Thursday, September 11, 2014

Memori Camping Masa Sekolah Menengah

Assalamualaikum.

Semalam Maksu (My childhood friend at Jengka) whatsApp I gambar ni. Masa tu I tengah makan coco crunch, terus bersembur dekat screen. Hahaha. Selenga habes muka. I ingat time ni masa dekat Kem Pengakap dekat Bandar Pusat Jengka. Apa eh nama kem tu? Jap nak Google. Oooo kata Google nama dia Kem Pengakap Tengku Mahkota. Sapa yang sekolah area Bandar Pusat Jengka (Now nama dah jadik Bandar Tun Razak) and dia pengakap, sure tau kat mana tempat ni. Belakang kedai Nasik Ayam depan tasik tu. Kitorang panggil Sudut Selera. 


Dari kanan. Ija, Siti Nurhaliza, Suzi Mat Saad and Ayu. Nama AYu dalam FB Ayumi Yoshi. Motip Ayu?

I dulu Pengakap. Tapi baju pengakap tadek ponnnn. Yang ada scarf tu je la. Sekolah lain semua pengakap dia one suit. Kitorang dari hari mula sampai habes pakai je la baju dengan t-shirt. Miskin sangat rasa. Hahaha. Dulu-dulu kalau time camping memang best. Excited giler. Tak silap I, I join camping ni start dari Form 3. Masa tu dah 15 tahun, so Mak dah bagi la nak join aktiviti sekolah yang overnight dekat luar. Walaupon dah pesan  TAK PAYAH datang tapi dia dengan ayah degil. Datang jugak. Nak ambik baju kotor and hantar makanan. Pffft. Jatuh reputasi I depan adik-adik sekolah rendah. Dorang pon camping tapi tadek plak Mak Ayah datang jengok. Basuh je baju sendiri. Makan je sendiri. Yang tu sampai sekarang I tak puas hati.

Pastu pulak kan, orang lain semua pergi naik bas. Usually, I, Erni, Ayu and Dewi kiter pergi naik kereta Cikgu Azaman. Memang every year macam tu. Nanti cikgu datang ambik dekat rumah and boleh pergi lewat skek. Let say orang lain pergi pukul 10.00am untuk pacak khemas semua, kiter datang dah petang pukul 5.00pm. Nanti Mak bekalkan dengan pisang and rambutan seguni sampai penuh bonet kereta Cikgu Azaman. Seronok sangat bila cikgu sayang. Cikgu lelaki memang sayang la. Cikgu perempuan ramai tak suka dekat I. Insecure takot orang ngorat laki dia la tu. Haha.

Kat sana kiter buat aktiviti memasang khemah. Lepas tu ada pertandingan buku log, pertandingan memasak and paling best, Malam kebudayaan. I ingat, ada dua kali Malam Kebudayaan I participate. I nyanyi dengan Ayip. Satu tu masa kat Kem Mahkota I nyanyi lagu Nurul & Ajai yang Aku CInta Aku RIndu tu (amboi. Bulu pon ada sikit-sikit lagu nak cintan je) and masa kat Tasik Chini I duet dengan Ayip nyanyi lagu Pergilah Sayang by Ella & Korie. And sekolah kitorang menang. Both menang. Sebab kiter buat sketsa lawak and lepas tu Ayip petik gitar and kiter dua menyanyi sama-sama. Time tu I tadek masalah nervous ke apa. Confidence level memang tinggi. Ko try suruh sekarang? Pegang mic dah gigil.

Rugi sebab time tu tak rakam or ambik gambar. Teknologi time tu mana la nak sama macam sekarang kan? I masa yang menang persembahan time kat Kem Mahkota yang nyanyi lagu Aku CInta Aku Rindu tu ada la rasa kembang-kembang sebab masa kiter pergi mandi kat toilet ramai-ramai skali dengan budak sekolah rendah and sekolah menegah lain, semua orang macam cakap pasal persembahan kitorang tu. Sebab sekolah kitorang buat lawak hantu ke menda ntah kan? So semua macam terhibur. Sekolah lain pergi nyanyi lagu Nasyid  Saujana Keluarga Bahagia la apa la. Pastu nak berilmiah je, memang la menguap semua. Haha.

