Monday, September 8, 2014

20 Facts About Me (Part I)


Motip?

Assalamualaikum.

20 Facts About Me. Nak jugaaaaaaaaaaaaaaak. Macamkan artis popular. Tapi. Kesah pulak kan?? Jangan banyak cakap, baca je.



1. I lebih suka bawak kereta manual dari automatic. Terus rasa macam superwoman and riak sikit-sikit sebab tau bawak kereta manual bila most of wanita tak pandai langsung bawak manual car. So I berasa bangga.

2. I boleh bawak motor ada clutch as well. I kan ongkampung lahir kat Felda? Kat sana budak darjah enam pon dah start bawak motor pergi sekolah. Masuk longkang semua dah. Jatuh motor tadek. Tapi tercicir masa jadik penumpang ada. Dengan bawak mangkok tingkat, pakai kain batik (sebab nak cool ikut trend masa tu kakak-kakak senior ronda naik motor pakai kain batik PADAHAL tak pandai pakai pon) Molek jatuh tergolek depan rumah Punk. One of Abang senior paling hensem masa sekolah menengah dulu. Nama Hasni panggil nak Punk aje. Aku pon tak paham kenapa. So imagine eh? Kain batik + mangkok tingkat + tercicir = Perrrghhh. Kalau ingat balik rasa bangang giler. Patut buat-buat pengsan je untuk cover malu.

3. Ok. I pernah tercicir and I pernah buat orang tercicir. ERNI. Hahaha. Sian Erni jatuh tercicir bebetul depan Balai Polis and tak jauh dari tempat Abang-Abang senior lepak kat bus stand. Erni masuk dalam semak sebab kain dia dah masuk dalam rantai motor. So dah separuh bogel. Pastu instead of tolong Erni, I ketawa tak berenti sebab kelakar muka dia dah banyak calar kena lalang. Couldn’t help it. Sebab rasa kelakar giler. Tu la. Lain kali bawak motor, focus! Ni tangan bersepah nak pegang rambut la apa la sebab nak kontrol cantik, bila pulas minyak tu yang jadik tercicir tu. Haha.

4. Masa dengan Sazli dulu, kiter kawan lepas tu tadek declare or propose or apapa keluar ayat romentik tahap muntah hijau ‘Tuhan Jaga Dia Untukku’ time memasing demam ke apa. Tadek. Tau-tau bawak jumpa Mak Ayah lepas tu decide nak kawen. Dah. So drama-drama terjun kereta, merajuk hantar bunga semua tu tadek. Becinta sakan pon tadek. Sendiri paham. Sebab tu kiter memasing tadek rasa insecure cek henpon jeles-meles sampai sekarang. Tadek. Semua base on trust.

5. Nama Shein tu, Sazli yang dapat. Iskandar tu I suka. I suka nama Iskandar sebelum akil baligh lagi. Taktau pon macam mana woman get pregnant lagi time tu but dah tau nama anak nanti mesti ada Iskandar. Gatal sangat.

6. I suka masak. Tapi tak suka kemas. Tapi sebab tadek pilihan and tadek orang nak kemas, maka kena jugak masak and kena kemas. I buat kerja cepat giler. If tadek gangguan, I boleh masak nasik lemak complete dengan telur, ayam goreng, nasik, ulam timun and siap hidang less than sejam. I jenis buat kerja cepat. Macam lipas kudung. Zup zap zup zap setel.

7. I susah nak minum. Minum bila terpaksa. Kalau makan tadek air, tadek masalah. Kekadang I perasan I minum less than 3 glass air sehari. Patut tu sembelit. Cara nak bagi minum air banyak, kena buat infuse water and letak betul-betul depan mata. Then baru la I minum sebab air tu dah lawa. Kalau tak, jangan harap nak minum. 

Dah berapa dah? Whatttttt?? Baru 7?? Sambung esok boleh? Kbye. Haha.


-EnD-

20 comments:

Fara Dilot said...

pergh gile aku sanggop baca..peminat setia ke ape... haha.. kak su.. nak buat competition giveaway tiket flight ke ape ni..

green apple said...

Ya Allah.. Aku kena tag buat ni kat FB tak buat2. rasa mcm dah penah buat dulu2 kat blog. rasa2 mls nak update blog nnt aku keluarkan balik archive. senang keje aku.

Jan@Afzan said...

hahaha...baru 7 su.. lagi2x...artis sgt ek

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue
To get more u should ask yr housemate n officemate ;)

Haris Zuhaina said...

Sue, tambah lagi:
suka makan especially pedaih :P

yatiyahya said...

8. masak nasi goreng kg paling sedap!!!
9. dolu pakai baju saloma bawak pokok bunga sambil jeling kat aku....
10.ada leher kluk2

doll said...

kelakar laa sue nie :) mmg anak bongsu jenis ceria2..kebykan entries mmg selalu menghiburkan hati kita..kadang2 entry sue yg emo pun boleh jadik geli hati jugak..haha..heran nape sue x termasuk dlm bloggerati nuffnang tu..sue rajin blog hari2..tgk kat bloggerati tu ada yg entry setaun sekali ponn...

Mimy Hamid said...

whattttttttttttttttt ...hahaha 7 je pfft...oit sambung la....kekkeeke...sue nak buat sue..tag nama aku sue..heheheh sila sebut nama aku tau...wakakkaka...peleaseeeeeeeeee mama shien yang cantik ..nk uwet tak

ieda iedana said...

part kain terselit kat tayar motor ieda pun penah kenan kaksu.
rasa nak nangis sebab pakai kain kurung. so, getah dia cengkam pinggang kuat gile..

ni kes bukan rider yang control cun, tapi kite yang nak kontrol.. kahkahkah...

eda said...

hahahahahha senegttt !!!
neh la 20 facts about me paling best di abad ini .. !!!

"blanja kat cafe ttdi baru bukak kasu"

Chooyaya! said...

fara dilot : hahahahha u suka i kan? lekas mengakuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Chooyaya! said...

green apple : apa laghi????? buat la nowwwwww. ko lagi la nanti habes keluar cerita jadik mak andam zaman sekolah rendah.

Chooyaya! said...

Jan@Afzan : tak tido malam la tu nak tunggu kiter smbg jadik 20. kan?

Chooyaya! said...

yatiyahya : bab leher kluk kluk i dah masukkan. yg jeling masa pakai baju saloma tu, kiter nak deny ada jeling awak. bak duit.

Chooyaya! said...

doll : pergi email kt nuffnang sekarang suruh dia amek su pulak. hahaha.

Chooyaya! said...

mimy hamid : sudah l ko. smpi sekarang tadek buat jugak. pemalas la tu.

Chooyaya! said...

mimy hamid : sudah l ko. smpi sekarang tadek buat jugak. pemalas la tu.

Chooyaya! said...

ieda iedana : apa sangat la jerut getah kat perut dari terus half naked kan? hahahah. yg tu lagi legend.

Chooyaya! said...

eda : ko bila nak jmpa kaksu sebenarnya?

wan aziz said...

tak pakai seluar dalam kan pakai kain batik biasa la tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...