Wednesday, November 15, 2017

Hi Yashie, Johor Ada Ke VS?

Assalamualaikum..

Sempena dengan birthday I yang super belated, Nayang Wana ajak lunch sama. Dia punya treat sebab Birthday Pwincess kan? (Tak abes-abes OMG). Sebab now dia dah ada sorang staff/clerk dekat office dia maka I consider dia sebagai seorang yang kaya so this time around I pilih nak makan dekat VS la. Nak makan Ribeye yang harga RM99.90 excluded tax tu. I cakap pada Wana ‘Aku nak makan steak mahal la nayang tapi nanti order air kosong je. FREE’ – konon rasa bersalah sebab nak mahal mahal. Tapi bila sampai sana ter order Mango Juice kah kah kah. Tachiu Nayang! Dah la datang jemput dekat office, lepas makan hantar pulak balik office. Bestnya! Wana ni dia bijak and kerja memang bagus. Mintak check polisi or apapa sekejap dah siap. Jenis dedikasi dekat kerja and bagus sangat. Wana ni Mentor si Yash and Yash selalu cakap Wana ni bagus and boleh pergi jauh dalam kerja dia. Yang I tau, Wana tak boleh kerja office mengadap PC macam I. Dia ok la kalau kerja Insurance ni. Macam I, Insurance I ambik dengan Wana. Shein punya ambik dengan Yash. Kalau lepas ni tetiba Shanom jadik Agent Insurance jugak, anak kedua I ambik la dengan Shanom. Dia memang macam tu. Kena support semua kawan-kawan baru adil dan saksama. Sok nanti umah siap, bawah I ambik Water Filter Cuckoo (Yash – Agent Cuckoo) and atas amek Coway pulak (Shanom – Agent Coway anda). Hahahaha mampos. Ni I tak update lagi I punya polisi yang lama and still takde masa untuk nak sit dengan Sazli lagi pasal Takaful Warisan yang kalau partner meninggal boleh dapat RM500k – RM1million tu. InsyaAllah one fine day lah. Pasal Takaful Warisan (Hibah) ni, bila tengok balik pasal harta peninggalan rasa seram jugak sebab banyak yang boleh contest. Tak kena gaya, kalau ramai yang tuntut dekat Mahkamah mau miskin terduduk kot? Baca at the end of the entry, I ada share sikit.


Pempuan ni sekarang lain macam pulak. Pakai handbag, eye liner, lipstick, baju kembang-kembang. Cantik Wana sekarang. Dulu pon cantik, now laaaaaaaaaaaaaagi cantik. I want nobody nobody but U! (Tetiba lagu Wonder Girl) Haha.



Nayang makan Grilled Lamb. Tu sayur tu dia memang tak sentuh la. Sejenis tak makan sayur. Paksa la macam mana, dia takkan makan. Dia cakap pernah try, tapi tak sedap *rolling eyes.


Ribeye Forever. Go Cry Now (Bak kata Shein)


Tachiu Nayang belanja I makan. Kepada Yash dan Apai suami isteri sila jangan jeles. Johor takde der VS ni. Kan?


Tengok muka cool je bayar bill RM200++ apa ada hal? Agent Insurance berjaya kot? 


Tengok Wana punya melentik duduk macam mana, kalah Siti Nohaliza ok? Wana ni kalau la kurus, dia punya hot macam mana lah. Muka ala-ala Korea, pakai pulak tudung macam Hana Tajima. Perrrrrghhhh.


Siap makan dekat VS, I ajak Wana lepak Starbucks pulak. My treat. Cewah! (Lepas belanja Wana ni, card Starbucks hilang). Bebudak Starbucks bawah ni kalau tulis nama tak tanya dah. Muka I je tau dah Siti Nurhaliza. Hahahahaha.


TQ Nayang kasik Calendar, Notebook and Organizer 2018. Agent Insurance Shein bila nak bagi macam ni?

Thank you Nayangggggg. Semoga murah rezeki. I sayang Wana ni. Dah 7 tahun kenal. Dulu masa BF dia duduk Ampang selalu la dia lepak rumah I. Sekarang dah break dia tak datang dah. Hahahahahha. Nanti ada rezeki kita makan sama-sama dengan Yashie ok? Yashie tu selenga, harap ko tabah la jadik Mentor dia. Selenga takpe boleh belajar. Jangan bijak tapi sombong taknak usaha nak upgrade diri. Tu lagi susah. Bagi I, nak jadik Agent Insurance ni kena cekal and ada determination. InsyaAllah boleh pergi jauh and berjaya. Macam I tak boleh jadik Agent Insurance sebab sejenis cepat naik angin. Nanti orang tanya macam-macam, push-push I campak je file dekat muka lepas tu cakap ‘Tanak ambik insurance dah la wei! Banyak lagi la orang lain aku nak layan’. Lepas tu terbalikkan meja and blah. HAHAHAHAHHAHAH. Boleh imagine tak macam mana? Bongok. So orang macam Wana sesuai la sebab dia Daud. Dia pempuan yang berjiwa lelaki. Lelaki kan tak emos? Macam Yash pon sesuai sebab terlalu lurus. Orang dah marah pon dia buat taktau. Buat taktau sebab tak paham yang orang dah menyampah. Lama-lama orang pon kesian so ambik la insurance dengan dia. Hahahahah.

PS : Takaful Warisan ni adalah salah satu instrument yang boleh bantu kita untuk memastikan legasi family kita terjamin. Bayangkan if satu keluarga yang ade 2 orang anak. Si suami bekerja degan gaji RM5,000 sebulan dan isteri pun RM5,000 sebulan. Kebiasaannya perbelanjaan keluarga share suami dan isteri. Apa akan jadi if Si suami dah meninggal? Tentu perbelanjaan jatuh pada bahu Si isteri 100%. So dalam Takaful Warisan korang boleh buat keluarga (isteri atau suami) terima sekurang-kurangnya 10x gaji tahunan (dalam kes ni RM5,000 x 12 x 10 = RM600,000). Ok tak if bila suami tadi meninggal, isteri terima RM600,000 dan tak perlu diberi pada ahli keluarga yang lain? Sebab suami dah hibahkan jumlah ni pada isteri. Sekurang-kurangnya dengan RM600,000 tu isteri boleh guna untuk tampung perbelanjaan keluarga, pendidikan anak-anak dan lain lain. EHHHHHH Malas la nak explain panjang-panjang jenuh pulak. Kontek je la Wana (013-2059262) OR Yashie (017-3048607). Kbye.



-eNd-

No comments: