Assalamualaikum..
Ok. Harini nak membincangkan tentang some zeriuz topic.
Pasal apa lagi kalau bukan pasal Shein? Yerla kan? Anak first katakau memang la
kepochi je Emak dia ni. Lantak ah. Haha. So! Shein dah 1 tahun 7 months or 19
months. Anak jantan, lasak sudah tentu. Kadang-kadang I umpan dia dengan
makanan, dengan Ipad bila nak dapat peace of mind tengah makan. Sometime
membantu, but most of the time tak membantu especially bila dalam mall or
kawasan lapang sebab Shein ada sikap suka lari menonong tak tentu hala bila
tengok kawasan lapang and expect us untuk kejar dia. Macam kerja Emak dia ialah
untuk kejar dia setiap masa. Tapayah buat kerja lain.
Kelmarin, kami bukak puasa dekat GE Mall. Shein
lari laju ok? I almost tak dapat nak kejar dia. Dengan handbag I, handbag Mak
(sebab dia solat), beg susu Shein dengan blanket busuk Shein I pegang. Sazli
pon solat jugak. Naseb tak pakai heels so I lari laju jugak la. Mesti Shein
bangga Emak dia lari laju sama dengan dia. Kah kah kah.
Masa ni baru lepas jatuh kena tolak dengan budak perempuan umur lebih kurang 5 tahun. Injured sikit kat hidung but Shein behave la sikit. Naseb baik jatuh. Kalau tak, tawaf la Shein 1 GE Mall.
Imagine ok? Shein lari and naik escalator yang
turun. Bukan yang naik. Yang turun. So dia almost nak terjatuh (which I can’t
imagine what will happen if dia jatuh) and I manage to catch him. Kusssss
semangat. Naseb tak pakai heel nyot! Kalau tak kompem terguling. Malu satu hal.
Bahaya satu hal. Nauzubillah.
Geram je I tengok Shein. Dia memang kalau lari, tak
terkawal. Suka benar berlari-lari. Ni memang nanti boleh masuk Olimpik pelari
terpantas macam Carl Lewis. Pastu kaya. Pastu, Sheinnnnn nak Prada 8 please. Ok. Back to the
topic. Kata Sazli, masa kelmarin dia saja nak try Shein. Lepas je dia lari
dekat foyer rumah kitorang. Bila Shein lari menghala ke gate, Sazli jerit
panggil nama dia. Dia buat bodo je. Menonong lari. Apa lagi, tarzan la Sazli
panggil Shein. Patut masa I sampai kat foyer, Bapak dengan anak sama stress
muka. Baru lepas gaduh rupanya. Haha.
Shein boleh hilang dengan sekelip mata. Dengan
sekelip mata bila terlepas pandang dia dah jauh. Menyelinap kesana sini, and
lari macamkan orang nak kejar dia untuk main kejar-kejar (Ini berlaku bila
dekat mall sahaja). So I teringat banyak kes budak kena langgar dengan kereta,
jatuh tangga and worst jatuh dari escalator. Accident yang macam tu. Semua tu
maybe sebab Mak/Bapak dia terlepas pandang sekejap. Sekejap like 5 saat pon
boleh bahayakan keselamatan anak-anak.
Kan? Padahal we never know sebenarnya Mak/Bapak
anak-anak malang yang accident tu sebenarnya cuma terlepas pandang masa tu je. Padahal
sebelum ni dorang sangat alert and we, society selain dari simpati, kiter jugak
blame Mak Bapak tak pandai jaga anak. Kan? I kalau fikir accident anak-anak ni,
I loya. Nak muntah. Sebab takot sangat.
So, kata Sazli. Dia nak beli beg yang ada tali tu.
So that Shein dah tak boleh lari sesuka-suki dah. Sebab Shein bukan jenis suka
duduk dalam stroller all the time. Dia nak jalan. So I pon ada rasa tak sampai
hati nak letak dia dalam stroller jer. Kesian. Tapi tu la, bila lepaskan dia
macam huru-hara pulak jadiknya. Ada masa Ipad and foods dapat buat dia leka.
