Friday, August 29, 2014

Pojek A Dan Handphone Gone Kaput!

Assalamualaikum.

So seperti yang dijanjikan semalam, I kata nak update pasal makeup by Ayang Kamell tu kan? But before that I ada pengaduan. Now I tak boleh dihubungi by whatsApp sebab handphone gone kaput. Nyampah. So semua social network I tak boleh guna and whatsApp as well. Apapa sms je. Kiter kembali ke zaman batu la kekdahnya. Sian sangat I. Sekarang dah sama level dengan GF I la. Sms. Waarrghh hahahaha. Tp Mak pun up skek sebab henpon dia ada camera. I punya tadek. Ni stock buat baling anjing pon takkan menyesal punyalah!

Sebab I guna handphone Samsung yang very basic tadek camera apapa semua tu so application yang boleh digunakan sekadar call and sms sahaja. Kalau Shein kesian, dia bagi la I pinjam iPad so boleh la on wifi and bukak email FB Instagram semua but most of the time dia tak kesiankan I sebab dia lagi becinta dengan Upin & Ipin so well, mengadap la henpon kesian ni sementara waktu. Tunggu la kot ada sesiapa yang berkenaan kesian and hadiahkan S5 ke kan? Ehem ehem. Any information yang guna email or whatsApp memang takkan sampai pada I. Apapa, call me ok? (Macamkan ada ramai sangat orang nak carik dia kan?)

Back to our topic, yang I tangkap gambar mekap lawa-lawa ni untuk projek yang I namakan sebagai ‘Projelk A’. Sebab dia ialah projek rahsia so I cuma akan reveal when the time is come ok? Takyah la kata I retis ke, model ke apa. Muntah ok? Geli bulu ketiak I.  Tanpa membuang masa, jom check out gambar jer la. Ni je pon yang ada. I copy dekat Instagram. Gambar lain kan dalam handphone and tak sempat nak transfer so redha. Malas nak sedih ke apa. Menyesal pon tiada gunanya lagi. Huwwwaaaaaaaaa. nak Uweeeeeet!! **Tetiba

So this is a person behind the scene. Cecece. Macamkan nak buat filem bagai.



Miamor. My Syira. Dah ko kenapa muka yang sama macam aku ni Syira?


 Yang ni talented photographer muhammadzameer
First time bekerjasama masa birthday Zaff husband Poja. And now this project plak. Dia dah popular sekarang semenjak amek gambar ramai celebrity macam Atita Haris, Fynn Jamal, Nana Mahazan and ramai lagi. Semoga murah rezeki Zameer! Hasil kerja Zameer pon memang puas hati. Nanti I dapat copy dari dia, I akan share dengan korang eh?


Siapa lagi kalau bukan Ayangkamell for my superbly gorgeous make-up. Mekap je yang gorjes. Bukan I. Kiter ni muka ala kadar, nak bagi cantik tu kena la usaha lebih and tadah muka dekat MUA talented macam Ayang ni.


Yang mekap De and Syira pulak AidaGlam2 yang amek gambar sebelah De tu. Lawa kan dia mekap? Kak Aida pon boleh style kan tudung. Belit sana belit sini terus jadik Hijabster. Sedang elok la ada tolong style kan tudung sebab I cuma pandai pakai satu pesen jer.

Korang kalau ada any projeck kawen ker, main mekap-mekap ker, nak amek gambar kat studio ker, boleh la kontek 3 3 orang kat atas ni. Macam Zameer dia ada studio dia sendiri kat Shah Alam. So lagi senang kalau nak shot indoor. Outdoor pon dia boleh buat jugak. Untuk Ayang, Zameer & Kak Aida semoga sentiasa dilimpahi rezeki yang banyak sebab mereka ialah manusia yang sangat senang nak bekerjasama, punctual, tak kedekut ilmu dan jugak baik hati sangat. So memang tadek drama skit hati ke apa.

So korang bertiga, nak uweeeeeet!!! Hahahahahah

-EnD-

No comments: