Tuesday, September 9, 2014

Intan and Beprosone Cream

Assalamualaikum..

Intan kan, tadi dia ajak I teman dia pergi klinik. Sebab dia macam ada eczema since forever. I rasa sejak I kenal dia, dia dah ada eczema. I suka sakat dia kalau dia cakap, ‘Intan ada eczema la Kaksu, kena jumpa doktor. Tangan Intan dah pedih ni’. Pastu I akan cakap, ‘Kurap eh?’ Nanti dia mesti marah I. Kata dia, ‘Bukan kurapppppp’. Hahahha.

Intan guna ubat ni nama Beprosone. Dah lama dia guna ubat ni sampai la bila dia sapu ubat ni, dah tak bagi apapa kesan pada dia. I ingat dulu Kaklong pon ada eczema. Dia guna krim menda entah tapi kandungan steroid memang tinggi sampai doktor kata dia kena buat detox treatment ke apa entah untuk buang steroid dalam badan dia. So… I ajar Intan. Nanti kalau jumpa doktor cakap macam ni, ‘Doktor, saya rasa saya dah immune dengan Beprosone sebab bila saya pakai dah takde kesan. Saya nak mintak Doktor buat refer letter untuk saya jumpa Specialist. Saya sakit macam ni dah 3 tahun doktor’.


Beprosone Cream


Amboi ramping habes


Nak mengajar dia request nak jumpa Specialist tu pon puas I kena berlakon. Dia jadik patient, I jadik doktor. Asyik cuttttttttttttttt aje. Hahaha. Sudahnya doktor tu tak bagi jugak dia refer letter. Instead Intan kena cucuk kat bontot. Nanti lepas seminggu, if ubat makan and ubat sapu yang dia bagi tu tak jalan, then baru dia bagi surat refer pada specialist. I suruh dia jumpa doktor kat Gleneagles tapi dia taknak sebab kata dia takot mahal. Kedekut. Bila suruh jumpa pakar dekat Ampang Puteri taknak jugak sebab Doktor Melayu. Kata dia segan. Nak doktor Cina yang hensem. Pastu puas pulak nak Google ‘Handsome dermatologist in KL’. Hahaha. Bangang.

Masuk je office, Intan mengadu kat Ira, ‘Ira, akak sakit bontot. Kena cucuk’. Pastu Ira tanya kenapa kena cucuk, pastu I jawab, ‘Sebab dia degil’. Hahha. Terus dapat bangang. Itu balasan pada Intan sebab tadi masa I tanya dia pasal air Anugerah. ‘Mana eh dorang belajar ayat-ayat quran untuk air Anugerah tu?’ Pastu Intan jawab, ‘Pendekar Mustar’. Bangang giler! Hahahahah. Dari belajar dengan Pendekar Mustar, baik belajar dengan Intan je.

So, sesapa yang nak tolong Intan, boleh tolong dia suggest doktor mana yang bagus. Pakar kulit tau? Selain dari yang Klinik Sachdev dekat Jalan Masjid India tu. Yang tu opis kitorang tak cover. Pesan Intan, kalau boleh biarlah sejuk mata memandang. Kalau bujang and sedang mencari calon isteri itu lagi bagus. Kalau dia kaya kira bonus untuk dia. Ni masalahnya nak carik ubat gatal ke or nak menggatal? Hahaha.

-EnD-


21 comments:

Anna Dayana said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Ayu sukatiakula said...

cantiknya header baru

Chooyaya! said...

To Intan : Sorry I have to delete your comment. HAHAHAHAHAHAHAHA

Chooyaya! said...

sorry... terdelete komen ni. padahal nak delete komen intan. so i copy paste yg dari email

f a r h a n a has left a new comment on your post "Intan and Beprosone Cream":

I pun dah immune dengan beprosone. Lepastu Dr bagi I Dermasole biru pulak. Okay la for gatal2. And I consume vit c. But eczema ni susah nak pulih la haihh. Dr pon mampu suggest pantang makan and jangan terdedah kpd matahari sebab peluh tu bacteria bg gatal2 lagi teruk - pesakit eczema sejak azali :(

Anna Dayana said...

susah nak pulih ye? Alaaaa... sedihnya dengar.. Jdinya eczema Intan ni susah baik atau akan forever ever...

honey bedazzled said...

bersusah payah tapi saya cadangkan jumpa doktor di hkl. satu lagi sebab dia dah pakai steroid lama susah la sikit nak suggest non based steroid cream. kena jaga makan sama. if ada infection steroid based cream semata mmg x jalan kena ada antibiotic cream as well. steroid sapu lama kulit nipis dan hitam nanti. nevermind i always suggest mintak refferal mana-mana klinik swasta pun bole p la HKL dermatologist. always the best tq!

