Wednesday, September 10, 2014

Shein and Kayu Golf

Assalamualaikum

Semalam kata Sazli, masa kat umah Baba and Maktok ada insiden menyayat hati berlaku. I dah saspen. Apa yang sedih sangat kan? Kata Sazli, kayu golf Shein yang dia paling suka kaler hijau tu patah dua. Sebab dia swing macam mana entah sampai terpatah. Giler la kuat Shein swing. Sebab tu ada sekali, masa minggu lepas, bibir depan dia luka sebab swing punya swing, sampai terkena bibir and injured. Well Shein kan? Dah nama Shein mesti drama mau lebih. Nanges giler  tak payah cakap la. Ikut sapa la. Nama dah la nak Shein je.


I heart my hair. Kata Shein kepada wartawan Hai yang menebual beliau tempoh hari untuk segmen Kacak Bergaya.


Tu Sazli letak bantal sebab sian kat Shein kata dia, nanti dia duduk sikit je kat seat. Bontot dia sakit pulak. Ni masa kat kampung. Sazli bawak Shein ronda-ronda. 

So, bila kayu golf hijau dia tu patah, Shein start nanges. Nanges yang sayu tau? Nanges yang rasa sedih bila barang kesayangan kiter rosak/hilang. Macam tu la. Kata Bapak dia pegang je kayu golf yang patah tu sampai sebik-sebik muka dia. Bapak pon amek solatep and sambung balik. So elok la tegak, tapi buruk la sebab ada solatep. Actually dalam set golf tu ada 4 batang kayu lain tak silap I, Tapi kaler hijau tu favorite dia. Shein berenti nanges bila kayu dah elok tapi still sebik-sebik muka. Alololo.

Dia continue la main menda lain. Makan. Mandi. Main basikal as always tapi every time dia main, dia akan pergi dekat kayu golf tu. Pegang and Sebik. Letak sambung main. Pegang and sebik balik continue sampai petang. Kata Baba memang kesian sangat. So petang tu, Baba and Maktok pon decide beli la one more set. Nasib baik ada and nasib baik ada kaler hijau. Terus Shein happy. Asyik ketawa je and mood pon elok sampai la malam tadi.

Haha. Drama sangat Shein ni. But one thing I realized behind the drama kayu golf hijau yang patah ittew, Shein jenis appreciate barang-barang dia yang dia suka. Bagus. Tapi tu la. Kayu golf pandai pulak appreciate, iPad tak. Malam tadi dia amek iPad mini tu, memula dia ketuk-ketuk dekat meja. I cakap kat Shein, ‘No Shein. Don’t do that. Nanti rosak Mama tak beli lain dah’ (padahal Abah yang beli ponnn). Pastu dia pandang I, angkat jari telunjuk and buat macam warning dekat I tu. Hek ellleh. Padahal dia yang buat. Pastu I lipat kain. Lepa-lepa I rupanya dipijaknya iPad tu. Berdiri dua kaki atas screen. Perrrrghh urut dada I. Naseb la tak pecah.

I tarzan la. Apa lagi? Terus Shein nanges. Pastu sembam-sembam muka kat sofa. Pastu I buat bodoh je. Biar dia tau apa dia buat tu salah. Nanges nanges nanges I buat bodo buat keras je. Pastu agaknya dia rasa kot I marah. Datang dekat I, peluk leher. Pastu cium blakang badan. Cairrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr. Terus tak jadik merajuk lama-lama. Shein ni. U memang tawww???? Tak aci la macam ni. Shein….. Nak uweeetttttttt!!!


-EnD-

2 comments:

Jan@Afzan said...

alahai... baca pun boleh cair lah bila Shein buat macam tuh kat Su..

Shein ni ikut sape lah ek perangai...hehehe

Chooyaya! said...

Jan@Afzan : ikut perangai mama sebenarnya. hahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...