Banyak kenangan time camping ni sebenarnya. I pernah pergi Taman Negara jugak ikut Pengakap Sekolah. Mandi dalam hutan time period, jumpa mayat kat tebing sungai. Jumpa hantu la, kena baling dari dalam hutan time malam-malam buta and many more. Bila ingat balik sekarang, nak masuk hutan berpacat rimas macam tu haishhh. Baik dok rumah layan tv lagi best. Hahaha.

Bila sampai je rumah dari camping, Cikgu Azaman hantar kan? Pastu Mak dah ada depan rumah. Dekat pintu. I masuk je rumah terus Mak kata, ‘Mandi sekarang! Ko ni dah macam orang Asli Sungai Bangkong dah’. Pastu dia jadik mando duduk dekat pintu bilik air. Pintu dia tak bagi kunci. Suruh gosok gigi, sabun 2 kali, syampoo dua kali. Bilas dua kali. Semuaaaa dua kali. Pastu bebel-bebel cakap apa la kotor sangat. Ko ni pergi khemah ke pergi berkebun? Lepas dah siap mandi terus kena paksa makan. Ponnnn dia tunggu depan I untuk pastikan I makan habes. Boleh? Boleh tak Mak I macam tu????? Hahahhaha.

Dulu I tak paham. Kenapa masa camping kat padang sekolah (je pon) masa darjah 6, Mak hari-hari datang cek I dari jauh. Dah pesan JANGAN DATANG DEKAT. Sanggup tu dia jalan kaki dari rumah ke sekolah sepanjang-panjang 3 hari I berkemah. Pastu bila naik sekolah menengah pon ada jugak Mak datang campsite yang Kat Kem Tengku Mahkota tu. Tapi kat Tasik Chini and Taman Negara dia tak datang la. Sebab jauh. Hahah. Padan muka. But now, bila I ada Shein, I faham dah apa Mak rasa. Risau anak tadek baju bersih, tido selesa ke tak, makan cukup ke tak. Dulu I tak paham.

Sekarang I paham. Pastu sebak plak rasa. Walaupon dulu menghentak-hentak kaki bila Mak datang bawak nasik ayam. Salam dia cepat-cepat lepas tu amek makanan lepas tu suruh dia balik terus jangan pusing blakang dah. Segan kalau kawan nampak sebab nak jaga reputasi but now bila ingat perrrghhhh sebak siot! Dia risau I lapar sebenanrya. Tapi I je yang tak paham sebab tu I merajuk and tarik muka each time Mak datang. Haih.

Sok lusa bila Shein dah besar, I pon macam tu jugak la kot? Pedulik la dia nak malu ke apa. Janji I pastikan dia cukup makan, cukup pakai. Hahahha. Tak kena gaya, I join je sekali camping. Haha. Naseb la ko Shein. Sheinnnnnnnnnnnnnnnnnn nak uwet!

-EnD-

4 comments:

Alia said...

HAHAHAHAHAHAH teringat masa I pergi camping masa sekolah MENENGAH!

Sekolah MENENGAH ok

Sbb masa sekolah rendah I ni manja manja je, tanak kluar dari ketiak mak.

Sekali bila masuk form 1, kenkonon dah matang. Nak pergi camping. Padahal kat padang sekolah je. Siap pesan dgn mak, jgn datang campsite. HAHAHA

Tapi last last mak kasitau, during that camping trip, mak saja je jenguk jenguk dari kereta.

Uwaaa sedih pulak.

i miss my mak :(

Anna Dayana said...

huhuhu.. touching la pasal mak kak su tu.. sedihhhh

Chooyaya! said...

Alia : sekolah menengah pon manja? hahahahhahahah. tu la dah jauh2 baru rindu. padan muka. :p

Chooyaya! said...

anna dayana : kalau touching bak duit