Tuesday, June 17, 2014

Sayonara

Assalamualaikum.

Harini last day Boss I datang kerja.  Sedih pulak rasa. Even though Encik R ialah boss yang paling singkat I jaga tapi rasa macam terkesan dihati sebab dia macam ayah-ayah sangat. Sebab dia selalu tanya, ‘Shein ok? Sihat?’ Macam tu. Each time I balik dari cuti yang panjang. Dia tak tanya pon I sihat ke tak. Haha. And selalu dia cakap, ‘ Su sebaya-baya anak saya jer’. 

Selalu dia panggil I, lepas tu suruh duduk. Suruh catat apa nak buat dalam diary, lepas tu dia menung lama and lepas tu pandang I, dia senyum. Kata dia, ‘I dah lupa, nanti ingat I panggil U balik’. Hahha. Nak gelak pon tak sampai hati.

Encik R humble and baik. Dia bukan jenis outspoken or orang yang suka jadik a center of attraction punya type. Very down to earth (Sama macam secretary dia la. Podah!). Orang cakap dia garang. Tapi I rasa dia ok je. Dia bukan jenis check secretary. Kalau I masuk lambat ke, dia bukan jenis call tanya kat mana.

Tak pernah meninggi suara and sepanjang I serve dia dalam tempoh 1 tahun 2 bulan ni, memang langsung takde drama air mata. I ialah satu-satunya pembantu perempuan dia. Sebelum-sebelum ni semuaa lelaki. Itu yang buat I saspen masa memula I dapat tau yang I kena jaga dia but semuanya ok Al-hamdulillah.

Encik R bukan kaki gossip and dia jarang bercakap yang bukan-bukan. Bila perlu je dia cakap. Beza betul dengan secretary dia. kah kah kah. Kalau tak, dia lebih banyak duduk bilik. Baca buku or buat kerja dia. Langsung tak kacau I. habes bodoh pon panggil mintak kertas or tanya macam mana nak bukak system or if ada masalah dengan laptop. Itu aje. 

Selalu dia bagi nasihat pasal agama and bila bercakap dengan dia, I rasa mata I kuyu kuyu kuyu sebab segan. Sambil tarik lengan baju kebawah skek. Ada sekali dia cakap, ‘Su tak pakai baju kurung yer? Tak pernah nampak’. Hahah. Sebab I bukan jenis pakai baju kurung pergi kerja. Segan jugak time tu. Tapi sekejap je la segannya. Esok tak pakai pon baju kurung.

Kata Encik R lepas ni dia jadik Hang Kebun je. Dia ada banyak personal things nak buat. I tau dia memang dah taknak kerja walaupon dapat offer sambung kontrak. Untuk Encik R, semoga berjaya diluar sana dan sentiasa di dalam rahmat Allah selalu. Nak buat lawak harini pon tak sampai hati sebab dia ni baik sangat. I ni kekadang out of control jugak. Suka buat lawak, main berlakon la apa la. Ada jugak sekali dua kantoi dengan dia, tapi dia tak cakap banyak. Tapi I tau dia peratikan ajer perangai I dengan Intan, Dyba, Ira and Sarah. Haha.

Good Luck Encik R! Semoga terus sukses. Nanti raya kitorang datang buat huru-hara dekat rumah U ok?

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita agar aman dan sentosa
Semoga kita berjumpa lagi dilain masa


-EnD-


Duduk jauh-jauh je ambik gambar. I segan. Heeeeee
From left, Ira, Dyba, I, Encik R, Sarah and Intan. Tonggek lebih eh Intan? Motip?





En Rashid yang duduk depan paling sihat tu, siap tangan dedua naik atas buat lambang peace. Comel sangat tu. Masa dia ambik gambar, I buat signal suruh tahan nafas. Bila turn I ambik gambar dengan En. R, dia suruh I tarik nafas jugak. Melawan eh? Haha.

6 comments:

Anna Dayana said...

Pak Rahman, boss yg paling humble gitu, cakap pun romantik de amore..

Nampak tak intan dok melentik2 tu, itu sebab nak cover perut!! kalau dok tegak je nanti nampak spare tayar.. pastu kena senyum macam nak tahan kentut.. tak nak la..

Anna Dayana said...

weh!!! intan memang suka jadi comment yg pertama..

Chooyaya! said...

Intan : tq intan sebab sudi komen blog kak tsu. ahad ni kiter nak gi mana?

Anna Dayana said...

hahaha... jgn laaa.. pelis

Anna Dayana said...

hahaha... jgn laaa.. pelis

eda said...

weh sedih plak membacanyeee ...
weh korg nak g maneee , rasa mcm nak join je , tp segan hahahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...