Assalamualaikum.
Dah penghujung puasa ni, I rasa dah taktau dah nak
makan apa. Semua menda macam tak teringin. (Tebiat kah?) Hari semalam berbuka dengan air
cincau, dimsum 4 ketul and murtabak sekeping kecik. That’s all. Pastu panaskan
balik Nasik Ayam Hainan yang tapau Ahad haritu and menung jer tengok. Tak makan
pon.
Hari Ahad haritu pulak bukak dengan air cincau
secawan and kepak ayam pizza hut kurus 3 ketul. Tu aje. Pastu sahur pulak tak
sedar. Siangnya survive pulak tu. I rasa I hebat giler. Tapi melepek la skek. Jalan
pon seret kaki. Muka pon moyok jer. Bila orang tengok akan cakap dalam hati, ‘Macam
dia sorang yang puasa dalam donia ni’. Haha.
Pastu kan? Padahal baru je lately yang tak berapa
selera nak makan, so gigih la timbang. Bila tengok turun sikit jer, terus tuduh
penimbang dengki kat kiter. Hahahaha. Biasa macam tu la. Kalau kiter timbang
turun, penimbang tu betul. Tapi kalau timbang naik, penimbang tu penipu.
I pon tengok balik folder makanan. Belek punya belek, tetiba teringin pulak nak makan Rib Eye Steak. To be specific I nak yang
Victoria Station jer. Bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Tapi tu la. Kalau nak bukak
puasa dekat situ, sebab Sazli prefer tempat yang dia senang nak solat and baby
friendly. Maknanya ada tempat untuk Shein guling-guling melepaskan perasaan
bosan. Kan Victoria Station tu tempat makan je. Mana ada tempat nak lari-lari?
KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN SILA AMBIK PERHATIAN. MAMA TERINGIN STEAK VS.
So acane ni? Biasa kitorang kalau malam raya, Bapak mesti ajak makan kat luar. So this time I nak paksa dia bawak I makan kat VS la. Yes! Tenkiu Bapak. Harap duit raya tahun ni dapat double. Kbye.
-EnD-
No comments:
Post a Comment