Tuesday, August 19, 2014

Johor Trip - Part II

…Ok Sambung yang Johor Part I tadi.

Dulu, kalau balik Serom 8, kiter akan lalu Bukit Gambir. Lalu kampong-kampung. But now lepas ada highway jadik lain pulak. Tetiba jadik kampong arwah ayah tepi jalan je. Kata Mak, pening kepala dia menoleh ke kanan nak carik rumah. Takot terlepas. Tu kalau I pergi sendiri memang dah sesat barat la kot?

Sampai je sana, Maklong terus hidang makan. Gambar I tak sempat nak snap. Ada lauk serunding ayam. Ni first time I makan. Ayam goreng besar-besar tapi ada serunding kelapa. Ada gulai daging campur terung lepas tu dorang buat dua hidang. Bekas lauk besar-besar macam nak pakal 23 juta orang. Kalau  orang Jawa memang macam ni. Dia kalau bagi makan memang banyak.

Memula Sarap, lepas tu mentong, lepas tu lunch, lepas tu mentong, lepas tu dinner, lepas tu mentong. Sapa orang jawa tau la apa mentong tu. Bila sampai je kat sini automatic slang bahasa melayu I dah jadik Jawa jugak. Jadik sebutan dia pekat. And tetiba cakap ada ‘kok tak makan lagi?’ Gitu. Class kau Jah! Cakap Jawa pon tak pandai lagi nak melayu slang jawa. Haha. Tapi sebenarnya it’s on our blood. Dah kalau lidah Jawa tu, sebutan dia kadang-kadang mesti nak bunyi Jawa jugak.

I takat Iwak (Ikan), Adem (Sejuk), Mangan/Madang (Makan), Kangen (Rindu), Iso Ngomong Jowo, Jengene Sopo, Kabare waras kontole keras I tau la. Very basic Jawa. Yang lain tak tau. Macam Kaklong dia terror cakap Jawa. Mak pulak taknak cakap Jawa. Eksyen sebab kata dia, dia bukan orang Jawa tapi dia paham bahasa Jawa. Dia nak eksyen-eksyen macam tu, dia sedar tak laki dia tu Jawa jugak sebenarnya? Mak takyah nak poyo sangat double stendet dengan orang jawa eh? Malam ni tido luar. Haha.

Shein kemain happy kat rumah Maklong. Seronok dia pusing-pusing main dengan cucu-cucu Maklong. Ada sorang ni nama dia Imaan. Umur dua tahun. Perempuan. Mata dia besar macam mata puss-in-boots. I tak sempat jugak nak snap gambar dia. Masa dia main-main entah macam mana terlanggar pinggan nasik. Tau la budak-budak kan? Dorang jenis main jalan je. Mana nak sedar terlanggar apa-apa. Kata Maklong, ‘Ko ni Imaan, mata je besar. Tapi tak nampak. Mata tu buat perhiasan je’. Hahahaha. Sian imaan kena marah.

Dari Serom 8, kiter gerak ke Felda Kemelah, Segamat. Time ni I dah selamat tido dengan Shein. Sazli la bulat-bulat mata tahan ngantuk. Habes semua coco crunch bekal Shein dia makan. Dah la jauh. Tau la kan? Cuaca petang-petang macam tu, nak pulak lepas makan memang best kalau tido. Masa I jaga, dah nak masuk simpang ke Kemelah dah. Rumah kat sini besar-besar. Lawa-lawa. Macam banglow dekat KL je. Impressed I.

Sampai je kat sana, terus serbu pokok mata kucing. I pon  terus tukar uniform. Seronok sangat petik buah mata kucing. Sebab pokok dia rendang-rendang. Kata Kak Bonot, memang rezeki kitorang la sebab baru harini dorang start tuai buah mata kucing ni. EH. Tuai ke perkataan yang sesuai? Ke petik buah? Shein pon I bagi chance dia main pasir. Sampai habes pasir atas kepala. Belasah la Shein. Janji ko bahagia.


Perrrgh jakun. Terus junjung buah mata kucing atas kepala. Ko ada?


Melayut-layut sampai kebawah buah dia. Tu pon banyak dah tobek sebab yang rendah-rendah Shein banyak tarik. Tarik pastu buang. Bukan makan pon. Dia tak pandai lagi.


Ye ye jer Shein. Tu atas kepala tu penuh dengan pasir halus. Dia buat macam shampoo. Ambik pasir, letak atas kepala. Ketiak masa ni memang machammmm!!


