Friday, September 26, 2014

Jom Bali ??

Assalamualaikum.

Yang ni I, Kaklong, Kaseh, Mak and Aiman dinner sesame dekat Jom Bali AeonBig Wangsa Maju. Dulu nama dia Carrefour. Last week yang cuti Hari Malaysia tu GF ada datang KL sebab nak visit anak Ayiel and kata dia teringin nak makan dekat Johny’s. Hari Isnin dia dah puas makan Johny’s and yang dinner ni lepas Kaklong bawak Mak urut kaki dekat Spa dalam AeonBig tu. Mak memang all-time favorite dia Johny’s. Nanti balik kampong eksyen la cerita kat neighbor makan pakai chopstick. Kata dia, ‘Aku kalau datang KL suka makan steamboat’. Gitu. Kemain eksyen. Nanti yang makcik’s tukang dengar kedip-kedip mata je taktau pon steamboat tu apa. Ajak makan kat Levain haritu masam je. Sebab tadek nasik. Hahahah.

Shein tinggal dengan Sazli sebab this time kiter keluar lama. Dari petang lepas Asar jejak ke malam. Kang kalau ada Shein, kesian dia penat and jemu pulak. Sazli Alhamdulillah memang dari Shein 6 bulan dia dah boleh handle everything dari mandi, makan, siap boleh breakfast dua orang dekat Kedai Mamak or restaurant. Molek je berkawan kalau I tadek. Tapi Shein bila nampak Mama and Abah dedua depan mata macam-macam jenis drama swasta la keluar. Paling tidak pon nak main kuda-kuda atas perut sampai 18juta jam tak pon terjun kolam ikan.


Aiman makan nasik goreng ayam and air sirap. Bawak la pergi mana-mana, dia akan order dua menu ni ajer. Senang hidup. Aritu dekat Johny's tadek nasik goreng dia order nasik ayam.


Konon la diet so I makan sotong kangkung. Sedap! Sotong punya misai (ke janggut?) tu macam ekor cicak je I tengok. Ngeri nak makan.


Mak makan nasik goreng kampung. Yang ni memang teeeerrrbaik! Sama sedap dengan nasik goreng I. (Nak jugak tu)


Kaklong makan Fish and Chips. Coleslaw dia sedap. Pastu instead of tartar sauce dia bagi this cheesy sauce.

Anak buah I, Aiman tu (Anak De) Ya Allah punya la pendiam. Mana dia nak bercakap sangat. Sejuta tanya, jawabnya satu. Takpon ‘Entah’. Memang pendiam sangat-sangat. Tapi kalau dengan Kakyang or Kaseh, dia ok je berborak. Dengan I jer tak. Segan kot? Nak pulak dapat Makcik gorjes macam I ni. Cane? Hahah. Kerjanya dia mengadap Psp je. Kekadang I tengok dia duduk dekat kerusi tak bergerak-gerak dari pukul 9am sampai 1pm. Tak masak ke telur dia? Waaarrgh Hahahha.



Aiman and Mak. Ni la cucu kesayangan Mak. Haritu I tanya dia masa dalam kereta, 'Mak, Mak sayang not (I) ke sayang Aiman? Kata dia Aiman. Pastu I bukak lock pintu, suruh dia turun. Terus dia cakap sayang I. Tau takot.

Makan kat Jom Bali ni best. Murah, cepat and portion dia besar. Nanti kalau korang datang sini, boleh la try Jom Bali. Mak pon dah tau dah kalau datang AeonBig mesti nak makan dekat sini. Yerla, ni kan one of her favorite place untuk shopping langsir. Sebab kat dalam ni ada kedai kain Nagoya. I tak paham konsep emak-emak yang boleh duduk tengok kain tak potong sampai 2 3 jam. Menda yang best entah.

-EnD-

I kalau naked face tak pakai eye liner cenggini la jadik rupa. Sepet kemain. Sama la macam Kaklong. Kiter Ongjawa kacuk Scottish biasa memang mata sepet-sepet macam ni. 

2 comments:

Nieda ramly said...

saya ingat ke Bali ...hihiho

Chooyaya! said...

Nieday ramly : hahahah skali kedai makan je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...