Tuesday, July 22, 2014

Sheindong!

Assalamualaikum.

Shein kan, sangat energetic sekarang. Kekadang dia bangun awal. 6.30am dah bangun and sambil tumbas orang nak bersiap pergi kerja, dia pon sebok sama. Kan kalau pagi sebok kehulu-kehilir ambik sependa la, tudung la apa la kan? Nanti dia pon sama sebok kekadang sampai terlanggar-langgar dia. Pastu dia bajet orang jalan laju-laju sebab nak kejar dia. Hek eleh. Perasan. Haha.

Kekadang dia bangun lambat. Macam abang-abang. Biasanya hari cuti la. Lagi-lagi bulan puasa. Pukul 10.00am I bangun, dia pon sama bangun pukul 10.00am. (Kantoi bangun lambat). Lepas tuuuuuuuuuuuuuu dah tak tido sampai petang. Kadang-kadang pukul 2.00pm baru tido. Tu pon sekejap je. Now tido siang sekali sehari je. Dulu masa baby, dia tido dua kali. 10-12 and 4-6 lebih kurang. Sekarang tadek. Sehari sekali je tido. Kalau dia buat hal tido dua kali sehari nanti malam jadik super energetic and tido pukul 2.00am.

Macam kat kampong haritu. Kitorang tak tido dalam bilik so suka la Shein. Kehulu-kehilir dalam gelap. Mana dia tau takot pon. Sebab Shein kalau tido mesti mau gelap sungguh and kena tutup pintu bilik so that dia tak dapat nak keluar. Kalau tak, kirim salam. Dah tak tido tu takper la. Ni dia korek hidung I, korek mulut, himpap, gomol, kuda segala mala la dia buat. Lumat I dikerjakan dia.

Semalam dekat nursery kata Ika, dia sorang tak tido time pukul 11.00am tu. Dia main sorang-sorang. Lepas tu pukul 3.00pm baru dia tido. Setengah jam jer. So semalam ingat dah tido sekejap tu, kurang la tenaga dia and awal la tido dia. Takde maknanyaaaaa. Pukul 12 jugak yang dia tido pon… Shein paham arahan sekarang ni. Kalau I cakap, ‘Jom Shein kiter tido’. And I tinggal je dia depan tv. Nanti I tutup lampu bilik, ambik selimut I and letak kat hujung kaki. Tak lama kedek-kedek Shein datang panjat katil baring sebelah I. I suap dia susu. And masa dia tengah minum susu I cakap, ‘Shein, tutup pintu lekas’. Dia bangun. Tapi mulut membebel-bebel macam tak puas hati sebab dah baring lepas tu kena bangun pulak. Haha.

Lepas dia tutup pintu, dia akan ambikkan I selimut and hand it over to me. And dia gelak-gelak and baring sebelah I. Kaki landing kat muka, perut I. Mana-mana yang dia sempat la. Asalkan dia baring tu, badan dia kena sentuh jugak-jugak badan I. And I rasa sangat melting. Rasa bangga to have him. Rasa sayang sangat-sangat. Walaupon Shein Cuma hulur selimut jer pooooon. Lepas tu dia akan golek-golek and I tepuk bontot dia sampai la dia tido. Shein suka giler meleset-leset. Ada masa I suka. Ada masa I rimas. Time rimas tu I tarik tangan ke, tarik kaki ke, beralih ken anti lagi dia bangun and himpap I. Dia tau tak dia 13 kg?

Oklah. Tu je nak citer pasal Shein. Harap tidak boring. Sekian, terima kasih.

Yang Ikhlas,
Mama yang cantik

-EnD-


Mekayang Metayang Mama! 


3 comments:

ieda iedana said...

boleh dah diharap tu. besar sikit lagi boleh suruh dia bancuh susu sendiri, buatkan infused water. haha

Jan@Afzan said...

Shein, bijak sungguh kamu, wlupun aktif, itu tandanya otak stimulate dengan baik..

bestnya, dah paham arahan dan bagi selimut tuh...melting2x..

gomol sket shein!!!

aziekz said...

mak kata klu baby brblajar jln and sangat aktif kesana kemari..elok sapu mnyak ubat time nak tido..mnyak afiat ke APA..bg lega skit urat saraf kaki

hehe..tgk shein kemain ag..cm besar benor doh kurang tido..agaknya sayang tinggal saat bermain ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...