Assalamualaikum.
So, Sabtu tu
lepas balik dari breakfast dengan bebudak WakDan dekat area Kubur Taman Kosas tu terus I kemas rumah lagi
sikit (kemas pagi tu tak siap sebab Sazli tetiba ajak breakfast dengan tak
mandi, tapi naseb baik muka natural fresh kah kah kah so takyah mandi pon takpe)
and bersiap nak pergi beraya dekat rumah Eliss. Sebab petang tu Sazli ada bola dekat
Proton Shah Alam and malam tu ada BBQ pulak kat umah Syikin+Gofur kat Shah Alam
jugak.
Cirit ok?
Pukul 12.30 malam baru sampai rumah.
Seharian kitorang dekat luar. Naseb baik I pakai Lady Speed Stick so
kekal segar sepanjang hari. Ketiak bau apple je. Itu yang Shein tergila-gilakan
sangat tu nak cium ketiak I. Haha.
Dekat rumah
Eliss, dorang bagi makan Nasik Arab ke menda entah nama dia. Sedap giler! Ada baaaaaaaaaaaanyak makanan
sampai tak termakan lepas tu sekarang menyesal sungguh-sungguh. Ada salad
dengan homemade tomato dressing, ada Spaghetti Bolognese, ada Lasagna. Dessert
pulak ada variety of homemade cookies, ada trifle and ada brownies. Semua buat
sendiri by Kaklong Eliss. Buat sendiri kat rumah tapi quality macam 5 star
hotel. I sempat ambik gambar trifle je. Segan. Mummy Daddy Eliss ada je all the
time dekat area living and dining area. Kang nanti nak amek-amek gambar makanan
macam original people sangat perangai. Kena la behave. Sebab first time jumpa.
Kan?
Kata Kaklong, kalau nak sedap Trifle ni kena guna swiss roll yang perisa vanilla. Lepas tu custard, jelly guna jenis Nona. Atas tu dia letak whipped cream and fresh fruit. Mana la tak sedap. Dalam dia ada buah peach.
Tapi dalam
first time jumpa tu, Sazli sempat panjat pokok dokong tepi rumah and I sempat
petik buah asam gelugor. Pastu pergi kat dapur sebab nak mintak tapau brownies
bawak balik. Perangai sangat masing-masing. Haha. padahal tadi kata nak behave.
Podah!
Best la rumah
Eliss. Sebab belakang rumah dia ada dua bijik rumah lagi. Lepas rumah kedua tu,
naik bukit sikit and kiri kanan ada pokok belimbing buloh, pastu ada pokok
serai, pandan, betik tok nenet segala termasuk a variety type of rambutan,
durian and pokok buah dukong yang Sazli panjat dapat buah 2 bijik jettewwwww.
Paling best ada asam gelugor punya pokok. Dalam bahasa Science nama dia
Garcinia Cambogia. Ni salah satu bahan wajib yang perlu ada dalam mana-mana product
menguruskan badan. Sumpah I tak tipu. Tulis alip lam lam ha dekat dada. So,
dapat-dapat je buah tu I terus makan bajet makan sehiris mampu kurus 10kg.
Haha.
Garcinia Cambogia ataupon Asam Gelugor. Yang ni fresh baru petik dari pokok. Rasa yang frest ni memang masam sampai kelubang bontot. Haha. Kalau dapat habeskan sebijik memang teror la.
Pokok asam
gelugor tu produce banyaaaak sangat buah. I dapat petik sebijik. Jakun melompat
habes. Dalam seumur hidup tak pernah petik buah asam gelugor mana la tak happy.
Sedang impian nak petik buah apple pon tak tercapai so dapat petik asam gelugor
dah cukup happy. Family Eliss akan proses sendiri je asam keping ni. Potong and
jemur. Cool giler kan?
Pastu dekat
belakang sekali, ada satu rumah kayu yang ala-ala resort. Situ anak angkat daddy
Eliss duduk. Orang Mauritius. And dekat blakang tu, Raif (anak Eliss) dengan
cousin and gf dia yang lebih kurang sebaya (kau mampu umur 11 tahun ajak gf
main kat rumah?) main mercun and bunga api. Seronok I tengok. Bayangkan tengah-tengah
bandar macam KL ni, tetiba wujud rumah yang macam ni. Best sangat!
