Monday, June 23, 2014

Happy 5th anniversary Papa Bubu!

Assalamualaikum.

Happy 5th anniversary Papa Bubu! Nothing fancy pon each time kitorang punya anniversary except for kitorang dinner or lunch sama-sama, spend quality time together and exchange prezen. Saje buat kenang-kenangan. Takyah hadiah mahal-mahal pon takpe. The thought that counts. I segan sikit dengan Sazli. Taktau naper. Bab mintak-mintak hadiah or mintak apapa I tak praktik dalam hidup. Memang takde. Segan. Heeee.

Love U both. Semalam kitorang pergi KLCC, hi tea dekat Chili's. Bertiga. 

Yang dok kompang-kompang cakap nak Prada tu semuaaaaaaaaaaaaaaaa I cakap dalam blog and FB je. Depan-depan mana ada. Segan. I kan pemalu (podah!) And I bergurau pon sebenarnya. Tak serious pon. (Tapi kalau bagi ambikkkkkkkkkkkkkkkkkkk kahkahkah)

Actually anniversary kitorang 19 Jun hari Khamis haritu. Genap lima tahun kawen. Kenal 6 tahun dah. Alhamdulillah dah lepas fasa 5 tahun kawen maknanya memang dah selesa with each other. Mohon Allah panjangkan jodoh sampai syurga and pelihara keluarga kecik kami ni dan dijauhkan dari segala yang buruk-buruk. Aminnn….

Gelora badai dalam rumahtangga pasti ada. Yang penting jangan sampai hilang respect pada pasangan. Jangan biasa cakap perkataan kasar-kasar. Jangan cakap aku-engkau. Bila bergaduh jangan libatkan fizikal, jangan naik tangan, Kalau isteri naik hantu pukul-pukul dada ke apa buat lek buat dekkkkk je. Pempuan bukan kuat mana pon. Ko jangan balas pulak kang wrestling tak pasal. Lelaki yang baik, yang kuat ialah lelaki yang berjaya mengawal amarah. Lelaki pukul isteri, lelaki yang dayus. Kepantangan betul lelaki naik tangan ni. Pempuan memang suka provoke. Kalau dia suruh pukul or ajak bertumbuk ke apa buat bodoh je. Takpon tunjal. Haha.

Lagi? Jangan ungkit-mengungkit sampai menyesal. Ok? Sebab biasa tengah marah apa pon nak cakap. Time tu memang puas. Nanti lepas 2 3 hari kompem menyesal. Bagi masa untuk diri masing-masing sebab bab gaduh/merajuk ni sekali-sekala ada manisnya. Macam zaman bercinta nanti kalau masuk bab pujuk-memujuk.

Yang paling penting, dalam rumahtangga. Biasakan panggil suami/isteri dengan panggilan manja and perlu ada sentuhan fizikal. Serious. Hari-hari kena sentuh. Pegang tangan, peluk, cium tangan sebelum pergi kerja. Kena hargai antara satu sama lain. Sentuhan ni tak termasuk time nak main pondok-pondok je. Sebab sentuhan dan panggilan manja ni la yang dapat mengeratkan lagi rasa kasih sayang. InsyaAllah jodoh panjang and lepas tu jadik lebih sayang pada pasangan.

I tak romantic, Saz pon sama. Tapi dia kawan baik I. We can talk about many things InsyaAllah. Beza pendapat selaluuuuuuuuuuuuuuuu. Pastu mula la berdebat. Tapi bila dah tau akan selalu beza pendapat jangan la pulak stop sebab nanti dah tadek communication and lepas tu apa? Love faded and no spark anymore? Kiter taknak macam tu kan? Komunikasi tu penting.

Tapi kiter ni manusia biasa, mana la lari dari kesilapan. Saz ajar I, kalau kiter tak suka orang tu sebab satu perkara, kiter jangan judge dia for whole thing. Dia mungkin salah dalam satu menda tapi ada 500 more interesting and good thing about them. Belajar menerima kelemahan/kekurangan orang lain.  And stop judging. Jangan emosi. InsyaAllah semua ok. Kiter semua bukan Nabi yang tak buat silap. Mesti ada silap. Kan?

Wah. Dah macam Ustazah Masyitah kau. Haha.

Eh. Tapi I cakap ni serious tau? Itu resepi rumahtangga bahagia. I rasa bersyukur suami I ialah kawan baik I. And ada Shein. Anak lelaki yang I harapkan untuk jaga I bila I tua nanti. Yang Imamkan jenazah I and yang sambut jenazah I dari dalam kubur nanti. InsyaAllah. I tau peritnya bila semua adik-beradik I perempuan. Bila ayah meninggal. Rasa susahnya sebab tadek adik-beradik lelaki. Macam dah tadek orang yang nak jadi ketua keluarga. Alhamdulillah ada abang-abang ipar. Allah permudahkan jalan sikit.

Terima kasih Papa sebab sudi jaga I, sudi kawen dengan I yang banyak kekurangan ni. Terima kasih terima I seadanya. Yang tak bijak mana, yang tak cantik mana. I orang kampong je.. I have nothing to offer tapi U tak kisah. Terima kasih sebab selalu layan kepala angin I and ubah I sampai I jadik macam sekarang ni. I mintak U tolong jaga I sampai bila-bila ok? Sampai I mati sebab I ‘mati’ tanpa U. Terima kasih Papa sebab bagi I Shein and semua yang I ada sekarang. I bersyukur sangat. Sungguh.

Janji yer kiter kawan baik sampai bila-bila? Janji kiter hidup sama-sama sampai bila-bila?

Siapa pon yang Allah jodohkan untuk kiter ialah yang sebaik-sebaiknya untuk kiter. I percaya tu. U ialah yang terbaik untuk I. Baaaanyak lagi kat depan-depan sana yang best-best kiter tak jumpa. U pimpin tangan I, kiter explore sama-sama ok?

I LOVE U PAPA BUBU.

P/s: Sebak plak. Cis!

-EnD-


 Papa, I bukan nak poyo tayang hadiah U bagi tapi ni sebab I share sebab I appreciate. Ok? Heeeee. TQ Papa!


8 comments:

Daus Redscarz said...

Happy Anniversary, so sweet....
Semoga bahagia selama-lamanya. Amin.

Ann said...

Happy anniversary kakak cantik dan papa rock,.hihi

Dah hujung2 entry ni sedih lak i..

Sy aminkan doa2 akak..

Pstt..pandora,classs gitu..hdh mama bg papa ape?ehhh...hihi

LV said...

happy anniversary kak sue..
weee bestnye dapat pandora ^_^

salwana nordin @ che'wa said...

meleleh air liur tgk hadiah pandora hhhhiiii

bertuahnya awak ye :)

Chooyaya! said...

Firdaus : Tq :)

Chooyaya! said...

Ann : Heeeee tq. Amin. Hadiah Mama bg makan sedap2 je hari2. aci tak? haha

Chooyaya! said...

Lavender Violet : kalau penuh charge sekeliling lagiiii best!

Chooyaya! said...

Salwana : Heeee sekali sekala je awak. :D