Tuesday, September 9, 2014

20 Facts About Me (Part II)

Assalamualaikum.

20 Facts About Me semalam dapat 7 je. So Today kena continue lagi 13 la kan? Baru 7 dah 23juta bangang I dapat. Haha. redha. Ok sambung!

8. Adik beradik I semuaaa perempuan. Kaklong Suzalina, Arwah Kak Ngah Suhani, De Suhaida and I, Suraya (Kalau taktau memang carik pasal). Selalu dulu I cakap pada Mak, ‘Pesal bagi nama Suraya? Tak popular langsung. Nama pendek. Bagi la Suraya Rose ke, Suraya Elina ke Nurul Suraya ke. Tambah la apapa kat depan atau blakang. Kata Mak, ‘Tu ada lagu Suraya tu. Popular apa?’ Melawan Mak. Melawan.

9. Dulu kaaaaan? Masa sekolah rendah I pergi sekolah agama. Sekolah agama pulak belakang rumah je. Stressed giler. Especially time berzanji. I dulu selalu la jadik solo macamkan suara sedap sangat. Dengan Lily. So kiter selalu la ada group nasyid lawan dengan Sekolah Agama Peringkat Satu sana. (Sekolah Agama ada dua buah). Bila berzanji kan ada, ‘Al-jannatuwanai muhaaaaaa syakdullimannn yosolli….’ Macam tu. So nanti ramai-ramai sambut Alllah…. Kan? I stressed sampai nanges-nanges sebab Emak dekat rumah sambut Allahhhhhhhhhhhhhhhhhh. Dia nganjeng I. Sebab lepas tu dia ketawa kuat-kuat annoying giler. Dengar sampai dekat sekolah. Terus morale down.

10. Oh. Ni Yati suruh bagitau. I ada dua dagu. Sebab berlapis. Sebab gemok la kan? Apa lagi. Biasa kalau Yatie raba-raba dagu I, nanti I akan cakap, ‘kluk kluk kluk’. Nak tiru Ayam Belanda. Bodoh nih!

11. I manja.. I tak kata I manja. Tapi orang cakap. I biasa rasa I garang and kepala hangen. Dulu, masa Arwah Ayah ada lagi, sampai la dah besar panjang I still mintak dukong dengan dia. Pastu Mak dengki. Nanti dia cakap, ‘Eee tak malu ke dah besar-besar dukong macam tu.  Tetek kena dekat blakang Ayah’. Saiko kan? Terus I sandal dengan dua tangan. Biasa pelok leher Ayah. Haha.

12. I garang. Tak caya tanya Intan. Dia biasa kena marah. I pantang kalau orang potong queue. Dulu masa confidence level still low, kalau ada orang potong queue I diam je. Nanges dalam hati and menyentan-nyentan la paling kuat but now, I sound je. ‘Boleh queue tak? Orang lain pon beratur jugak’. Tapi dalam pada konon hebat sangat tu, tewas jugak dalam kes apam balik. Baca dekat sini. Haha

13. Punctual. Paling pantanggggggggggggggggggg kalau orang lambat. I dapat ni dari Sazli. So baru je la pon yang punctual. Kah kah kah. Macam kat office ni, siapa yang lambat turun time lunch dekat kereta, good bye. I memang tak tunggu. Tanya Sarah berapa kali dia kena tinggal. Lepas tu memang pedih la telinga dengar I bebel sebab lambat. Dah bebel bebel bebel I diam. Rasa macam kejam sangat pulak. Nak nak pulak bila yang kena bebel tak menjawab.

14. I pernah kena kejar babi masa nak pergi sekolah tambahan time sekolah menengah dulu. Kena kejar dengan babi hutan ok? Lari sungguh-sungguh sebab babi pon lari boleh tahan laju. Tapi masa lari tu teringat Mak penah pesan. Nanti bebila ko kena kejar babi, jangan lari terus, ko kona. Sebab babi dia tak boleh pusing terus, dia tadek leher. Dia kena u-turn. So well, bila kona je, babi lari terus. Hahahaha. Bodoh. Padan muka tak dapat kejar. Nenenene

15. I suka sukan. I play Netball, Volleyball, Futsal. I suka acara balapan. I suka outdoor activities. I suka to get wet. I suka try mainan yang tercabut jantung macam roller coaster, Solero yang dekat Genting tu and kalau ada chance, I nak try bungee jumping. Dulu kiter ada buat family badminton day. Main among family je. Biasa kena pakai pad siap-siap sebab kompem mesti terkencing dalam seluar sebab banyak badut dalam family. Main badminton gaya taknak kalah. Tapi bila dapat bola, jatuh atas kepala. Atas dahi. Pastu bila ambik bola sampai terbaring-baring and kalau dapat point siap hi-5 kuat-kuat. Pastu bisik-bisik konon susun strategi. Bangang giler. Kaklongggg jom la repeat! Dah lama tak main badminton sama-sama.

