Tuesday, June 10, 2014

Resepi Ayam Goreng Pandan

Assalamualaikum

Sebab semalam ada permintaan resepi ayam goreng daun pandan tu, so today I share la resepi dia. Simple and sedap. I suka. Dulu tak suka sebab pemalas nak bukak balutan daun pandan tu. Tapi sekarang dah suka sebab lepas tangan pijar 4 jam, I lebih hargai dah ayam goreng pandan ni. Haha. Bebel-bebel masa balut daun pandan tu. I kata pada Kaklong, ‘Kak, lepas ni kalau ko nampak ada ayam pandan ni jangan lupa ambik 8 terus letak dalam pinggan’.

Ada orang balut dia molek-molek macam buat sarung. Kitorang balut bodoh macam tu jer sebab senang nanti nak makan. (Read : Malas) Haha. Untuk nampak balutan tu elok, side daun yang licin tu menghala keluar tau? Sebenarnya nanti kalau dah goreng tadek beza pon kilat ke tak, tapi presentation sebelum goreng itu penting. Untuk memotivasikan diri supaya lebuh rajin masak. Cecece.

Kalau malas nak balut pandan or tadek source, goreng macam tu sajer pon sedap jugak. Yang baru angkat dari kuali tu, sekali dengan serdak dia, gaul dengan nasik panas + kicap kipas udang merah, perggghhhh pengsan. Dah. Jangan cakap banyak, check out resepi ni ok?

Bahan-bahan

  1. Ayam seekor (potong la 20 senang nak balut)
  2. 10 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar
  3. Selabu bawang kecik
  4. 10-15 tangkai cili kering kisar (Rebus dulu)
  5. Seinci halia
  6. Seinci kunyit hidup
  7. Sesudu jintan manis
  8. Sesudu jintan putih
  9. Sesudu ketumbar
  10. Gula/garam/ajinomoto (optional) secukup rasa
  11. Daun pandan and pencungkil gigi
  12. Minyak


Cara membuatnya

  1. Blender semua bahan kecuali ayam, daun pandan dan minyak la obviously. Tampar kang kalo ada yang blender dengan ayam sekali. Bubuh air sikit je. Cukup-cukup untuk bagi semua bahan hancur Jangan banyak air nanti tak syiok sebab cair.
  2. Perap bahan blender tadi dengan ayam. Perap at least sejam la. Lagi lama lagi bagus sebab dia dah meresap dalam ayam so lagi sedap.
  3. Pastu balut dengan daun pandan and cucuk la dengan pencungkil gigi untuk bagi balutan tu tak terbukak Panaskan minyak and lepas tu masukkan la ayam. Goreng sampai garing macam goreng ayam biasa tu.
  4. Maaaaaakaaaaaaaaaaaaaaaaan!!



Ayam Goreng Pandan



Senang jer kan nak buat? Ada orang suka la kalau nak letak madu tapi I tak advice sebab nanti dia jadik kaler hanget.. So tak best. Ingat. Presentation tu penting. Hahaha. Biasa kat restoran Thai banyak jual ayam pandan ni. Sazli suka giler. Nanti boleh la bekalkan dia dengan ayam ni bawak pergi kerja. Pastu letak kicap dalam plastic. Makan dengan nasik. Dah tu je tak payah lauk lain. Sedih giler satu lauk je. Haha.

Tapi Sazli tu bagi la apa jer, semua dia kata sedap and semua dapat reward kiss lepas dia makan. Dia really appreciate apa I masak. Itu sebab I suka masakkan dia and bagi dia makan. Tak pernah komplen apa. Mungkin I masak betul sedap (podah) or maybe sebab dia hargai usaha I memasak. Mana-mana la. Janji I tau bulan 10 birthday I ni dapat Prada. Tu jer. Kbai.

-EnD-

P/s: Petua nak hilangkan pijar tangan ialah samaada ramas tangan yang pijar tu dengan hampas kelapa or lumur dengan minyak masak. Biarkan 10 menet lepas tu lap je. Nanti dia ok. Kalau tabah jugak nak tunggu 4 jam pijar baru nak hilang pon ok jugak. Baru adventure. Or boleh la pakai saring tangan plastik untuk elak rempah lada semua tu kena kulit. Tapi tahap pijar dia wa cakap lu babe, sekandang babi keluar. Hilang pahala masak untuk suami awal-awal tadi. Haha.


5 comments:

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue
Oh TQ TQ TQ SSgt ni...

Noni said...

Lawakla kak sue ni. Kalau pijar tangan, selalu saya sapu minyak panas jek. Minyak panas yang buat urut tu tau, bukan minyak panas baru lepas goreng ayam. Hehehehehe

Chooyaya! said...

haris zuhaina : nak uweeeeeet

Chooyaya! said...

Noni : kaksu guna minyak masak tu je. laaa kena guna minyak panas ke sebenarnya?

Suzana Ismail said...

Salam sis, suka ayat sis kat cara membuat no 1. tu...nak tergelak pun ada...huhu tq for sharing:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...