Wednesday, September 24, 2014

Selamat Pengantin Baru Apit And Haliza

 Assalamualaikum

Yang 2 minggu lepas kitorang balik Kedah tu sebab ada kenduri. Apit cousin Saz kawen. Yang ni kenduri belah lelaki. Kenduri belah perempuan dah buat 2 minggu sebelum tu. Dekat Langkawi. Tahniah Apit. Kawen dah hang. Suka la tu dapat bini lawa macam Kaksu. Selamat pengantin baru for u both  Apit And Haliza. Selama ni I dok panggil wife Apit, Pizah. Sesuka suki tukaq nama oghang. Haha. Yang Liza pon sahut je kalau I panggil Pizah Pizah. Acane?

Kenduri memang meriah. Cuaca pon elok je. Tak panas sangat and tak hujan dari mula kenduri sampai habes. Alhamdulillah. Tetamu tak putus-putus datang. I bertugas sebagai pemberi goodies bag tapi lebih banyak mengelat. Sebab segan kena berdiri lama-lama dekat tempat orang salam-salam tu. (Alasan). Nanti oghang tanya ni sapa hat lawa-lawa ni? Tak besa nampak pon? Dah kawen ke belum? So I malu. Haha. Sentut!

Bila tetamu dah balik, Irah and Fizah (Dedua ni adik Apit) suruh I jadik penata gaya. Cecece. Macam la I pandai sangat. Dari bilik pengantin sampai la ke outdoor photo-shoot. Photographer ialah Irah sendiri. Jimat kos sebab takyah hire orang lain. Camera sampai 3 bijik selimpang dekat bahu. Kadang-kadang I pon jadik tukang amek gambar tapi tu la, yang I amek gambar tadek orang pandang camera pon sebab jenis diam tadek nak cakap ‘Pandang sini, pandang sini’. So I dah decide taknak jadik photographer. I nak jadik pembaca berita. Yes!

Memula dorang nak amek gambar dekat Kolej Insaniah tu tapi tak dapat kebenaran, terus pergi ke Sekolah Menengah Merbau Pulas. Eh betul ke nama sekolah menengah yang kiter pergi tu macam tu? Memandai je I. Hahahah. Tak lama amek outdoor sebab kiter semua professional. Gaya lebih kepada gaya bebas sebab tukang penata gaya kepala sebok nak pergi cuci rambut kat salon so tak berapa nak focus. Hahaha.

Tapi Irah amek gambaq memang cantik la. Dia pon memang buat part time amek gambaq. Tengok gaya dah terbaring-baring atas jalan pon kiter dah tau gambar mesti lawa punya. So sesapa kat area Kuala Ketil and Sungai Petani boleh la suruh Irah amek gambaq pasai dia amek gambaq pon lawa, lepas tu kreatip lepas tu berseni lepas tu dia edit lawa, lepas tu murah lepas tu Irah apa lagi, Bak duit. Sebab Kaksu dah promote hang.

I suka bebudak Apit, Irah and Fizah sebab dorang memang baik sangat-sangat. Suka je layan I kalau balik kampong. Irah especially. Syok sebab kiter tak pernah boring kalau balik umah Tok Chak sebab I always have them. Cakap je nak makan apa, zaaaaapppp ada depan mata. Bagus.


Selamat Pengantin Baru Apit And Haliza. Semoga berbahagia ke anak cucu. Cantik kan Haliza? Oghang Kedah memang muka banyak macam mix. Dia macam Hindustan pon ada. So harap-harap Shein nanti dah besar hensem macam Shah Rukh Khan. Kalau Apit, dia Gengis Khan. Haha.



Tengok la Irah sampai terbaring-baring nak amek shot terbaik. Time ni I dah salin baju sebab belengas dah. Your country is hot! (Poyo)


Tetiba ada sebuah motosikal telah menganggu perjalanan sesi fotografi.


Rupanya Shein dengan Abah dia! Hahahaha. Suka la Shein ronda naik motor macam ni keliling kampong. Cuma this time kiter balik tadek sawah padi menghijau. Depa dah tuai lepas tu bakaq bendang. Tak lawa dah. Ada sekali I pergi sawah tengah menghijau. Syok giler. Rasa macam nak baring dalam sawah.


Believe it or not, ni je gambar I dengan pengantin. Dah la pakai t-shirt and tracksuit je. Haha. hope nanti dalam camera Irah ada la terselit gambaq Kaksu yang lawa-lawa je kalau boleh. Haha.

Masa kat kenduri, tetiba I overshadow Haliza sebab duet dengan Apit nyanyi lagu Memori Daun Pisang. Amboi. Lagu Dangdu. Hahah. Masa tu Mak and Bapak tengah bizi layan tetamu. So I bernaseb baik sebab depa tak dengar I nyanyi tapi Masi Timah dah peramah pergi bagitau Bapak dengan Mak. So kena nyanyi lagi sekali. Mak siap bagi pasu bunga dekat I. Haha. nampak sangat suara sedap giler. Pastu Bapak komen cakap, ‘Su boleh nyanyi, tapi kalau pergi kelas vocal lagi sedap suara’. Tu nak kata tak sedap la tu sebenarnya. Haha. Video? Takdeeeeeeeeeeeeeeer!

Tapi I tak frust pon Bapak cakap macam tu sebab Pembaca Berita tak semestinya kena pandai nyanyi. Kan? Okbye.


-EnD-

2 comments:

FadlinaMokhtar said...

oramg peghelih pun lawa gak ( angkat p la bakui sendiri kihkih ).
ni awat muka kazen sazli macam muka dia.ingat sazli bersanding lagi sekali tadi.

FAD

Chooyaya! said...

fadhlinamokhtar : oghang utara mmg muka ada kacuk2 kan? mmg cantik2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...