16. I start pandai kemas rumah alone when I was form 2. Kemas rumah tu ialah sapu habuk dalam rumah, sapu sampah bawah rumah, masak siap and basuh/sidai kain semua setel. Mak masa tu kerja Kilang Air dekat Tongkiat. Arwah Ayah kerja KL. De duduk hostel. So I setel semua alone. Dari darjah 1 Mak bagi tugas sapu sampah dekat bawah rumah. Dah la pokok kuini, rambutan keliling rumah. Time kemarau daun banyak gugur. Bila dah siap kutip sampah, angin bertiup lepas tu daun gugur balik. Nak nanges rasa. Mak pulak pesan, selagi tak siap sapu, jangan naik rumah. Kejam. Haha

17. I lahirkan Shein lahir 12/12/12. And Arwah Ayah meninggal 12/12/2007. So tarikh 12/12 ni I akan ingat sampai bila-bila. Al-fatihah untuk Arwah Ayah.

18. I suka makan pedas. Ni semua orang tau kot? Biasa kalau suruh Kaklong masak apapa, pesan kat dia. Kak, pedas tahap mencret. So kalau dapat buasir bunga jangan banyak komplen. But tu dulu la. Semenjak dah tuwe-tuwe ni, kurang dah makan pedas menggiler. Sebab takot badan tak tahan.

19. I pernah kaler rambut dulu. Kaler sendiri dekat rumah. Pastu tertido and esok paginya baru cuci. Lepas 2 bulan, rambut putus-putus and nampak la tercacak-cacak. Horror giler. Paling best sebab ada orang komen dekat Myspace, ‘Tak pakai conditioner ker?’ Kwahaja. Hahaha. Klik sini. I ada cerita pasal tu.

20. Yayyyyyyyyyyyyyyyyyyy dah number 20! Apa eh lagi nak share? Ooooo dulu masa sekolah I suka la naik pentas. Masuk pertandingan bercerita la. Sampai wakil Pahang ke peringkat Kebangsaan. Langsung tadek ketar ke apa. Tu sebab cita-cita nak jadik Pembaca Berita. Tapi sekarang jangan kata naik pentas, karaoke ramai-ramai pon suara I boleh ketar kekadang. Bodoh giler. Macam mana nak jadik Pembaca Berita macam ni? Cis!

So dah habes 20 facts About Me. I nak tag semuaaaaaaaaaaaaaa orang yang baca blog ni and jangan lupa cakap, ‘Tag from Chooyaya’, and link ke blog I ok? Ni dah kenapa? Giler hit ke apa ni? Kah kah kah. Mimie lekas buat!

P/s: Nak tambah lagi sikit. Sapa yang buat 20 Facts About Me nanti tinggal url kat ruangan komen. Nanti I compile semua and letak dalam satu entry and link. Ok? Sapa-sapa pon boleh buat. OK? 


-EnD-


Ni la gambar yang komen suruh I pakai conditioner tu. Haha. Gambar ni masa I photo shoot untuk Gadis Metro Tahun 2004 kalau tak silap. Gadis Metro what???? Apa la yang I fikir time tu sampai boleh masuk Gadis Metro. Warrrghhh Hahahahahhahahahah 


19 comments:

ieda iedana said...

pehh... garang giler muka kaksu. macam oltromen taro siap nak bertumbuk dengan raksaksa...

ieda iedana said...

pehh... garang giler muka kaksu. macam oltromen taro siap nak bertumbuk dengan raksaksa...

FadlinaMokhtar said...

kahkah legend giler muka masa ni.

FAD

Mimy Hamid said...

baik choyaya....hehehe...tag hits la pasni

Mimy Hamid said...

bahahah rare muka oi gadis metro...oit garanggggggggggggg

eda said...

hohhh selamattt tade blog hahahaha ...

mmg banggang , gelak sorg2 kat opis ...org kata org giler gelak sorg2 pun tak kisah ... sbb cite kene kejar babi hutan kelakor nk mampusss !!!!

Sella Shahbudin said...

hahaha... no.14 kelakar.. hahahaa....

Jan@Afzan said...

Su, awat muka garang no...Gadis metro! Pergh konfident tahap gaban ni...good2x..

Alamak, kena buat ke ni...muahahaha...

Alia said...

HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHA @ tak pakai conditioner?

hjahahahahahahahaha


gambar gempak gila la, rambut mencanak canak!

mush said...

nak jugak buat, hehehhe & this 20 facts about mush

Chooyaya! said...

ieda iedana : haaaa jgn main2 haaaaa. tu baru sikit keluar muka garang tu

Chooyaya! said...

fadlina mokthar : biar legend jgn nightmare. hehe

Chooyaya! said...

mimy hamid : ko tak buat powwwwnnnnnnnnnnnnnnnnn

Chooyaya! said...

eda : ko dengar mmg la kelakar. yg menghadap ni???

Chooyaya! said...

sella shahbudin : hehehehehe. bab kena kejar babi tu eh?

Chooyaya! said...

Jan@Afzan : hehehehe. tu la tu. naseb tak masuk AF. hahaha

Chooyaya! said...

Alia : Ko mampu buat rambut macam tu? hahahahahhaha

Chooyaya! said...

Mush : yayyyy akhirnya mush sorang je yg sahut cabaran. hahaha. tq mush.

luvlylien said...

Su gambar last tu.. mmg win... patutlaaaaa adoihhhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...