Wednesday, September 24, 2014

Majlis Kenduri Doa Selamat Fouziah Gous and Zhaf Yusof

Assalamualaikum.

Ahad malam lepas, I pergi Kenduri Doa Selamat sempena wedding anniversary Poja and Zhaf yang pertama. Dia buat dekat rumah family Zhaf dekat Bukit Jelutong. Poja biasa la, minah last minute. Kenduri hari Ahad, pastu Khamis baru gelabah nak fikir nak bagi apa untuk Goodies Bag. I biasa la, kalau dia tanya I, I kata mintak tolong Lien je (Event4u) Pastu kata Poja, Lien busy la wei, aku ajak dia datang kenduri rumah aku pon dia jawab, ‘Sorry bizi. Tak dapat datang’. Kerek giler. Hahahaha. Baaaaru ko tauuuu Lien punya eksyen macam mana????? Padan muka ko. Haha.

Pastu tengah-tengah cakap tetiba line putus. Pastu Poja tak puas hati terus wasap cakap ‘Putus ke kau putuskan? Biadap. Putus kawan!’ Haha. Tapi kalau nak kira break dengan Poja, I agak ada la 16 juta kali sehingga harini.

Now dia tak banyak amek offer berlakon sebab busy dengan bird nest yang Fgwalet tu. And I tengok memang rancak sangat bisnes dia. Alhamdulillah. Semoga berjaya and terus kaya kaya kaya Poja. Pastu boleh la bagi I handbag barang 5. Bila I cakap dia kaya nanti dia kata, ‘Kalau aku kaya duduk rumah je. Tak payah kerja susah-susah macam ni. Ko lain la. Laki kaya’. Sesedap rasa je nak cakap. Padahal yang pakai Porsche tu laki dia ke laki I?

So Ahad malam tu, I pergi Bukit Jelutong dengan Ellis. I tak bawak Shein sebab tak sesuai kenduri kendara baca doa selamat macam ni lepas tu Shein tantrum ke, meroyan ke. I memang fikir the worst je. Dari I sakit jantung baik la tinggal Shein dengan Sazli. So I mintak Ellis temankan I. Sebab kalau I pergi sorang jawapan dia, memang takkan sampai punya. Confirm! Lagipun masa first time pergi, kawasan rumah Zhaf tu tadek dalam waze. Maybe kawasan baru kot? Tapi situ rumah memang lawa-lawa. Tiga tingkat lepas tu ada lift. Perrrrghhh.

I bagitau Ellis, ni kenduri doa selamat bukan party. So kena pakai sopan and pakai tudung. Kalau tak, I tinggal U. Walaupon dia yang drive, tapi I yang nak tinggal dia. So acane sebenarnya konsep dia ni? Siapa yang patut tinggal siapa? Hahahaha.

Sampai-sampai je kat sana, tengok ada Kak Effa and Baba (Baba tu Abang Poja and Kak Effa tu Kakak Ipar dia) dengan Adik Wani jugak. Pastu ada a few fan Poja yang I selalu jumpa macam Watiesoong and Jansoong. Tu nama dalam IG. Nama betul I taktau. So terus masuk rumah, bila sampai je Poja tanya, ‘Mana Shein? Pesal ko tak bawak?’ Pastu I tak sempat jawab terus dia cakap, ‘Who are U? I kenal U ker?’ Kwahaja kan?

Saaaama la dengan Kak Effa. Suka buli-buli I. Dorang memang anak beranak kalau bergurau kasar. Cuma Adik Wani je layan I baik-baik sebab tu I sayang dia lebih. Masa kitorang duduk kat luar sementara orang surau baca yassin and doa dalam rumah, Poja kehulu kehilir macam mak pengantin hantar nasik lemak la, satay la. Pastu sempat dia pandang I and cakap, ‘Who are U?’ Yang bebudak lain dah gelak-gelak. I cakap la, I peminat U number saaaatuuuuuuuuuuuuuu. Nak tangkap gambar nantiiii. Pastu dia kata I mengada. And pesan 30 juta kali, ‘Wei, ko jangan balik lagi. Aku bizi ni. Jangan balik’.

Tau pon. Tadi asyik belagak buat-buat tak kenal.

Dekat kenduri ni I jumpa dengan Ajaah (adik beradik Kak Effa & AdiK Wani) and anak dia Harisa. We’ve known each other since 2008. Kenal dorang dari Poja la. I suka la family dorang ni. Semua peramah and baik-baik semuanya. Pastu jenis bergaya macam artis. Kiter memang follow each other punya IG and selalu komen-komen gambar dekat sana. So walaupon jarang jumpa kalau tadek apapa event but relationship tu tak la terputus. Masa I kawen pon, dorang datang dari Kuantan ke Jengka. Adik Wani and Dayah pon datang masa I punya Majlis Tunang dulu. Sebab tu I sayang dorang. A stranger yang baik macam family.

So sekarang ni nak cerita pasal Fouziah Gous ke sapa sebenarnya. Hahahha. Poja pon of coz la I sayang. Sebab dia baik. Cuma masa wedding I dulu, I pesan kat dia suruh datang lambat sebab nanti tadek orang nak amek gambar I. Asyik nak amek gambar dia. Tapi time wedding dia, dia tadek pesan pon suruh datang lambat cuma pesan, ‘Kalau kau tak datang, aku bunuh kau’. Lagi dasyat. Hahahha.

So Poja, dah setahun kan ko kawen? Rasa macam baru bulan lepas attend wedding ko. Aku doakan semoga jodoh berpanjangan and lekas-lekas dapat anak sebab aku memang cita-cita dari dulu nak tengok ko gemok. Tapi tak jugak gemok-gemok. Jenis makan sehari 4 kali tak payah diet tapi takyah risau fikir akan gemok ke apa.

Mana keadilan dalam dunia ni ha? Mana?????? *Lari sambil tarik rambut

-EnD-



Adik Wani. Siti Nurhaliza & Fouziah Gous


Harisa, Siti Nurhaliza & Ajaah


Ellis and Poja. Elok je muka Poja pakai tudung melekap-lekap kat muka macam tu. Kalau I pakai? Nah kau. Terus muka Bibik Indon.


Mementang artis, boleh la duduk tengah.


Dengan Watisoong & Jansoong.


Kak Effa aka Nasha Aziz


Dapat ni. Air Zam-zam dengan kekacang. Gambar terbalik pon ok.

10 comments:

eda said...

yeee eda senget kan kepala okeh tgk gmbau last tu .. mencikkk !!! hahahaha

Mimy Hamid said...

kem slah poja kalau jumpa...mmg ko akan jumpa...bff ko hehehe...dulu dia ..ckp dia aku bukan fan dia tp aku suka dia ngan zhafou...heheh

Chooyaya! said...

eda : hahahahha takperla exercise kepala sekali sekala. pergi mandi la edaaaaaaaaa

Chooyaya! said...

mimy hamid : ni kalau aku ckp kt dia ni kembang la. haha.

mamabeauty said...

hehe gelak baca part if you pakai serupa bibik indon..

ieda iedana said...

sian kita kena terbalikkan kepala nak tengok gambar last. cramp nanti siap kaksu! haha

eda said...

hahaha woiiii eda dh mandi laaa !!

Chooyaya! said...

mamabeauty : tp itulah hakikat dia/ tsssk tssssk

Chooyaya! said...

ieda iedana : hahahahahahahha padan muket :p

Chooyaya! said...

eda : tipuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...