Monday, June 16, 2014

Sirloin Steak @FIKCLES

Assalamualaikum.

Finallyyyy!! Sampai jugak I ke Fikcles! Lama giler dah Huda dengan Alia bukak, I think almost a month dah and semalam baru I ada chance untuk pergi kedai dia. Nak merajuk dah rasa. Tapi taktau nak merajuk dengan sapa. Merajuk dengan Shein memang tak guna la sebab dia bukan ada perasaan pon. Orang marah dia sebab pecahkan bedak muka, pastu dia datang ambik brush, celet bedak yang pecah, lepas tu sapu kat muka kiter macam tadek apapa yang berlaku. Bukan nak mintak maaf ke apa. Gegham je.

Untuk information korang semua, Fikcles bukak on Tuesday – Friday from 10-00am – 10.00pm and Saturday & Sunday from 8.00am – 10.00pm. Close on Monday. Alamat : Fikcles Cafe TTDI, 11 Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. And if nak buat any reservation for any function or private party ker boleh call number ni : 03-77324885. Lokasi dia sederet dengan Bank Islam, 7E and kedai mamak Mohsin tu. Dekat dengan Balai Bomba TTDI and Pasar Besar TTDI. Senang kacang je nak carik. Pejam mata pon dah dapat.

Semalam I pergi dengan Sazli, Shein, Intan yang melukut ditepi gantang, Dyba, Joe and Sofea. Later ada Wana, Farah, Yash semua ada datang. Terus Fikcles jadik zone kanak-kanak. Diketuai oleh Farel. Shein tak jadik Abang Kawasan dah sebab dia pegang area Ampang je. Semalam TTDI maaaa. Tempat hipster havoc havoc nak ngorat awek Ampang pakai topi KL baru orang pandang. Gitu.

For coffee lover I rasa this is the place. And jangan lupa try Green Tea Extravagan. It’s a green tea ice blended and sedap gilers. Dua je ice blended green tea I boleh minum, satu kat Starbucks, satu kat Fikcles. Yang kat Secret Recipe I rasa macam minum sabun axion je. Semalam rasa macam nak try semua menu tapi segan. Dah la drama berebut brownies dengan Shein lagi. Nyampah.

I ingat hujung minggu ni nak datang lagi to try out another menu. Sebab harini line internet slow, so I dapat share satu je yang I try semalam out of almost 10 other food/drinks yang kitorang dah try. Esok I share. Sabar semua? Tak lari Fikcles dikejar.

Semalam I makan Sirloin Steak. Menu asal dia come with mash potato and sauté vegetables tapi I mintak fun fries and sauté mushroom instead. Medium rare with black pepper and thyme sauce. Sedap giler! I rasa memang steak ni well seasoned. Juicy and tender. Kalau makan and pejam mata, I rasa macam makan kat fine dining 5 star restaurant je. Bukan nak puji sebab Huda tau? I ikhlas ni. Dengan harga RM24.50 and rasa yang macam tu I rasa dah cukup sedap dah.











Esok I apdet lain with more information about Fikcles. OK? Jumpa esok. Janji? Janji lapan kali? Janji janji janji janji janji janji janji janji?

-EnD-

3 comments:

eda said...

tahniahhhh !!! smpai jugeee hahaha ..
eda dh test dh barista kak huda , ok ok ok hahahaha

Chooyaya! said...

Eda : Kata Huda, Barista tu dah kawen. Cisssssssssss!!!

eda said...

hahahaha dh kawen cis ...
pasneh eda nak kutuk kopi dia la gtu ... sbb dia dh kawen , terus nak kabo kopi dia tak sedappp !!!! hahahahahaa ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...