Wednesday, July 23, 2014

Nak Masuk Van Mayat Ke?

Assalamualaikum.

Harini ialah hari mengantuk tahap mentibang laut. Perrrghhh. Tersengguk-sengguk tadi masa otw balik dari Ampang Park. Sampai parking kat office I punya jaw lengoh. I saspek masa I tido, mulut I terbukak. Kesian sangat I. Dapat tido sekejap, lega sangat rasa. Naseb baik Intan yang drive. Dia tu kan umur je dah nak masuk 30 tapi perangai mengalahkan budak tadika. Kata dia pergi Ampang Park bahaya. Semua orang kena tahan napas masa nak masuk parking sebab nanti ada bau KFC. Pastu cakap macam nak nanges, ‘Ya Allah KFC Kaksu, KFC sedapnya Ya Allah T___T

Boleh? Ira, Dyba tabah je dengan perangai dia. Pastu dia kan, jenis alert je kalau bau makanan. Kan kat tengah-tengah tu ada jual laksa sedap tu kan? Berzikir Intan masa lalu. Kadang-kadang dia kata ‘P’ word. Hahaha. Pastu kalau ada tester biskut raya, sanggup tu dia nak ambik. Makan masa berbuka nanti kata dia. Haha. Tester biskut pon nak terliur ker? Tapaham aku.

Ok. Nak bebel lagi pasal orang tak puasa boleh tak? Well orang mengantuk memang suka carik pasal dengan orang. Haha. U know? Around I, ada la 2 3 orang yang I tau tak boleh puasa sebab masalah kesihatan. Doktor kata tak boleh puasa sebab maybe gastric yang teruk, kencing manis, gout etc. I takde masalah dengan orang yang sakit and tak boleh puasa. Infect I sendiri jenis manusia yang susah hati kalau tengok orang sakit sampai tak daya sangat, dehydrate and diarrhea teruk yang struggle untuk puasa jugak-jugak. Bagi I, kalau dah tak larat and memudaratkan bukak je la puasa. Nanti ganti. Bukan sengaja taknak puasa kan?

Tapi yang menjadik pemasaalahannya sekarang ialah, jenis manusia yang tak boleh puasa tapi dia rasa bangga. Macam tak sensitive dengan society. Maksudnya disini ialah, mereka secara terang-terangan jalan berkepak tapau makanan and air siap ikat tepi bawak masuk office. And lelaki. And jenis muka tadah je tunggu orang tanya, kenapa tapau and jenis bangga jawab dia tak puasa and kalau pun tak tapau dia boleh makan dekat public restaurant dengan Chinese colleague. Tak kisah pon kalau kena tangkap and masuk van jenazah sebab dia ada bawak surat doktor sekali. Tak malu and tak sensitive sampai macam tu sekali?


Sebab seram, gambar letak size kecik je

I yang sensitip ke apa ni eh? I tak boleh blah la. Seriously wei… Malu la skek will ya? Kot ye pon tak boleh puasa makan la sembunyik-sembunyik. Letak la makanan dalam bag ke apa. Hadoi. Bebudak ni memang tau dah I have an issue dengan this type of person. I rasa ni ialah attitude yang tak bagus dan tak patut dicontohi (cecece ayat buku teks terus). Susah la nak explen. Nak cakap pon tak guna. So lebih baik ignore je (tapi dalam blog bebel-bebel pulak padahal). 

Usually dengan orang macam ni, I akan avoid conversation. Dia dalam lift, I tak masuk. Dia lalu depan I, I pandang lain. Sebab I know, dia tunggu chance je kiter pandang dia and lepas tu peramah la bercerita. Mesti dia ingat I sombong. Well. I'm not arrogant, I'm just ignorant *flip hair

-EnD-

2 comments:

Ayu sukatiakula said...

da terserempak semalam dengan geng lelaki yg macho,tough,hemsem..
sorang pegi tapau burger king, 2 org lagi tunggu kat luar
saja je pandang2 sambil geleng2 kepala
bukan tau malu pun diorang tu
sengih2 kambing..mcm da biasa buat je

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue
gi la org hat tak leh posa tu.
Tak dak nikmat makan. Tak dak nikmat raya.
Rugi ooo... apa yg dalam Islam lah yg membezakan agama kita ngan yg lain.
Itu klu nk didik anak mesti mencabaq, cos diri Kediri pun tak respect bln posa.
Kesian,kan org hat tak leh posa tp bangga-bangga ka klu dapat penyakit hat hilang sehgala nikmat...
Gastrik teruk ngarut aih klu tak leh posa.
My father used to have gastrik kronok
tp dia lawan n posa ngan jayanya. tiap kali berbuka, dia amik kunyit hidup yg dah dikeringkan
elak mkn oedaih
Usaha sebenaqnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...