Monday, September 8, 2014

Resepi Sambal Air Mata Berdarah

Assalamualaikum.

Masa sebelum balik kampong, on Friday I dah pesan pada GF, ‘Mak, esok Not balik kampung, Mak beli lada kecik sekilo dengan ikan bilis sekilo yang dah siap siang ok? Nak buat sambal besi’. Pastu Mak cakap, ‘Nak buat apa banyak-banyak?’ I cakap nak buat makan laaaaaaaaaaaaaaaa takkan nak buat bisnes grrrrr. Bawang tolong kupas sekali eh Mak? Love U’. Belum sempat dia bagi jawapan, I dah letak phone. Hahaha. Sebab takot dia melawan cakap taknak kupas bawang ke apa baik lekas letak.

So ramai la yang bertanya macam mana nak buat resepi Sambal Besi or I bagi dia nama Sambal Air Mata Berdarah. Mama Rish panggil Sambal Inflasi sebab dia tak guna banyak barang. Macam miskin and kesian sangat kalau bagi nama Sambal Inflasi. Haha.

Resepi dia sangatla kacang mak enon. Ni I punya version ok? Ada yang suka letak belacan, tomato or bahan-bahan lain. Pon boleh jugak I tak marah pong. Ni kira basic dia. If tambah belimbing dah jadik sambal hitam Pahang tu. Senang sangat nak buat and sambal ni pon boleh buat perencah nasik goreng, cicah dengan lempeng and cekodok pon boleh or kalau diet boleh makan dengan roti putih. I dah siap buat 1 Tupperware besar. MUAHAHAHAHHAHAHHA. Puas hati akooo. Hahahahahhahahhaha (Terus giler meroyan).


Sekuali Sambal Air Mata. Perrghh. Jangan mintak sebab memang I takkan bagi punya. I am kedekut liddat!



Nasik + ayam goreng + timun. Perfect! I lagi suka dengan telur goreng lepas tu kuning dia cair. Perrggghhh. Tapi Mak la gorengkan ayam. Tak sampai hati tengok anak makan lauk macam ni. Dia tau tak yang makan macam ni la lagi sedap! E! Marah pulak aku!


SAMBAL AIR MATA
Bahan-bahan 
  1. Bawang kecik - Blender
  2. Bawang putih – Blender
  3. Lada kecik – Blender asing
  4. Ikan bilis
  5. Air asam jawa
  6. Minyak
  7. Sedikit kicap
  8. Gula/garam/cube ayam/ajinomoto (optional)
  9. Bawang besar


Cara Membuatnya
  • Memula panaskan minyak
  • Masukkan bebawang yang diblender sampai la dia garing and naik bau. Ni la petua nak bagi sambal sedap. Kalau merajin la. Kalau pemalas, blend sekali dengan lada kecik pon boleh
  • Lepas tu masukkan la lada kisar. Masak sampai la pecah minyak and nampak lada dah masak
  • Masukkan ikan bilis
  • Pastu masukkan cube ayam, gula, garam, air asam jawa and kicap manis. Kicap tu nak bagi kaler dia gelap je. Jangan letak banyak-banyak sangat
  • Last sekali masukkan bawang besar yang dihiris. Siappppppppppppp and ENJOYYYYYYYYYYYYY


Pergh sexsaited sangat bila bukak peti  ais ada sambal ni. Kepada Sazli, naseb la. Lepas ni hari-hari la U kena makan sambal. I boleh je hidup dengan sambal ni tiap-tip hari. HAHAHAHAHHAHAHAHHAHA. Senang kan? I happy lain macam la. Taktau nak cakap macam mana. I suka sambal ni memang sejak Mak bagi I makan dulu for the first time. Walaupon Mama Rish kata sambal inflasi tapi I tetap suka sambal ni.

Goodbye Japanese Food and Carbonara!


-EnD-

10 comments:

suria tumirun said...
This comment has been removed by the author.
suria tumirun said...

Ok k.sue sdp ye!!!!

Chooyaya! said...

kot yer pon noi, smpi dua kali komen?
hahahaha

Irfa said...

smbl ni feveret kami jugak
mcm2 nama sebenarnya sambal ni
kalau versi mak mentua dipanggil 'sambal lenggong' sempena nama asal kg nenek hsben Lenggong, Perak

kalau versi mymum.. sambal bilis hitam sbb nak bezakan dgn sambal bilis cili kering yg merah tu

Ann said...

masuk2 opis trs bc entry ni...kegilaan kami ni sambal cm gini..

ala..baru nk mtk rasa skitt sambal air tgn kak sue..can r??heheh..

~telan ai liur~

doll said...

kemain lagik gambar nie mmg terasa kepedasan depan pc!

Chooyaya! said...

suria tumirun : buat la... senang je ni. kacang mak enon.

Chooyaya! said...

irfa : ingat kaksu sorang je suka sambal ni rupanya ramai lagi. hehe.

Chooyaya! said...

ann : aaargghhh tadek tadek. kalau nak rasa air tgn kaksu dtg rumah terus. hehe

Chooyaya! said...

doll : jgn jilat pc dah. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...