Showing posts with label Media. Show all posts
Showing posts with label Media. Show all posts

Friday, August 29, 2014

Pojek A Dan Handphone Gone Kaput!

Assalamualaikum.

So seperti yang dijanjikan semalam, I kata nak update pasal makeup by Ayang Kamell tu kan? But before that I ada pengaduan. Now I tak boleh dihubungi by whatsApp sebab handphone gone kaput. Nyampah. So semua social network I tak boleh guna and whatsApp as well. Apapa sms je. Kiter kembali ke zaman batu la kekdahnya. Sian sangat I. Sekarang dah sama level dengan GF I la. Sms. Waarrghh hahahaha. Tp Mak pun up skek sebab henpon dia ada camera. I punya tadek. Ni stock buat baling anjing pon takkan menyesal punyalah!

Sebab I guna handphone Samsung yang very basic tadek camera apapa semua tu so application yang boleh digunakan sekadar call and sms sahaja. Kalau Shein kesian, dia bagi la I pinjam iPad so boleh la on wifi and bukak email FB Instagram semua but most of the time dia tak kesiankan I sebab dia lagi becinta dengan Upin & Ipin so well, mengadap la henpon kesian ni sementara waktu. Tunggu la kot ada sesiapa yang berkenaan kesian and hadiahkan S5 ke kan? Ehem ehem. Any information yang guna email or whatsApp memang takkan sampai pada I. Apapa, call me ok? (Macamkan ada ramai sangat orang nak carik dia kan?)

Back to our topic, yang I tangkap gambar mekap lawa-lawa ni untuk projek yang I namakan sebagai ‘Projelk A’. Sebab dia ialah projek rahsia so I cuma akan reveal when the time is come ok? Takyah la kata I retis ke, model ke apa. Muntah ok? Geli bulu ketiak I.  Tanpa membuang masa, jom check out gambar jer la. Ni je pon yang ada. I copy dekat Instagram. Gambar lain kan dalam handphone and tak sempat nak transfer so redha. Malas nak sedih ke apa. Menyesal pon tiada gunanya lagi. Huwwwaaaaaaaaa. nak Uweeeeeet!! **Tetiba

So this is a person behind the scene. Cecece. Macamkan nak buat filem bagai.



Miamor. My Syira. Dah ko kenapa muka yang sama macam aku ni Syira?


 Yang ni talented photographer muhammadzameer
First time bekerjasama masa birthday Zaff husband Poja. And now this project plak. Dia dah popular sekarang semenjak amek gambar ramai celebrity macam Atita Haris, Fynn Jamal, Nana Mahazan and ramai lagi. Semoga murah rezeki Zameer! Hasil kerja Zameer pon memang puas hati. Nanti I dapat copy dari dia, I akan share dengan korang eh?


Siapa lagi kalau bukan Ayangkamell for my superbly gorgeous make-up. Mekap je yang gorjes. Bukan I. Kiter ni muka ala kadar, nak bagi cantik tu kena la usaha lebih and tadah muka dekat MUA talented macam Ayang ni.


Yang mekap De and Syira pulak AidaGlam2 yang amek gambar sebelah De tu. Lawa kan dia mekap? Kak Aida pon boleh style kan tudung. Belit sana belit sini terus jadik Hijabster. Sedang elok la ada tolong style kan tudung sebab I cuma pandai pakai satu pesen jer.

Korang kalau ada any projeck kawen ker, main mekap-mekap ker, nak amek gambar kat studio ker, boleh la kontek 3 3 orang kat atas ni. Macam Zameer dia ada studio dia sendiri kat Shah Alam. So lagi senang kalau nak shot indoor. Outdoor pon dia boleh buat jugak. Untuk Ayang, Zameer & Kak Aida semoga sentiasa dilimpahi rezeki yang banyak sebab mereka ialah manusia yang sangat senang nak bekerjasama, punctual, tak kedekut ilmu dan jugak baik hati sangat. So memang tadek drama skit hati ke apa.

So korang bertiga, nak uweeeeeet!!! Hahahahahah

-EnD-

Thursday, August 28, 2014

Make Up by Ayang Kamell

Assalamualaikum.

Oh well, tak perlu diperkenalkan lagi Make-Up artis terkenal Malaysia, Ayang Kamell. Dia ni macam Godmother eh tak Godfather kepada perempuan-perempuan tembam yang nak tampil muka runcing dihari bahagia. Cakap je dekat dia, ‘Ayang, muka I makesure kurus ok?’ Terus dia boleh buat muka kiter nampak kurus. Tak caya tengok gambar ni.


Mana daging lebih kat pipi, mana? Lawa kan dia mekap? Mata tu paling dramatik and I love the most!


Tu yang daging lebih-lebih kat pipi I semua dia sorok mana entah. I really rekemen Ayang untuk any majlis pun. Kawen, nikah, bertunang hatta dinner sekalipon. Harga dia boleh bawak bincang jangan risau. Tadek la cekik darah sampai mekap dinner pon RM600 kan? Ataupon kalau korang segan nak deal dengan Ayang just contact I (U know how to contact me kan? Email FB segala) and bagitau I detail nanti I cakapkan pada Ayang. Dia kalau I cakap, dia takot skek.  Poyo je. Siap komen kata takot nak mekap I la apa la kat FB. Padahal artis lain melambak dia mekap. Saja nak bagi I perasan Diva la tu.

Nanti I update gambar lain yang Ayang mekapkan I ok? Mmmuah!

-EnD-

Friday, January 3, 2014

Chooyaya Secret Garden Featured In Harian Metro (Ini Semua Poyo!)

 Assalamualaikum.

I baru je balik dari bawak Shein pergi Hospistal. He’s doing well. Aritu yang dia admitted sebab Acute Bronchitis tu kan, so arini kena bawak dia jumpa Dr. Adrian lagi for review and just to make sure everything is ok and Shein amek MMR untuk setahun tu. Alhamdulillah semua pon ok. Sheinnnnn nak uwet! Ko jangan nak demam ke apa dah. I pon saspen je ni.

Kata Dr. Adrian, percentage untuk demam after ambik MMR is only 2-3%. Very low. Don’t trust 100% apa yang U baca dekat internet pasal keburukan MMR. Tanya dia dulu if confuse apapa.  Yerlaaaaaaaaaaaa. Garang pulak.. Hopefully Shein kuat la skek eh? Mama dah naik segan dah nak berulang klinik sampai nurses Dr. Adrian cakap I ada share dekat situ. Siot. Haha.

Shein sekarang aktif nak mampos, maklumlah member baru dapat kaki memang tak arrr nak duduk diam. Memang kerjanya nak kena tangkap dia je. Macamkan kiter ni tak payah nak buat kerja lain selain dari mengekor dia kehulu kehilir. Dia bejalan rempuh je semua kerusi pintu meja semuaaaaaaaa la. Tadek eh nak brek-brek. I pon dah beli dah menda yang lekat kat bucu meja almari semua tu sebab takot kena kepala Sheindong. Dengan I belikan dia guard dekat lutut tu sebab asyik la jatuh. Jalan dah macam ongmabok.

Lagi satu. Kikiki. Harini I masuk dalam Metro pasal blog ni ha. Segan pulak nak cerita. Sapa yang cakap I poyo, I ngaku jer. Memang aku Poyo! Hahahahaha. Bongok.  Dalam article tu ada tulis pasal I ada kawan Pakar Nutrisi. Padahal Dr. A tu Pediatrician, tapi takper la. Janji ada kena sikit-sikit. Haha. Kang komplen banyak-banyak ada yang makan penampar dengan Kak Aida.