I pulak tak
ambik gambar. Sebab handphone tinggal dalam rumah. Taktau pulak belakang rumah
best macam tu. Seronok! Best la jadik dorang. Dekat rumah tak boring. Boleh
main macam-macam. Dorang main digging cacing tau? Pastu main kejar-kejar. Nak
main bola pon boleh sebab luas. And family Eliss duduk satu kawasan so takyah
risau boring ke apa. Hari-hari boleh begembira among cousin je. Takyah nak
pergi main kat Kidz Sport & Gym dah. Sebab boleh korek cacing dekat rumah. Yang
penting jimat. Haha.
I teringin
jugak nak bagi Shein membesar main korek tanah macam tu. Macam best je.
Moga-moga nanti Sazli bagi I rumah yang ada laman luas. Ada pokok tepi pagar
supaya tak panas sangat and I nak ajar Shein main tuju selipar, baling tin.
Takyah nak urban sangat eh Shein? Tapi yang rumah tu I request nak ada swimming
pool jugak. Untuk Shein rendam-rendam sebab nak ganti paya. Kira bekubang dalam
paya version moden. Haha. Tadi konon nak traditional person at heart la sangat tetiba swimming
pool? Kesah pulak kan? Haha.
Uncle and
Auntie best. Dorang jenis yang up-to-date dengan peristiwa semasa. Bila dorang
berborak dengan Sazli I rasa kecik-kecik-kecik sebab macam taktau apapa je.
Eliss pon kena bahan dengan Mak dia sendiri sebab main cakap je. Fact tadek.
Padan muka dia. Baru nak impress Abang Yut dengan Sazli la konon sekali kena dengan Mak dia
terus jalan seret kaki. Comel sangat.
Daddy Eliss. Hensem macam Bapak.
Eliss kalau I kutuk dia kecik kan? Nanti dia cakap, 'I dulu stewardess ok?' Yerlaaaaaa. Haha.
Shein and Umar jumpa je dah berlanggar. Dua-dua nanges. Lepas tu diam time tengok Ipad je. Yang lain tak. Tak berapa nak berkawan sangat. Umar nak kawan, Shein la poyo eksyen skek.
Si Umar ngendeng-ngendeng pon Shein buat dek je. Eksyen. Haha.
Tak sempat snap gambar Eliss and Abg Yut dekat rumah Eliss. Ni time lain. Kira aci la eh?
Auntie kata,
nanti anytime nak makan Grilled chicken ke apa, bagitau Eliss. Nanti dorang
masak. I datang makan je. Bestnyaaaaaaaaa. Biasa la dah nama pon Suraya.
Pancing je la dengan makanan sedap-sedap, dia mesti happy. Hahha. Untuk Uncle,
Auntie, Kaklong, Eliss and family, thank you for having us. Bagi makan
sedap-sedap, tapaukan pulak tu brownies bawak balik. Kata Uncle nanti kalau
buah dukong banyak, dorang call. Kiter boleh lawan panjat pokok. Tapi kena
bagitau awal-awal la. Sebab kalau datang pakai lawa-lawa tadek maknanya nak
panjat pokok dah kan?
Your home
Eliss, remind me of rumah GF I. Laman belakang yang luas. I baru sedar, I am a
traditional girl at heart walaupon makanan kegemaran nak sushi je sebab bila
tengok pokok, tanah, cacing terus adrenalin rush. Nanti kiter main
khemah-khemah blakang rumah U ok? Walaupon kata Eliss biasanya kalau
khemah-khemah pukul 10 semua masuk rumah sebab tak tahan nyamuk tapi takpe. I
jenis adventure. U jangan risau ok? Kiter tampal mosquito patch banyak-banyak.
-EnD-
4 comments:
Wah seronok beraya. Jumpa saudara mara dan sahabat handai macam ini.
kasu ... buah asam gelugur tu pun byk kat pekan ahad kampung iteee !!! best kan buah buah kampunggg nyumsss ... nak tggu buah kepayang nye musim ... sedapppp
pokok manggis depan rumah : seronok lagi2 makan semua sedap. haha
eda : kalau dpt buah kepayang tu, bak meh sini pos kat kaksu
Post a Comment