Assalamualaikum..
Last week, I pergi Jakel dengan Sazli and Shein sebab nak cari Baju Melayu. Kitorang gerak dalam 9.30pm macam tu lepas berbuka puasa. Tengok Jakel meriah giler! I ingat I dah last minute sangat beli baju raya tapi rupanya orang lain pon ada jugak last minute macam kitorang. Kata Sazli, lambat-lambat baru la dramatic sikit. Rasanya dalam tempoh 10 tahun kitorang kawen ni, ni la first time Sazli beli Baju Melayu yang siap jahit macam ni. Biasa dia tak suka beli yang siap jahit sebab dia a bit particular dengan cutting. Paling pantang kalau leher baju melayu besar. So memula I macam nervous la jugak, buatnya nanti cutting tak OK, aje mampos dia nak pakai Kurta je pagi Syawal. I cannooooot!! Bagi I, Hari Raya Aidilfitri and Aidiladha WAJIB pakai Baju Melayu. Kurta tak boleh diterima. Lepas tu kena lengkap dengan Kain Samping and Songkok please. So, untuk this year Sazli request taknak kain licin satin tu. Dia nak kain Linen. Kata Sazli pakai Satin macam nak kawen pulak. Hahahaha. I dah saspen, ada ke Baju Melayu siap jenis kain linen dekat Jakel?? Sekali masa sampai dekat sana, tanya-tanya Promoter tu cakap ada. It's Awal Ashaari punya collection. Yang paling best sekali, ada warna Hijau. Tahun ni tema kitorang Hijau. Actually Emerald Green tapi kalau dah takde Emerald Green, janji Hijau pon jadikla. Masa budak tu cakap ada Linen, Sazli dah macam 'Aiseymaaaaaan, ada la pulak!' HAHAHAHAA so tak boleh lari la. Kena beli jugak. Bila dia try, dia suka. Cutting cantik, leher dia ngam and of coz sebab kain Linen. Harga pon dalam RM200++ je so kalau ikutkan beli yang siap ni lagi murah dari beli kain and jahit sendiri sebab kain Linen ni dia macam mahal sikit. Tau tak baju British India? Haaaa macam tu la kain Linen. Korang mana yang takde baju raya lagi, still sempat kalau nak pergi Shopping Baju Raya dekat Jakel. Berkualiti kain dia, jahitan pon kemas and ada macam-macam variety. Kalau nasib baik, korang dapat murah giler dalam RM150.00 sepasang if masa beli tu dorang announce 'Happy Hour'. Macam haritu, time kitorang pergi Collection Nabil tengah Happy Hour. Memang I tengok sorang sampai 2-3 pasang rembat. Ada banyak collections artis macam Wak Doyok, Hairul Azreen, Nabil etc. Semua lain-lain cutting. Kalau tak tau nak pilih yang mana, takpe sebab dekat Jakel ni I tengok staff dia semua helpful je. Layan sama rata. Beli mahal ke, murah ke sama je dia bagi layanan.
Sazli bertuah di layan oleh Dato' Feroz Jakel terus. I pon tak notice sebenarnya Dato' Feroz ni. Memula terfikir, Helpful betul Supervisor ni, ikut je mana pergi. Singgah sana orang tegur, singgah sini orang tegur. Rupanya Tauke dia sendiri turun padang, buat sales. Bagus kan?
Actually Sazli nak cari Kain Samping. Dia dah ada dah kat rumah tu kaler Putih, beli masa Eddy and Ayang kawen (dekat Jakel jugak) tapi dia cakap tingin la nak ada selai Kain Samping yang ribu-ribu. Sazli cakap tingin nak tengok yang Tenun Terengganu. So Promoter tu pon melayan je la. Dapat la tengok harga Kain Samping yang sampai RM20k sehelai. Kata Sazli, setiap lelaki patut ada sehelai Kain Samping Tenun Terengganu ni. Dia pon nak. Tapi not now la sebab banyak nak guna duit untuk Rumah Shein. Tapi kalau yang selai RM20k ni I rasa macam urrrghhhhhh la jugak but kalau RM5,000 tu takpe lagi sebab pempuan pon handbag range macam tu jugak. Kan? So adil. Dalam dok memilih Kain Samping tu, Dato' Feroz bawak Sazli pergi dekat tempat Samping yang RM1,800.00 and dia cakap, 'Nko ambiklah.. Aku kasik discount'. Kata Sazli dia pon saspen berapa la discount Dato' ni nak bagi. Sekali dia cakap 'RM500.00 sehelai' Perrrrghhhhhhh terus la ambik! I tanya staff dekat situ, Dato' ni memang pemurah macam ni ke? Dorang cakap memang ye. Dato' Feroz memang macam ni. Kekadang anak-anak yatim datang, dia belanja je baju. No wonder lah kan Jakel ni tak putus-putus orang datang, Boss dia pon rajin bersedekah so sentiasa murah rezeki. Nkorang kalau pergi Jakel, tinjau-tinjau la kot ada Dato' Feroz. Mana tau ada chance macam Sazli? Dapat discount kaw-kaw macam tu. Haaaaaaa.
Tengok la tu, Siap tolong pegangkan plastik Baju Melayu yang Sazli beli earlier. Very humble.
I tengok collections Baju Raya Wanita pon cantik-cantik jugak. Semua pon cantik. Korang kalau nak tengok design boleh tengok dekat Jakel punya Instagram. Jakel pon banyak je branch. Dekat Bangi pon ada jugak kan? So sesapa yang masih belum ada baju raya, boleh serbu Jakel. Dorang bukak sampai la malam menjelang raya and I bet malam tu lagi la kaw-kaw Jakel bagi discount. Shein pon beli jugak Baju Melayu Koleksi Upin dan Ipin. So setel bab Baju Melayu Shein and Abah. Kalau macam ni la punya kualiti, nampaknya next year tak payah dah la beli kain and tempah. Beli je terus yang siap dekat Jakel.
Siap urusan dekat Jakel, kitorang pergi Naili's, Shein nak makan Chicken. Dia punya letih and lapar, macam dia yang puasa siang tadi.
My favorite - Cucur Ikan Bilis
Chicken Drummet. Yumss!!
-eNd-
No comments:
Post a Comment