Kaklong ni orang cakap gambar candid, dia pergi pose cantik pulak.


Jangan tertipu dengan Shein tu. Sebenarnya dia bukan sebok dengan buah, tapi dengan pasir. Dia kutip semua pasir+batu+tanah pastu tabur macam nak bagi ayam makan. 



From left. Sazli, BIL Abg Halim, Aiman anak De, Abang Cak, Kaklong, De dukong Amsyar, Sasha, Anak Yuyu (Tak ingat nama), Kak Mariah, Kak Kedil and Kak Bonot (Kembar seiras) GF, Mak Ngah Yam and Pak Ngah Ju. Depan Abang Long and Kaseh. Tiada dalam gambar I la sebab tukang amek gambar. Tu yang depan tu plastik buah mata kucing sapa? 


Kitorang bahagi-bahagi buah. Pastu kata Kak Kedil, korang amek buah ni semua nanti tinggal dekat aye (saya) bakul aje. Haha. I suka la slang orang Johor bercakap. Dia macam berlagu-lagu. Best!


Udah-udah la


Shein bizi je all the time. Lepa orang tak pandang, dia makan la pasir tu.


Kaklong please muka ko tu. Haha.


Abang Rahim, Kak Mariah, Mak and Mak Ngah Yam. Haaaa dah ingat nama anak Yuyu. Syamir kan? Tu cucu Kak Mariah.

Kat sana pon makan lagi sekali. Dorang masak semur ayam, gulai daging + terung, kangkung goreng belacan, sambal air mata, and I request telur mata goyang. Mengada. Lauk dah banyak pon nak telur mata jugak. Sazli take a nap sebelum kitorang balik ke KL semula petang tu around 7.15pm. Lepas mandi semua, baru la gerak balik.

Otw balik, kena lagi masuk pekan keluar pekan. Sazli dah saspen sebab kata dia, seram la nak lalu Gunung ledang balik. Tapi Waze Abang Long ajar kitorang masuk hiway dekat Pagoh selepas Tangkak kalau dari KL. Lega rasa bila nampak highway. Dah la gelap. I imagine, kata la kiter semua terperangkap dalam jalan yang macam ni sampai 4 jam acane?

Shein pulak tetiba berak. Dah satu hal. Dah la kat luar gelap. Bila pandang je luar, ada  jirat cina. Kata Mak, singgah je la kat mana-mana kedai makan. Tapi Kaklong taknak. Kata dia entah ye kedai makan? Kot tetiba mee tukar jadik cacing ke. Bongok la memasing. Mulut semua celupar dah dalam-dalam hutan ni. I pon sebetulnya ada la rasa takot. Tapi kalau I takot, Sazli pon takot. Sapa nak bawak kereta? Shein?

Shein pun time ni laaaaaaaaaaaa yang dia nak berak pon. Dia dah geli bontot dia ada taik, so meragam la. Tapi kitorang tawakkal berenti je kat kedai makan tepi jalan tak jauh dari area Bukit Kepong tu.

Bila masuk je hiway baru la rasa boleh bernapas. Legaaaaaaaaa sangat. Kitorang singgah kat Ayer Keroh untuk jumpa Kakyang and dinner. Sampai rumah dekat midnight jugak. Penat tapi rasa happy. Penat badan berbaloi sebab rumah bersih. Cadar pon dah tukar and selimut pon dah wangi. So malam tu kiter semua tido senyum je.


Kakyang

So sekianlah sahaja entry Trip to Johor. Yayyyyyyyyyyyyyyyyy!!! Kepada yang invite Open House Sabtu tu, mintak maaf tak dapat nak datang ok? Lain kali jangan la serik untuk invite lagi. Tenkiu Papa Bubu untuk pemanduan yang selamat. Thank U Shein sebab tak banyak hal sangat except for berak tengah-tengah hutan. Pastu kannnn??? Masa kat kedai makan yang kitorang singgah nak cuci berak Shein tu kan? Mulut dia boleh tahan, ‘Dirty dirty dirty’. I nak tekup je mulut dia. Dah la ada orang tengah cuci pinggan. Ko tu dah la tumpang toilet orang lagi nak banyak komplen. Pffft!

-EnD-

1 comment:

. said...

Kenapalah lambat terjumpa blog se best nie.. Caralah.