Tapi for how long kan?
Beg ada tali macam ni.
Ada orang cakap, parents yang ikat-ikat anak tu
buat anak macam pet. Macam haiwan peliharaan. But some case and scenario lantak
ah apa orang nak kata. Kalau itu buat anak kiter selamat I tak kisah nak buat
pon. Dari anak hilang lepas tu lari laju-laju and accident lepas tu, lebih baik
ikat je. So far I tadek la beli lagi. But nak jugak tanya pandangan mommies
pasal menda ni. Korang rasa macam mana?
-EnD-
12 comments:
go for it sue!huh serik tau anak hilang walaupun seminit..memang budak2 nie kena ikat dengan tangan kita baru x terlepas..biar dia nanges, jangan kita nanges kemudian hari...
doll : tu laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. nak kena carik beg ni.
doll : tu laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. nak kena carik beg ni.
first time duluuuuu nampak situasi beg tali ni memang macma pelik la..mcm kesian tgk anak tu..mcm knp kene bertali-tali bagai mcm pet(like they said)..
tapi utk situasi sekarang ni yg macam macam macam kes yg menakutkan dan menggerikan..pkai je la..usaha kite tu ada kan..dari nti bile dh terjadi something haaa..mintak jauh laa..
so..pakai je..guna je...sy paham!:)
biar la org nak kata apa.. buat kena kata, tak buat jadi apa2 pun kena kata...
at the end, anak kita.. if apa2 jadi kat anak kita orang bukan tahu..
kita pun pakai harness ni.. tak larat dah nak main kejar2..
p/s : tak komen pasal kes CDM25 ke?
salam...beli jee..anak i pun mcm your son..lari merata..orang tak kan berhenti mengata..kite yang nak berlari sakan mengejar sana sini
Assalam sue..
salam perkenalan..:)
Nama benda alah tu Harnes..
Ada macam2 jenis..
Sy pon salah seorang yg pakaikan kat anak2 saya time jalan2 keluar..
utk keselmatan kan.??
pedulik kan org pandang semacam sebab yg nak jaga tu kita..
Nak lari pecut pon kita..hihi
Sekurang2nya harness ni mmg sgt membantu..
:)
aku ada jual sue..eh promote eheheheh....fayel ada ...aku pakai kan aje..masa aku gi expo baby org pandang aje..mcm teruk sgt ..tp ini keselamatan....biar la apa org nak cakap
Sue, pls pls pls.. belikan dan pakaikan kat shein. i dulu masa mula2 pakaikan kat my daughter, kena gelak kat org. siap ada yg ckp " eh.. buat anak mcm binatang..". tp i buat tak faham sebab kalau anak KITA hilang, (nauzubillah), KITA yg susah. masa tu, nangis air mata darah skalipun x guna.
Sue.
Perkara orang kata ni dah lapuk dah. Sebab I dulu pun pakai harness and that was like 30 years ago. Sama je statement deorang "Macam anjing je kena ikat macam ni". Siap sound direct dekat my mom.
Tapi my mom ignore je sebab apalah sangat sakit hati kena maki dengan menyesal seumur hidup anak hilang ke apa ke.
saya stuju dan sebenarnye dorang pon suker...nnt bgtau nak beli kat mana eh beg ni....
kak su,bg sy penting,sy pun ngah mencari,ada jmpa tp mcm xkuat sgt..sbb anak sy sebaya shein,hyper pun lbh krg,aritu sy g jusco,ngah dok cucuk atm kad,anak sy blh lari dr sy,time tu terus kejar dia,dgn atm kad dekat machine..ya tuhan,xpk apa dah,pk kan anak..jd bg sy,bnda ni sgt pnting,if anak yg xsuka naik stroller..go kak su,cari bnda ni...
Post a Comment