Thursday, July 3, 2014

Resepi Sambal telur Hancur Yang Sedap

Assalamualaikum.

Semalam pukul 9.30am call Mak. Cakap kat dia harini nak makan nasik lemak dengan sambal telur hancur. Suruh Mak masak nasik lemak sebab kalau dia masak, memang sedap. Biasa dalam tu dia bubuh lada hitam sebijik-sebijik tu, halia, bawang merah dengan daun pandan, santan and garam. Kena je dengan tekak I. Nasik dia peroi je. So tugas Mak dia kena masak nasik. Pastu kata Mak, sekarang pagi sangat Su. Tunggu petang la baru masak. Hahahahaha. Yerla yerla.

So petang semalam dalam masa sejam kitorang masak nasik lemak. Mak bahagian nasik and I buat sambal telur. Pastu sesambil tu buat sambal kicap dengan goreng lily bud tempura. Mak pulak dia jadik sous chef. Tugas dia goreng ayam pandan, ikan bilis, dengan pop corn ayam tu. Masa ni tugas jaga Shein jatuh kepada Sazli and Bapak. Ada time Shein terlepas ke dapur sebok nak tolong masak sama. Tarzan terus la kitorang sebab takot Shein kena minyak panas.

Semalam rasa masa sekejap je berlalu. Sebab bizi kat dapur. Biasa Mak dah setelkan semua. nanti pukul 7.00pm baru Sazli ketuk ais and readykan air untuk berbuka and I just hidang-hidang makanan atas meja. Masa nak tunggu berbuka rasa lama giler. Ada lapan kali kot tengok jam. Kejap-kejap tanya Bapak pukul berapa. Haha. Tapi semalam sebab kencang didapur maka tak rasa lama pulak. Macam ni hari-hari kena masak pukul 6.00pm la kot? Nak lagi hebat cuba try masak yang lagi susah-susah and leceh. Lagi thrill. Kalau berbuka sambil masak pon lagi hebat punya thrill. Haha.

Semalam berbuka sangat puas sebab dapat makan nasik lemak dengan sambal telur hancur. Memang buang tebiat sebab before this nasik lemak is a big no-no for me untuk berbuka puasa. Maybe sebab penangan sambal telur hancur ni meresap dalam badan so tetiba jadik suka. Kata Mak, pecahkan je 7 bijik telur Su. Bahahaha. Tamak sangat tu Mak. I guna cili kisar kedai Usop ni. Satu bekas kecik tu rasanya sesuai untuk 5 bijik telur je, or else nanti jadik telur banyak, kuah sambal takdak. Tak syiok.

Dapat pulak makan lily bud tempura dengan sambal kicap. Pastu pop corn ayam tu pon makan dengan sambal kicap jugak. Perrrgh. Buasir bunga lepas ni tak payah nak komplen banyak. Anyway, check out resepi sambal telur hancur I ni incase ada yang berminat. My way ok. Kompem sedap.

Bahan-Bahan
  1. Bawang merah 5 ulas - dihiris
  2. Bawang putih 2 ulas - dihiris (nak blen pon boleh tapi malas)
  3. Bawang esar sebijik - potong bulat
  4. Lada besar 2 bijik - dihiris
  5. Minyak untuk menggoreng
  6. Cili kisar secawan
  7. Sos cili 2 sudu
  8. Belacan seinci
  9. Air asam jawa sebesar ibu jari
  10. Gula, garam, cube ayam secukup rasa
  11. Telur 5 bijik


Cara Membuatnya
  • Tumis bawang merah, bawang putih dan lada besar yang dihiris sampai layu and garing skek
  • Lepas tu masukkan cili kisar and air setengah cawan
  • Tumis sampai la pecah minyak. Maknanya sampai cili masak. Kalau tak, tak sedap. Macam I, ada la 2 kali tambah air bila sambal dah kering.
  • Masukkan 2 sudu cili sos, 1 cube ayam, gula 2 sudu besar, garam setengah sudu kecik. (Cube ayam ni kalau masak sambal telur je, kalau sambal ikan bilis takpayah masukkan)
  • Masukkan air asam jawa and belacan
  • Pastu masukkan bawang besar. Tunggu layu sekajap
  • Last sekali masukkan telur. Pecahkan direct masuk kuali. Lepas tu jangan kacau-kacau.
  • Biarkan sampai dah keras, baru balikkan telur tu. Siap!


Senang je kan? Ada orang tak suka sambal bubuh gula. Terpulang. I suka kalau sambal jadik waran merah hati. Kalau nak dia gelap, gula masukkan awal. Kalau nak dia merah menyala, gula bubuh last-last. OK? Selamat mencuba!

-EnD-


Mak la suruh masukkan telur banyak-banyak. Dah kurang sambal. Tapi tetap sedap. Perrghhh!



Ayam goreng pandang dengan pop corn ayam perisa tomyam. Ayam sorang seketul ok? I je dapat dua ketul sebab I ketua. Mak mengalah. Haha. Resepi ayam goreng pandan dekat sini.


Ikan bilis goreng by Mak. I cakap banyak-banyak kali, Makkkk sedapnya ikan bilis mak! Pastu Mak cakap, sedap sambal Su. Pastu Bapak kata elok la, hang puji Mak, Mak puji hang. Tak habes. Eleh. Dengki la tu. Haha.

Timun jepun ni favorite I.  




6 comments:

Lavender violet said...

kaksu hi-5 sket..
smlm kite pon makan sambal telur hancur
perghh mmg terbaikk

Cikgu Norazimah said...

pergh ! sambal telur hancus mmg sedap ! lagi2 kalau rasa manis2 pedas, mmg terangkat !

adda syuhada said...

Terliur tengok....sedapnya..

doll said...

sue kalau xyah kacau2 time masuk telur tu x hangit ke sambalnye eh?memikat betul resipi nie..

ecah khalili said...

alamak..sambal telur hancur..nostalgianyaaa..teringat masa kecik2 dulu mak ecah suka masak sambal telur hancur..adoiii..rindu kat makkk..

Chooyaya! said...

lavender violet : gimme 5! nak uweeeet

cikgu norazimah : kan? makan dengan kicap. sedap giler!

add syuhada : nanti petang buat eh?

doll : api kena kecik. jangan la tak angkat2 sampai siap. mmg la hanget. hahahah

ecah khalili : kirim salam mak. kata dia chooyaya kirim salam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...