Monday, September 29, 2014

Day at Kidzsport and Gym dengan Intan

Assalamualaikum.

Intan ni memang tau? Memberi janji-janji manis konon Sabtu tu nak datang lepak rumah I. Sebab dia dah 2 bulan tak datang lepak/tido sini. So kononnya nak spend time sama-sama la dengan I and Shein.  I pon tunggu la dia sampai seharian tak pergi mana. Lunch pon makan apa yang ada jer, tak keluar pon. Bajet nak makan sedap la nanti bila keluar sesame dengan Intan. Sekali petang baru dia bagitau tak jadik datang. Makanya I pandang Shein, Shein pandang I. Naik pening duduk sehari suntuk dekat rumah. Sazli malam tu ada wedding. So I kawan dengan Shein je la. Naseb baik ada Shein, kalau tak kawan dengan dinding and semut. Lagi sedih. Tenkiu Shein sebab selalu ada dengan Mama. Love U. Nak uweeeeet!

Dulu sebelum raya every week ada je la muka Intan dekat rumah ni. Sekarang dah tadek.  Yerla kan, now Intan dah pindah rumah sendiri yang dekat Padang Balang tu, so rumah dia dah cantik. Memang tadek la dah nak datang rumah I dah kan? Dulu dia suka datang sebab rumah I sejuk. Nanti dalam rumah pon dia pakai socks and now kata Intan, rumah dia pon sejukkkk sangat. Intan pakai socks Kaksu. Tido pon bukak kipas satu je. Seeeeejukkk. Excited Intan cerita. Macam budak tadika baru dapat katil kaler pink.

Dia happy sekarang ni sebab takyah dah share bilik dengan adik dia Zati. Klik sini nak tengok rumah Intan macam mana. Tapi ni time under renovation. Now dah siap pindah pon cuma bilik dia still tak complete. Furniture tadek lagi. Dia tengah kumpul duit tu. Makan tahun jugak tu kalau Intan nak kumpul duit. Baik beli set bilik tido pengantin je Intan. Haha. Buat apa nak fikir lama sangat? Kawen je la. Ramai yang nak tapi dia jual mahal. Nak kawen Ustaz tapi kena hensem macam Zul Ariffin. Mane nak carik? Itu semua fantasi drama melayu je.

So semalam Intan bayar balik hutang nak lepak sesame yang tak jadik on Saturday tu. Kiter lepak dari breakfast sampai la malam baru Intan balik rumah dia. Memula breakfast dekat Kayu Petronas Ampang. Lepas tu balik rumah I. lepas Zohor keluar pergi Pavilion dengan Mak. Teman Mak carik Winter Cloth tapi tak dapat pon. So kiter makan-makan dulu dekat Grandmama’s sebelum gerak ke GE Mall sebab nak jumpa Shein and Sazli dekat sana. Sazli bawak Shein main dekat Kidz Sports & Gym. Later lepas maghrib baru kiter balik rumah.

Masa dekat sana, Shein asyik jerit je Intaaaaan. Sebab dia ikut I jerit Intan. Haha. Masuk dalam gym, nampaknya Intan yang over excited. Kemain baring dalam kolam balls. Haha. I risau takot kena halau je sebab bising. Ada la bebudak kecik mana entah baling dia dengan bola, dalam baya-baya Shein je. Pastu dia baling semula budak tu. Ngek la Intan ni. Kata Intan, ‘Kaksu, kalau Intan ada anak nanti, Intan kena buat menda-menda macam ni jugak ke?’ Pastu kata I, ‘Yerla… Dah tu?’. Intan kata takpe, Intan duduk perati je dari jauh. Nanti Intan suruh bibik kejar anak Intan.

**Rolling eyes. Dia ni cita-cita memang nak tinggi je. Kawen pon tak tetiba dah nak ada anak siap package ada bibik lagi. Tu memang cita-cita Intan. Dia nak berenti kerja and jadik Lady of Leisure. Tak payah kerja. Duduk rumah mencantikkan diri pergi spa lepas tu shopping. Semoga angan-angan Intan menjadik nyata. Amiinnnnn…

-EnD-



Ni masa lepas makan. Dekat Pavilion. Tapi ni dalam toilet. Mak gelak je tengok kami gigih amek gambar. Haha. Susah pakai liptik merah ni sebab kena menten merah sentiasa. Sazli tanya pada Intan, 'Trend ke lipstick merah sekarang ni? Kemain'.


Menjerit-jerit Shein masa ni sebab Intan kacau. Dia jerit, 'Intaaannnnn Intaaaaaaaan'. Haha. 


Kesian. Rumah dia tadek macam ni.

10 comments:

Lavender violet said...

kaksue chantekknye pakai lipstik merah :D

Chooyaya! said...

Lavender Violet : Heeeeee thanx!

Hani said...

tapi intan tu memang comel. ye ke takde boifren?

su pun comel jugak

Anna Dayana said...

ehem.. ehem.... LV

Anna Dayana said...

ehem.. ehem.... LV

Anna Dayana said...

Hani..

betol Intan takde boipren.. Sedih!!!! Kalau Hani ada prospek bagitau kat kak Su ok.. Hehehehehe

Joannfoca said...

my dream girl Intan =)

Anna Dayana said...

Joanfoca

am i? clap clap...

Mimy Hamid said...

nak follow blog intan la...hehehe...sengal nya sue...gelak gile ko nyakat sue

Anna Dayana said...

Mimy.. Jom la follow blog intan.. Tp blog intan x sehebat blog kak su

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...