Anyway untuk anda semua. Selamat menyambut Tahun Baru 2014! Semoga semua impian dan cita-cita anda semua tercapai. Biar semua orang happy. Biar semua orang bahagia and sihat-sihat sahaja. Apapa pon yang anda tempuhi kena ingat, semua ni Allah dah aturkan. Baik buruk, mesti Dia actually ada plan yang paling bagus untuk semua orang.

Untuk I pulak. Semoga boleh jadik Pembaca Berita soon. Hahahahahhahah.

HAPPY NEW YEAR U’OLLS!

-eNd-

 Cecece

Kawad Shein, Kawad!

 Kata Ira, Bulu Mata Rozita Che Wan. Haha. Tak macho la Shein, bulu mata panjang.

Wednesday, April 28, 2010

Cara Memekap Muka Tembam Lagi Kering

Ok, hari ni I nak ajar U all semua cara-cara nak mekap muka kalau muka U all gemuk. Lepas tu dah la bulat, kulit kering, dahi berkilat, tembam pulak tu. Ishk.. Sampai sekarang I tak boleh terima I jatuh dalam kategori muka bulat. Dari dulu I selalu bajet muka I jenis bujur sirih. Haha. I memang tak sedar diri. Biarla.. Nenenenene.

Sebelum itu mari saksikan dulu muka tembam ni dalam Majalah Rapi keluaran 1 April 2010. Eh eh. Tetiba I malu. Ok. Bye.

Make Up artis tanya, biasa kat office pakai mekap kaler apa? I cakap I memang biasa mekap buat smokey eyes, pastu pakai lipstik maroon gelap dengan blusher kaler biru. Pastu dia tak layan, terus mekap muka I guna kaler oren.

Dah.. sekarang mari saksikan bagaimana nak mekap kalau muka sama spesis dengan I. Muka tembam tau? Ingat???? Tipu tipu...!!! I belum 29 tahun tau? Ni mesti sengaja nak kasik I nampak tua la ni. Ala-ala, macam mana nak mekap kalau umur kau dah tua tembam. Kan? Nampak tak tetiba ada jerawat seketul betul-betul tengah dahi. Hebat sangat dia tau? Tau jerk I nak main mekap-mekap, terus keluar dekat situ. Terima kasih jerawat!

Nah. Baca sendiri.


Hasilnya...!!! Haha. Kesian I senyum macam kerang retard. Miahahaha


Sekian. Korang jangan gelak-gelak tau? I tau kalo ada orang gelakkan I dari jauh tau? Kesian I, dah la muka tembam, rambut buat pulak ala-ala Mek Saidah salam pantai timur. Mek Saidah pun dah kurus, sekarang I taktau nak geng dengan siapa lagi. Tsssk Tsssk.

-EnD-

Tuesday, April 6, 2010

Behind The Scene....

Ok, sebelum anda semua membaca entry ini dengan lebih lanjut, marilah kiter semua muntah hijau bersama-sama secara berjemaah.. Hehe :D

Marilah semua (Marilah lagi sekali) beramai-ramai mendapatkan Majalah Rapi keluaran 1 April untuk mendapatkan tips macam mana nak mekap muka bulat.

Yerlah yerlah, muka I la yang bulat... Muka I lah yang kering.... Takper...takper...


Ok ok. Tahan napas untuk mendapatkan effect tubuh badan yang tidak terlalu kembang.. Hnsss...Hnsss...


Nanti I masukkan cara nak mekap step by step untuk muka BULAT macam I eh? Esok-esok la tapinya


Telefon hina yang berjasa tetap juga nak enter frame eh?

Sekian laporan untuk kali ini. I dah mabok-mabok dah baru siap lipat kain setinggi Gunung Kinabalu baru kejap tadi. Bila tengah lipat kain selalu berangan-rangan dengan diri sendiri, 'Bibik....!!! Lipat kain....!!!' Hehe. Sian I. Selalu berangan main bibik-bibik dengan diri sendiri.

-EnD-

P/s : Kredit to Ana (Rapi) for the photo. I kidnap dekat FB Rapi.