Wednesday, July 9, 2014

Kisah Mak dengan Kucing-kucing Beliau

Assalamualaikum

Kat kampong, GF ada bela 2 ekor kucing. Sekor jantan, sekor wanita.  Yang jantan nama Merah yang wanita nama Kelabu. Dari baby lagi Mak jaga. I tak berapa setuju Mak bela kucing sebab pertamanya, nanti menyusahkan dia. Nak bagi makan, nak bela tahik belaka. Lepas tu nanti kalau dia nak jalan pon susah. Nanti sapa nak bagi kucing makan? Nanti dia boleh bagi alasan macam tu and kalau datang KL, taknak lama-lama risau ayam, kucing segala binatang peliharaan. Kan? Ongtueee paham-paham la peel macam mana.

Keduanya sebab bela kucing ni sangat melukakan hati. Duluuuuuuuuuuuu I pernah ada kucing and pernah sayang kucing. Memang kerjanya kawan dengan kucing jer. Dia kenal kiter, kiter kenal dia. Bergurau sama, main sama. Hari-hari pon tido sama. Nama dia Syuk. Sebenarnya ada ramai lagi. Mamat, Kudut, Kelabu. (Suka benar orang dekat rumah ni bagi nama kucing Kelabu. Yang kelabu sekarang ni Kelabu yang ketiga). Semua kucing tu dalam generasi yang lain-lain. Dari I kecik, sampai la dah remaja. Rumah kitorang memang tak putus dengan kucing. Sebab Arwah Ayah memang suka kucing.

Bab nak setel taik kucing I tadek masalah. Willing to do sebab suka kan? No complaints. Tapi yang paling tak tahan bila kucing tu hilang atau mati. Sedih. Tak tau nak cakap macam mana. Paling I sedih bila Kudut mati. Masa tu I darjah lima. Kitorang pergi Kuantan time tu. And 2 3 hari tak balik rumah. Bila masuk bilik, tengok Kudut dah mati. Perut dah kembong and dekat mulut dia keluar darah. I menggigil badan nanges. Esoknya kebumikan mayat dia. And lepas tu continue nanges depan kubur. Siram air tabor bunga siap. Ko mampu? I tanya dia, kenapa tinggal kakak? Kakak sedih. Memang sedih sangat.

Such a heartbreaking. Seriously sedih giler. Hari-hari bergurau dengan dia, bila jumpa lagi sekali beliau dah mati. Tak lama lepas tu kenal Mamat pulak. Memang baik sangat dengan Mamat sampai dia buat hal hari-hari berak and muntah atas katil. Ayah buang dekat sekolah. I nanges nanges nanges nanges. Sampai hati sangat buang Mamat. I sendiri letak Mamat dalam guni, buang dekat sekolah. Tapi kan? Lepas sebulan, Mamat balik semula. Sedih kan? Padahal sekolah tu ada la lebih kurang 2km dari rumah. Masa Mak tengah sidai kain, Mamat datang. I palinggggggggggggg happy. Peluk Mamat kuat-kuat. Kitorang promise dah taknak berpisah dah. I dah pesan jangan muntah/berak atas katil lagi. Selang dua hari, Mamat hilang semula. Sampai sekarang. Mungkin sebab dia kecik hati Ayah buang dia dulu.

Benci la. Bila teringat sedih pulak tiba-tiba. Sebab boleh tak korang imagine. Masa buang Mamat dekat Sekolah, dia dalam guni so memang dia tak nampak apa-apa. Tapi Allah bagi instinct dia tau kat mana rumah. Jap nak kira ada berapa kona. Ada 2 kona tapi jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Sedih. Sedih teringat macam mana I berjujuran air mata pegang Mamat atas motor and sedih sebab teringat Arwah Ayah. Emo pulak. Ni mesti tak lama lagi nak period ni.

So ever since that, I dah taknak dah baik-baik kawan dengan kucing. WALAUPON kadang-kadang I tak dapat elak dari sayang and suka kucing. Ada dulu, masa lepas kawen. Sekor kucing ni selalu tunggu I dekat kereta hari-hari. I selalu tapau ayam and ikan bagi pada dia. Tiap-tiap petang mesti tunggu dia kat kereta. Nanti dia datang. I bagi dia makan, lepas tu balik. Sampai at this one time, kucing tu dah takde. Dah tak tunggu I kat kereta. Sedih Allah je yang tau. Bencik la. Ni I rasa macam ada ketul batu dekat tekak. Sebak.
I akan elak bila kucing nak baik-baik. Dia datang I lari. Dia meleset I buat keras. I takot bila I manja. Ambik dia, dukung dia. Then what? Kalau lepas tu tak jumpa macam mana? Mesti sedih kan?

So, sama macam Mak sekarang. Kata Mak. Masa puasa pertama, Kelabu tak balik rumah. Merah diam je dah taknak bergurau dengan Mak macam biasa sebab dia rindu Kelabu. Mak cakap, ‘Yah (Nama manja Merah) pergi la carik Kelabu. Sian dia. Mana dia pergi. Yah bawak Kelabu balik. Cakap Atok suruh balik’. Kata Mak, Merah gerak-gerak telinga dengan ekor macamkan paham sangat. Dia pon boleh tahan bijak, cakap dengan kucing. Kan? Haha.

Esoknya Merah pulak takde. So now dua-dua dah tadek. Tiap kali I call Mak, I tanya. Mana cucu-cucu Mak? Kata Mak dua-dua dah tak balik. Memula Mak cool. Tapi masuk hari ke 7 budak berdua tu tak balik, Mak start carik dekat rumah jiran kiri kanan depan and 3 4 5 bijik buah rumah lagi. Kata Makcik-makcik tu, ada nampak Merah dengan Kelabu. Tengah mengawan. Ada yang tumpang tido rumah dorang. Tapi lepas tu dah takde nampak dah.

Sampai satu petang, jiran dekat simpang call Mak, bagitau yang Kelabu ada dalam longkang. Dah mati. Mak ambik mayat Kelabu. Eh tak. Bangkai Kelabu and Mak tanam. Masa bawak tu, Mak kata… “Kan Atok dah kata, jangan jalan. Duduk rumah je. Sekarang dah mati dah ko Kelabu. Atok mintak maaf tak jaga ko elok-elok”. Dah sudah dengan I sekali menanges. I kata pada Mak, lain kali no more bela kucing. I sendiri sedih. Sebab teringat Kelabu and Merah bila kami balik kampong, dia gurau-gurau main dengan Shein. Sekarang dedua dah takde.

Mak kata dah tadek rupa Kelabu dik. Sebab dah kembong. Merah pon tak balik jugak. Dia taktau Kelabu dah mati. Kalau dia tau, mesti dia sedih. Perrrghhh tewas kot air mata I. Mak jangan cakap la. Sebak suara dia. I je malas nak layankan sedih dia. Bukak cerita pasal lain.

Semalam I call Mak macam biasa. Time tu pagi. Kata Mak. ‘Dik! Kelabu dah balik!’ I terkejut. I tanya Mak, roh dia ke yang balik? Tak pon hantu Kelabu ke? Tapi kata Mak memang Kelabu. Masa Mak kat jalan depan rumah, Mak nampak dia dekat pintu depan. Mak berenti. Tengok elok-elok. Pastu kata Mak. Takkan la roh kelabu ada bulan-bulan puasa ni? Hahah. Skali bila Mak pergi kat dia, dia cium kaki Mak. Pusing-pusing Mak. Nak panjat Mak. Kata Mak, sah! Memang Kelabu. So haritu yang Mak tanam tu mayat siapa Mak? I tanya. Kata Mak dia taktau. Dia dah silap orang. Hahahha. Mak nanges masa cerita tu. I paham dia sebak. Sebab I pon sama.

