Monday, July 21, 2014

Pengalaman Pertama Sheindong On Board (Entry Jakun)

Assalamualaikum.

Hopefully semua yang terkorban dalam nahas MH17 akan dapat pembelaan sewajarnya dan semoga pihak jahat yang bertanggungjawab menembak jatuh dan menyebabkan kesemua penumpang dan anak kapal terkorban akan dibawa kemuka pengadilan dan dikenakan hukuman yang setimpal. I’m out of words seriously. Tak tau nak cakap macam mana. Kekejaman merata-rata. Orang awam yang tak bersalah menjadik korban. MH17 dan jugak Rakyat Palestine. Bila yer manusia nak stop killing each other? Kejam. Yang terkorban tu it could be a father, mother, son, daughter, sibling, relatives and friend to someone. Sedih dan takot sangat bila fikir balik macam mana la eh dorang jatuh dari atas langit macam tu? Ada baby pulak tu. Terus peluk Shein sampai dia rimas.

This is really a big task to our Prime Minister and team. Baru je MH370 hilang macam tu jer, now MH17 pulak. I harap, Our PM and team akan buat yang terbaik untuk memastikan nasib semua rakyat Malaysia (khususnya) yang terkorban terbela. Kuasa dunia Rusia sangat sangat sangat kuat kalau nak dibandingkan dengan Malaysia tapi biarlah ada keadilan dalam kes ni. And kepada keyboard warrior stop la buat speculation bodoh. Sebelum taip and post dekat FB, Twitter and Blog kaji dulu apa yang nak ditulis dan jangan la buat propaganda yang boleh merosakkan fikiran ramai orang-orang yang kurang ilmu (termasuk I). Malaysiakini.com salah satu website sampah yang suka keluarkan statement jahat pasal Malaysia sendiri. Meluat nak baca.

Kebetulan I, Sazli and Shein balik kedah naik flight kan? Khamis haritu and Jumaat dapat berita pasal MH17 and Ahad nak kena fly balik ke KL. Goyang habes. Seriously. Tak pernah rasa sekecut ni nak naik katebang. I call Mak dekat Jengka. Kata GF baca selawat, ayat kursi. Jangan la kaji teruk-teruk and cuba elak sampai taknak naik flight semua. Kalau nak mati, kat mana-mana boleh mati. Tawakkal dan pecaya pada qada’ dan qadar yang Allah dah tentukan. Terus rasa calm sekejap. Sekejap je la tapi. Haha.

Bila katebang nak take off and I rasa tayar dah tak jejak jalan terus perrrrghhhhhhhhhhhhh. Selamat ke aku kat atas ni? And kata kepten dia akan bawak katebang naik up to 30,000 kaki dari paras laut. I cakap pada Sazli, ‘U, kiter selamat. Peluru berpandu tak sampai ni kalau nak tembak’. Kata Sazli, ‘Tak jugak Bubu. Yang kena tembak tu 33,000 ft kan?’ Siot lu. Pastu kitorang dok rebut-rebut Shein. Sazli nak pangku Shein, I nak pangku Shein jugak. Kerusi dia yang kitorang bayar full charge tu buat perhiasan je la masa tu. Kata Sazli, ‘If anything happen, I ada Shein. Bubu sorang-sorang’. Boleh tak mulut dia? E!

Padahal tak lama pon nak sampai. Tak sampai sejam tapi I rasa macam lama giler. Tak boleh nak imagine masa I pergi Europe Trip dulu, naik flight sampai 14 jam. Turun naik turun naik flight ke Geneva la, Barcelona la, Switzerland la. I rasa macam ada phobia sekarang dengan katebang. And macam taknak borak pasal any oversea trip sementara waktu. Ko offer la Cape Town ke, London ke, Istanbul ke memang tak la kan? Sebab issue ni macam tengah hangat lagi. Kot-kot esok lusa dah diam and calm balik, kiter boleh re-consider la kan? (cecece) Lagipon Bapak kata, ‘Syok la tengok Shein kejaq burung ni. Kalau bawak Shein pergi Trafalgar Square lagi syok’. Cecece. Tu menantu dia yang cakap and hint-hint padahal. Sazli pon cakap, dia taknak pergi jauh-jauh naik flight dah. Senak perut. So do I. Lantak la oran gnak cakap kampong ke apa. I don’t care. Tapi esok lusa lain cerita la. Kahkahkah.

Pengalaman Shein atas flight? Ok. Tadek huru-hara. Alhamdulillah. I bawak bekal Ipad and makanan dalam beg dia. So it really helps and stroller as well. Memang kena bawak sebab nak mendukong dia dari luggage check in sampai ke boarding area kalau dekat KLIA 2 tu memang jauh giler la. Tadek stroller mau patah pinggang nak mendukong dia yang dah 13kg tu. Masa flight pergi, Shein tido all the way dari KL – Penang. So do I. Masa flight balik Shein tak tido tapi I umpan dia dengan Ipad cerita Upin-Ipin and biskut tiger. Setel. Kaki silang tengok Upin Ipin. Yang ketaq juboq is Emak dan  Abah dia la. Pantang bertentang mata nanti memaing angkat kening. Bodoh. Yang nak menakutkan diri memasing pehal? Haha.

Turun-turun dari flight, naik atas stroller terus dia tidur tak sedar-sedar sampai la rumah dekat Ampang. Alhamdulillah. Baby mesti ada cranky a bit. Tapi kalau kena cara, InsyaAllah ok. Shein ok sebab ada Ipad and foods and I rasa baby lain pon macam tu jugak. Nanti bulan September, Apit (sepupu Sazli) kawen pulak and kitorang akan naik flight lagi sekali. Senang untuk Shein. Sebab nak naik kereta lama-lama dengan dia yang tengah lasak sekarang ni rasanya semua orang pon penat. And kos nak naik flight pon lebih kurang je dengan bawak kereta sebab Air-Asia kan murah tambangnya? Kata now anyone can fly? Tak gitu?

And journey by flight, I rasa kurang la rasa restless sebab pungkok tak dan nak panas duduk lama-lama dah sampai ke destinasi. Kalau ikutkan dari rumah ke KLIA2 pastu nak tunggu check in luggage segala sama je time dia dengan naik kereta (KL-Kedah) tapi kurang rasa penat. Sebab nak handle baby macam Shein yang tengah melasak and suka figure out new things, lari merata ni, amat memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Every baby is different, yang macam I selalu cakap. Ada baby yang behave and easy to handle and ada yang aktif macam Sheindong Kedondong ni. Bahagian masing-masing. For me, as long as dia sihat tubuh badan, membesar dengan sempurna is a good enough. Menda lain should be no complain at all. Paham? Tapi dalam pada takde komplen tu kononnya, tarzan jugak sekali sekala.

Korang baca ni stressed tak? I baca ni pon stressed. Macam big issue beno. Padahal pasal pengalaman Shein on board je. Over kan? Apapa pon, sebelum menutup entry ni, Jom kiter sedekahkan Al-Fatihah untuk semua mangsa yang terkorban yang beragama Islam dalam flight MH17. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

-EnD- 


Masa dekat airport Penang. Macam sedap je air coklat ko tu Shein?

3 comments:

Anonymous said...

Tahniah su.. berjaya juga akhirnya..hihi..

btw malaysiakini memang sucks.

Tu pon ramai yg percaya..eh, tetiba sy tumpang emo..(apakah?)

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue
Cam na nak p Perth ni :p

Arora's said...

msiakini sampah? selalu kena saman dan kalah saman fitnah ialah utusan ermmmm