu I punya padahal. I ambik sesudu kek, letak dalam pinggan plastic lain and hulur kat dia, lepas tu dia ambik and hulur kat I balik sambil geleng kepala. Boleh? Ada masa, I let him enjoy cakes and ice-cream. Syikin tanya, Shein tak sugar-rush ke? Jawapan : Sugar-rush or not, Shein sama jugak pon huru-hara. Haha.


Tonggang bekas eskrem, jilat pinggan. Memang tak boleh bawak majlis la ko ni Shein.


Affan comel je pakai topi. Shein jangan harap la nak bertopi-topi ke apa. Pakai 5 saat je. Affan Kazuo nama penuh Affan. Anak Farah and Latip. Dorang sekarang duduk kat Jepun. Ni Farah balik Malaysia kejap. Wana yang sebelah Farah tu single and available lagi. Sama la macam Intan. Yang cantik berjubah hijau tu Yash. Suami dia nama Apai. Ada motor besar. Handsome pulak tu. Untung Yash. **Apai, nak uweet

Shein ni dia ada mood. Ada mood melasak taknak duduk setempat, dia akan lari sana, lari sini. Kalau dia ada mood baik hati, duduk diam dalam baby chair layan Upin-Ipin, Pororo and aman la I nak enjoy my foods. Worst, dia akan cranky and I rasa macam nak angkat handbag and balik je. Tapi I ok je handle Shein punya cranky. As long as company I masa tu rasa ok and selesa. But when I dah nampak body language orang dah lain, memang potong la skek mood I. Sometimes orang tak paham baby and toddler ni macam mana punya perangai. Chill dah la. Bebudak kecik ni kalau kiter biar apa dia buat sekejap, bagi dia bebas and they will ok. Kena pandai pujuk. Demokrasi terpimpin. Gitu.

Sebab kalau nak ikut mood cranky bebudak ni, seriously U memang tak boleh kemana-mana. Duduk rumah je. Takyah keluar makan, takyah keluar jalan-jalan. Apapa kena pandai nak handle. Lain la kalau kiter bijak sangat nak bawak anak berjalan time dia demam or dedar. Memang la cranky kan? Just make sure dorang kenyang, pampers ok. InsyaAllah semua akan ok.

So far I pernah pergi satu restaurant yang mesra baby and toddler. Sebab dalam kedai dia ada satu kids section. Simple je dalam dia. Ada rumah kecik, ada kuda jongkang-jongket, ada toys a little bit and blocks pastu ada papan gelongsor kecik tu. Kecik je area dia dalam 15x10 kaki kot? Restaurant tu nama Marmalade Café dekat Bangsar Village 2. Aliah and Khatiq yang introduce dekat I. Ongkaya macam tu la. Lepak nak Bangsar Village je. Tak macam I. Asyik-asyik Ampang Point. Sian sangat rasa.


Marmalade Cafe, Bangsar Village 2

Bagi I, kekadang satu tempat tu untuk orang yang ada anak kecik macam I ni, dia tak semestinya kena too perfect and sedap sangat makanan dia. Takyah boom sangat pon takpe tapi dia kena convenience and kids friendly. Sebab kids, dorang bukan tau nak behave makan all the time kan? Kena ada something attractive and fun so that biar dorang boleh fun sama-sama. Takkan Mak Pak je nak fun kan? I haritu cakap kat Sazli, ‘Papa, nanti I nak bukak restaurant dalam mall macam Marmalade Cafe ni la. Kids friendly. I suka’. Pastu kata Sazli, ‘Bubu ada sejuta? Kalau ada boleh la bukak’.

Terus jalan seret kaki. Kah kah kah.

-EnD-


4 comments:

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue
KAtanya Aaron Aziz pun buka café dia cam yg u ckp...
(Y)

Chooyaya! said...

Haris Zuhaina : yer ker? kat mana? memintak ampang. haha

cik allord said...

kak su sama btol perangai ngan izzul,izzul kalu meja tu suka la hentak sudula hyper sgt..

Chooyaya! said...

cik allord : kang? tu yang bikin sakit dada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...