Mak bagi Kelabu makan. Dia nampak lapar. Tu la. Sebok berjantan lagi. Tu entah-entah tengah mabok sebab mengandung. Mak cakap pada Kelabu, ‘Lepas ni jangan jalan lagi. Teman Atok. Tu Yah dah tadek carik nko. Sekarang dia dah hilang’. I pesan pada Mak, jangan pesan dah dekat dia suruh carik Yah. Nanti dua-dua pon hilang lagi.

So now I happy sebab dia dah dapat balik Kelabu. Yah je yang tadek. Taktau la mana pergi. Benci la. I sedih. Tapi at least ada Kelabu. Sebab Mak selalu happy bila cerita pasal ‘cucu-cucu’ dia tu. Bergurau sama. Teman pergi beli lauk. Tunggu depan pintu. Bila Mak panggil, mencicit dedua ekor balik. Best kan?

Pesanan kepada Merah/Yah. Sila balik rumah. Atok kau tengah sedih tu. Jangan nak menggatal sampai lupa nak balik rumah. Atok tiap-tiap hari bagi makan ikan fresh rebus. Siap ada rumah. Ada selimut nak tido lagi. Bukan Akak suruh kau tolong Atok buat kerja rumah sapu sampah ke apa. Just temankan Atok je. Keep her happy as always.

Ya Allah. Kau selamatkan lah Yah walau dimana dia berada dan untuk orang yang curi Yah (in-case) tahu tak mencuri tu berdosa? Tahu tak Tuan dia sekarang tengah sedih? Tahu tak kalau harini kiter curik kucing orang, esok lusa orang pulak curi kucing kiter?

Sekian entry emos pasal kucing.

-EnD-



Shein dengan Kelabu. Panjang umur kau Kelabu. lain kali jangan buat saspen macam ni lagi ok?


Yang ni Merah akak Yah. SILA BALIK RUMAH SEBAB ATOK RINDU!



Shein sebenarnya buli kucing. Dia pijak ekor la. Picit la. Semput dada Peej tengok video Shein kepit leher Kelabu dekat Instagram haritu. Haha. Tu tengok ada nyamuk atas dahi Shein. E! geram nak tampar.


Mak kata, dia suka Merah sebab Merah baik. Kalau Kelabu curik makanan dia, nanti dia tekan kepala Kelabu.


Shein dengan Kelabu lagi. Sama je gebu. Tengok laman belakang rumah Mak. Bersih jer kan? Sebab tu I suka kampung. Damai je rasa :)


Aik, Intan. Dekat mana-mana pon ada ke? Hahahaha.

5 comments:

Anna Dayana said...

Hahahaha... Intan pun da jadi wasini..

xoxo
IntanLoveKucing

Filla said...

first sekali yang aku nampak ialah nyamuk.. aku siap scroll turun naik turun naik kot-kot screen aku ke kotor.. hahaha.. ehhh rasa nak tampar dahi shein.. aku pantang skit nyamuk hinggap budak-budak ni.. haha.. emo plak..neway, aku pon elak dari kucing tu ada perasaan kat aku.. sebab nanti dia mati, aku nangis melawat kubur hari-hari bacakan doa, siram kubur pakai air bunga.. rasa nak lempang diri sendiri, bodo sangat plak rasa. hahah

LV said...

kaksu kita sama..
punya la emo pasal kucing..
heart breaking sgt bila kucing mati or ilang..tak pasal2 jauhkn diri dari kucing n now fobia sampai skang nak pegang kucing rasa ngeri hahah

cik tudung senget said...

Mumusim kucing hilang ke su? Kucing sy pun ilang.jadi baca entry ni ada sikit sebak lah

Chooyaya! said...

Anna Dayana : Intan memang bercinta dengan Garfiled kan? baik2 la sangat dengan garfield tu. Kena rogol baru tau

Filla : ko siap sedekahkan alfatihah ke kat kucing tu? hahahaha. aku ingat aku sorang je. rupanya ada geng.

Lavender violet : i feel u... i feel u...

cik tudung senget : so kucing awak dah jumpa ke belum? kelabu dah mati. pastu merah sampai sekarang tak balik2 lagi. sedih la. mak la lagi sedih.