Tuesday, June 3, 2014

Shein at Aquaria !

Assalamualaikum.

Sabtu tu lepas balik dari wedding Ama, I dengan Saz and Shein together with Dyba and family dia (Ma, abah and adik dia jugak) pergi ke Aquaria KLCC (Kuala Lumpur Convention Centre). Tak plan pon, and kebetulan tadek buat apapa that day so kitorang gerak ke sana. Park dekat KLCC sebab nanti senang nak balik keluar ikut Akleh terus sampai Ampang. Mana tau jem kan? Sebab jem boleh mengundang menjadik hijau.

Harga tiket dia tak silap I untuk dewasa dalam RM35.00 and Shein masuk free tak payah bayar. Naseb takyah bayar kalau tak Shein, bak balik duhet tiket (walaupon duit Abah bukan duit Mama) sebab dia sekejap jer yang excited tengok ikan. After sometimes, dia lagi seronok tolak stroller dia and lari kesana kemari. Dia ingat memang kerja I ni nak kejar dia jer la kot dalam hidup I ni?

Masa yang memula sampai tu ada kan tempat starfish yang boleh pegang tu kan? Ok. Dekat situ Shein suka la sebab boleh pegang air. Pastu dia buat macam dalam swimming pool renjis-renjis air dekat orang. Bila tak bagi, baring atas lantai T___T Headache Shein, headache!

Shein nampak je ikan terus ssssssh sssssh. Sambil tunjuk ikan. Maknanya dia tau tu fish! Sssssh = fish ok? Haha. Ada satu tempat yang ada ikan besar-besar tu, dekat situ jer yang Shein suka and nak duduk lama. Dia tenung jer ikan tu. Sian anak aku jakun. Haha. I pon jakun jugak sebab ikan tu macam sama besar dengan I. Like seriously besar giler. Boleh ngigau ni. I tanya Saz, ‘U, kalau I masuk dalam ni, Ikan ni makan I tak?’ Kata Saz tak makan, sebab dia tak makan orang. Lega rasa. Haha. Dah ko kenapa yang nak masuk dalam tu pulak kan?


Kat sini je yang Shein suka. 'Mama, boleh masuk dalam ni tak?'

I tak ambik gambar banyak sangat pon sebab boleh tahan sesak haritu and rasa macam tadek la menarik mana dah Aquaria ni sebab I dah pergi masuk ni 3 kali dah. So macam hurm boringggg. Or maybe Shein belum sampai lagi waktu yang dia bebetul excited nak tengok something like this. Lagi seronok berlari ada. Naseb baik ada banyak kerusi, senang emak kau nak duduk. Kan?

Orang pon boleh tahan ramai. Nanti la lepas Panda debab dua ekor tu dah boleh tengok, I ingat nak pergi zoo pulak. Tapi mengenangkan nak mengejar Shein la hai. Haha. Kussss semangat! Takper la eh? Macam ni la emak-emak. Melayan anak dalam learning process. Sapa yang pandang anak kiter lari-lari sambil buat muka tak puas hati, nak jer datang dekat. Tunjal and korek bijik mata dia. So what??? Tak pernah tengok budak kecik berlari-lari ker? Kan?


-EnD-

6 comments:

Aliah Ali said...

X ajakkkk!!!!
Maksuuu jom kita g birds park nak?
Kasik altaav ngn shein menikmati keindahan alam... burung2 berkicauan gitewww

Jan@Afzan said...

Wah..shein gi aquaria.
Betul jugak ckp Su tu, mungkin belum umur yg sesuai nak bawak ke situ, tapi Jan pun ada gak nak bawak anak pergi sini...Ermm, kalau shein gayanya mcm tuh, so Jan rasa kita abaikan je niat itu.. Mak penat nak kejar, ya anak...

cik allord said...

kak su,ajak shein g zoo,mesti dia excited..kite g aquaria pun,anak kite mcm xecited..ehehhe

Chooyaya! said...

Aliah : Nak nak nak! But not this weekend la. sebab kitorang blk kmpg. Lia cakap Altaav demam kan last week? Tu tak ajak. Ngada. Lempang nak?

Chooyaya! said...

Aliah : Nak nak nak! But not this weekend la. sebab kitorang blk kmpg. Lia cakap Altaav demam kan last week? Tu tak ajak. Ngada. Lempang nak?

Chooyaya! said...

jan @ AFzan : Maybe anak Jan lain. Bawak jer la. untuk pengalaman. Kan? Mana tau dia suka ikan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...