Wednesday, September 10, 2014

Makan at SOULed OUT with Orang Giler

Assalamualaikum

Hari Jumaat biasa ktier pergi makan kat tempat sedap-sedap sikit sebab kan Jumaat rehat lama? Tak decide dari awal pun. Masa dalam kereta baru discuss. Semua tadek idea. So I pon cakap, ‘Jom la Souled Out sebab dekat’. Pastu Kaklong sokong sebab kata dia kalau pergi makan bukan kat shopping mall bagus. Takyah sebok-sebok nak shopping (Macamkan kaya sangat). Semua setuju tapi Intan sorang je bulatkan mata sambil jeling Dyba sebab dia nak tempat murah sungguh. ‘Sapa nak makan ikan keli boleh turun sekarang’. Pastu I bukak lock kereta. Haha. Intan terus cakap, ‘Ok. Intan setuju Souled Out’. Terus setuju. Tau takot. Haha.

Kekadang Waitress dekat sini macam kerek sikit. Takpe. Kiter tengok kali ni macam mana. Biasa yang kerek ni perempuan. Sebab dia dengki kiter semua cantik-cantik (nah baldi tadah muntah hahaha) Yang lelaki elok je sebab kata Intan dia baik sebab nak ngorat I (Intan la cakap. Bagi dia semua lelaki dalam dunia ni nak ngorat I). Sekali dapat waiter hensem Intan apa laaaaaaaagi, ‘Abang, nak menu. She’s married’. Dia bagitau siap-siap  I dah kawen sambil tunjuk I dekat waiter. Hahaha.Terus panggil Abang yang tak menahan. Budak tu pulak dah merah-merah muka. Suruh repeat order pon  sampai gagap-gagap. Hahaha. Intan ni memang. Semua orang dia ‘Abang’ kan. Aritu masa yang pergi event Nuffnang pon, cina-cina kat sana habes  dia panggi, Abang. Bangang.

Sementara nak sampai makanan, bebudak ni beborak la yang more to berangan. Kata Intan, ‘Your country very hot’. Poyo kan? Sebab masa kat Souled Out ni aircond dia macam tak berapa nak sejuk. Bebudak ni macam ni la. Asal makan mahal skek, mula la nak berangan meeting la apa la. Cakap omputih kuat-kuat. So bila Intan cakap macam tu, Kaklong tanak kalah. Kata Kaklong, ‘Oh really, where you come from?’ Biasa kalau ada sesapa yang tanya macam tu, kiter akan jawab, ‘London’. Tapi Intan upgrade. Intan jawab, ‘U really wanna know where I come from?’, pastu dia toleh meja belakang yang ada Mat Saleh dua orang, ‘Hello, welcome to Malaysia’. Hahahha bangang kan? Padahal Mat Saleh dua orang tu buat bodo je walaupon kiter speaking kuat-kuat. Hahahha. Mampos gelak.

Anyway kat Souled Out ni tak mahal mana. Range harga makanan dia dalam RM20-RM40 je. Tadek ratus-ratus. Paling mahal pon steak. Dalam RM60 kot? I tak pernah try steak kat sini sebab rasa macam selain VS, steak tempat lain tak sedap. Kalau nak makan bajet, jangan order air. Mintak je ice water. Free. Hahaha. Pastu atas meja ada air mineral tau? Jangan bukak! Sebab yang tu kena bayar. Kaklong masa dia order makan, dia tak order air. I tanya, ‘Kak, ko tak minum ker?’ Kata dia, ‘Takpe. Aku minum kat office’. Muka serius je. Hahaha. Bongok.

So, ni semua yang kitorang makan. Si Sarah suka la order air pelik-pelik. Aritu dia order air beetroot. Beetroot + carrot + saderi. Uweeeek. Air tumbuh-tumbuhan dia minum. Apa ntah nama air tu I dah lupa. Tapi masa kitorang dok borak-borak tu, Sarah cakap la ada air dragon fruit. Skali masa dia order, dia kata, ‘Can I have dragonfly?’ Spontan terus semua gelak. Ko giler nak makan air dragonfly? Eeeee! Lepas dah malu sebab silap terus cakap melayu. ‘Dah. I nak air ni’. Sambil tunjuk gambar. Bangang memasing. Haha.

Btw, kalau nak tengok menu dekat SOULed OUT klik dekat sini. Ada gambar dengan harga siap-siap. Senang korang nak tengok if berminat nak makan dekat sini. Indian dish dengan Pizza is only available at 3.00pm onward ok?

-EnD-



Intan and Dyba punya. Chicken Cordon BLURR. Harga RM26.00. Kaklong dengan Ira makan Spaghetti Carbonara. I ada share dekat sini.


I punya. Sizzling Chicken Chop. RM26.00


Ice blended menda ntah. Takde pulak dalam menui online. Harga dalam RM12.00. Sedap gilerrrrrrrr!!


Sarah punya. Summertime Salad. RM23.00 



Sarah punya jugak. Smoke Salmon and Creme Cheese Sandwich. RM18.00


Air tumbuh-tumbuhan Sarah.

Last but not least, terimalah kumpulan Elite generasi baruuuuuuuuuuuuuuuuuu. Jeng jeng jeng!!!


Tengok Intan. Tetap dia nak paling depan. Haha. Kaklong pon bukan main posing. Dah la pakai tudung terbalik. Dah terbalik tu taknak ngaku tu. Kata dia sengaja sebab nak bagi sama warna dengan baju.

2 comments:

Anna Dayana said...

Hahahha.. kak su yang paling lawak yang kak long tanya tu? where you come from? hahaha spontaneous jawapan intan..

Love u all my Elite group..

Chooyaya! said...

anna dayana : seriously u want to know? intan terus jawab. bongok intan! intan now sombong eh dengan kaksu?