Anna Dayana said...

Honey,

Intan memang da lama pakai cream sapu contoh Elomet,sampai kat tangan tu da jadi bekas hampir hitam tpi tak legam lagi la.. Huhuhu. ada antibiotic cream ye? tak tahu pulak. Boleh bagi nama ubat antibiotic cream tak?

Doktor di HKL dermatologist ok ke sis? Intan plan nak pergi Gleaneagle atau Tawakal je.

Thanks

kisah kita said...
This comment has been removed by the author.
kisah kita said...
This comment has been removed by the author.
FIERA said...

akak, pakai non streoid cream, produk moogoo dekat farmasi, but kalau kulit kite dah terbiasa pakai steroid cream, die ada effect sikit, pharmasist kata die proses keluarkan streoid, just continue pakai. Anak fira dari eczema teruk, now dah ok, siap dah boleh makan seafood bagai... try google moogoo erk

Hani said...

Suraya, Intan
Alya my daughter pun ada eczema. 6 bulan try and error mcm2 ubat.
lastly bagi minum susu kambing alhamdulillah ok.
steroid tak bagus sebab menipiskan kulit, nanti lagi teruk.
then my boss pun anaknya kena eczema juga dia try nettle leaf, org India panggil pokok sampah. tumbuk mcm inai, sapukan kat bahagian yang kena eczema.
ada lagi ubat yang sesuai contoh bikodem beli kat kedai cina pun ok jugak cumanya eczema ni based on hormon. dia akan berulang cuma bezanya teruk atau tidak.
Alya teruk kat bahagian jari kaki sampai tertanggal kuku. tapi since tukarkan susu Anmum ke susu kambing Hi Goat alhamdulillah berkurangan.
seafood cuba kurangkan.

Anna Dayana said...

To Kasih kita,

wow!! artis.. Intan ni extra pelakon je.. hehehehe.. Mesti mahal tu treatment dia. Takpe nanti Intan try google klinik dr farhat tu..

Terima kasih atas bantuan ye..

Anna Dayana said...

to FIERA,

Intan dah beli set moogoo tu RM180.. Intan pakai tapi sekali tu je sebab macam takde kesan mungkin sebab kulit da immune dengan ubat yg kuat.. Tapi if fiera da suggest utk continue, Intan try la beli lagi 1 set, tapi mahal la...HUHUHU.. nak cantik kena la berkorban kan.. HEHEHEHE

Thanks for the info

Anna Dayana said...

To Hani,

Kulit intan sekarang ni memang da nipis gila,abis jari jari terkopek kopek.. Intan tak boleh buat kerja rumah macam basuh kain basuh pinggan sebab PEDIH oooo.. Ubat cina tu krim ke atau macam air? Intan cuba la cari nnti..

Terima kasih Hani utk info tu.. doakan terbaik untuk Intan. *tibe-tibe


FIERA said...

Intan,anak fira mula-mula pakai, tang badan yang selalu sapu cream steroid, die macam dah nak berkudis, rasa nak saman moogoo dah, ahhahaha send message kat moogoo, they all kate keep pakai... sampai anak fira elok, hahha selain tu, anak fira yang sitampok manggis, now putih, hahahahhaha tak sure itu moogoo ke pasal memang budak tu nak putih... hahahah now fira pon gigih sapu kat badan pasal nak putih.... hahahhaha

honey bedazzled said...

HKL dermatologist is always the best. i do believe dah if pakai elomet bagai dah xelok la that is higher strenght steroid based. mmg ada tapi sila jumpa pharmacist utk antibiotik cream. derm hkl bagus. mmg if u mintam refferal letter terus g dermatologist

Anna Dayana said...

FIERA,

Dah tua bangka ni boleh ke kita menggunakan moogoo untuk putihkan kulit? Huhuhu.. Intan kena pakai sabun dr product tu la.. Sebab saya kalau pakai sabun lux ke jonhson ke pedid pedih oooo...

HEHEHEHE

Anna Dayana said...

Honey,

thank for advice. Nanti lepas seminggu ni tak baik juga minta RL pergi HKL.. so skg nak jumpa doc dulu ke atau amik ubat kat pharmacy.

Tolong la Honey ku syg

Chooyaya! said...

tq pada semua yg bagi komen. korang kalau pasal intan kemain kan? semua care je. nyampah.

Killer BROWNIES said...

Kite pun ada masalah eczema kronik, dah suffer lebih 20 tahun.. Nak natural remedy, try guna Res-Q Ointment from Burt's Bees.. Elok sgt tau!

rini.borhan said...

minggu ni banyak betul baca orang dewasa yang suffer eczema like forever katanya.. tak sabar nk join kelas 18 hb nnti ..sharing pasal eczema dengan pemakanan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...