Monday, July 21, 2014

Songkok Amy Search

Assalamualaikum.

Tak lama dah kan nak raya? Baju raya I, Sazli and Shein tahun ni kami beli kain and tempah jer. Unlike last year. Tema kaler grey. Shein dengan Sazli sama je jenis kain and warna baju, I je lain. Baju I kaler merah tapi ada la sikit-sikit kelabu. Kena ada sikit kelabu supaya masih ikut tema. I kena la lain, sebab I kan ketua? Haha. Eh well, Mama satu-satunya wanita jelita dalam family so U both (Abah dengan Shein) kena layan Mama macam pwincess. OK?

Baju rumi satu apa pon I tak beli lagi untuk Shein. Kasut ke, capal ke semua tadek lagi. I memang suka carik baju Shein last minute, baru thrill. Lagipon I jenis tak fussy. Asal lawo, mampu milik udah. Yang penting mesti baru. Itu konsep dia. Kat KLCC and Pavilion ada banyak kedai baju. Poney, Pumpkin Patch, Mothercare, GAP segala semua ada. Duit je kena sediakan kapok-kepok penuh satu beg kalau boleh.

I plan nak pergi next week. Eeeee tak sabarnya nak tengok Shein pakai Baju Melayu Johor sepasang dengan Sazli. Mesti hensem! Kata bebudak office, dekat SOGO ada sale. Tapi hazab melambak orang. I pernah dulu buat kerja giler ikut Kaklong Shopping baju raya dekat SOGO. Takyah bergerak sebab orang dah tolak-tolak so kiter gerak sendiri. Acane nak pilih baju macam tu? Tengok harga tadek la murah mana. Masa tu I tak kawen lagi.

Kuih raya? Hapah tadek ok? Memang tahun ni rock and roll habes. I dah ada usha satu booth jual biskut raya dekat JJ AU. Semua sedap. Tapi mahal la. 50 bijik RM38.00. Tapi sebab dia lawa and sedap, beli je la dekat situ nanti. Lagipon I jenis tak boleh pergi 2 3 kedai nanti rambang mata and balik dengan tangan kosong. Haha. Tu nanti biskut ke apa, kiter beli next week je. Kalau biskut dah habes pon takpe, orang datang raya kiter jamu kaki je la. Sebab menda lain dah tadek.

Tak sabarnya nak rayaaaaaaaaaaaaaa! Tak sabar nak makan kari ayam kaklong dengan ayam masak kicap dia yang terpaling sedap dalam dunia and kuah kacang tok che amah yang menjadik all time favorite I. Tu pasal la turun berat badan time puasa ni tak member erti sebab nanti bulan raya, balun makan macam apa je.

So, bila yang boleh nak kurus ni? Eh lupa. Tujuan I update entry ni pasal nak tanya, korang tau tak mana-mana kedai yang ada jual songkok bulu yang macam Amy Search pakai tu? Sazli nak songkok macam tu dah 6 tahun tak dapat-dapat. Dia tu kan pelik. Orang seni. Nak songkok bulu segala. Tak paham I. Tapi layankan la ajer, sebab knowing Sazli, bila dia dapat apa yang dia nak nanti air muka dia, priceless. I suka tengok riak muka dia yang macam tu J

So please, sapa yang tau kasik tau I eh?


-EnD-


Songkok bulu yang macam ni



4 comments:

Haris Zuhaina said...

As alam Sue
Beli kat Pakistan/iran pa... kot... Cho p tya Bai karpet :P

Hani said...

macam orang parsi selalu pakai. kat parsi banyak kot

Azlan Shah said...

Cuba type songkok Jinnah Di Fb atau insta..

Azlan Shah said...

Songkok tu boleh dibeli melalui online..cuma type songkok Jinnah..👌

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...