Tuesday, September 23, 2014

Liptik Merah Ang-Ang By MAC

Assalamualaikum.

Finally berjaya jugak mendapat kekuatan untuk beli lipstick kaler merah ang-ang. Sebelum ni tak pakai lagi, baru tengok je pon I dah letak balik. Takot muka jadik Tapir tapi tadi I berjaya. Yes! Padahal tadi pergi MAC sebab nak beli lipstick je sebab liptik I pakai sekarang ni dah nak habes. But end up beli eye shadow, blusher, lipstick dua batang. So Shein, nak uweeeeeet. I cantik-cantik ni untuk U taw??? Haha.

Lipstick I biasa pakai Faux. Memang setia dengan kaler ni since forever. Yang habes ni, I agak yang ke 18 juta batang. Haha. I suka kaler ni. Ni je satu-satunya liptik MAC yang I pakai berulang-ulang. Biasa yang lain pakai tak habes-habes sampai 2 tahun baru nak habes. Pastu kalau dah habes udah. Goodbye forever. Memang tak beli dah. Try kaler lain.

Faux ni best giler. Biasa I akan mix dengan kaler lain. Dia akan jadik base color lipstick or I akan pakai dengan Lip liner yang gelap sikit untuk kesan lebih dramatic. Gitu. Eye shadow dengan blusher memang tak pernah tetap kaler. Bila habes beli kaler lain pulak. I suka mix color blusher. Base dia I akan guna Foolish Me. Memang nampak oren giler tapi bila dah apply dekat pipi cantik and natural je. Yang ni, Poja (Fouziah Gous) yang ajar I. Dia kan artis, so lagi la familiar dengan make-up semua ni.

Kalau eye shadow, I tadek specific colour. Janji dia ada kaler coklat banyak tone, dari light sampai dark. Kaler lain jarang sangat beli. Sebab kalau pakai rasa macam penari kebudayaan je, nak-nak biru. Bawah mata I suka guna kaler hijau metallic or I guna je yang base eye shadow kaler macam foundation tu. Shading tak pandai. So memang tak pernah beli. Cukup dengan menda-menda basic je. Foundation pon aci boleh. Takyah nak MAC sangat la. Bedak pon Garnier je.  Hahahaha. Dah la murah, best pulak tu. Jangan pandang rendah dengan Garnier ok?

So ni kaler-kaler liptik and blusher yang I guna sekarang. Kot la ada yang nak tau kan? Kalau tadek yang nak tau, I nak bagitau jugak sebab I peramah harini. Ni pon dari tadi tak katup bibir. Asyik sedut ailio je sebab takot kena liptik. Macam budak darjah 1 first time pakai liptik. Sasha dengan kaseh dulu macam ni la. Haha. Tadi kan masa keluar dari MAC I asyik muncungkan mulut jer. Sebab nak tayang liptik baru. Kot-kot orang tak perasan padahal kalau pakai kaler merah ang-ang macam ni, 1 kilometer dah nampak. Haha.

-EnD-


Yang ni I pakai Viva Glam 1. Special Edition from MAC. Sendiri tengok gambar, sendiri rasa nak lempang. Haha. Ada yang cakap macam hantu cina, ada yang cakap macam Geisha. Pon boleh. I redha. Konsep dia, kalau pakai liptik kaler ni, kiter tak dibenarkan senyum untuk mengekalkan kesan dramatik liptik. Paham?



Sebab dia special edition so bekas dia lain skek la. Merah.


Kalau pakai kat bibir, dia akan jadik macam ni. If nak pakai liptik kaler ni, elok pakai baju kaler dark. Jangan la liptik merah menyala lepas tu tudung merah menyala pulak sebab kalau kena kejar dengan lembu baru padan muka. Try to minimal your make up. Sebab bukan apa, orang dah tak pandang mata. Dari jauh orang nampak liptik aje. Haha.


Yang ni kaler Faux


Selamat dan cantik

Blusher favorite I. Foolish me. Campur dengan kaler lain supaya dapat tone down oren dia tu. Tapi dia sebenarnya tak la oren sangat pon. Cantik kalau pakai. Lagi gelap kulit, lagi sesuai nak guna kaler ni.


Yang ni Gingerly. Dah nak habes. I tak repeat sebab nak tampil berbeza. Cecece.


Tadi I beli yang ni. Blush-Pink. Bila campur dengan Foolish Me, meletop nyaaahhhhh. Makan hati ni Fouziah Gous nampak I. Hahahahahah.

14 comments:

Wawa Yusoff said...

kaler merah ang-ang! mmg ang sangat kaler nye kak su! :)

Mimy Hamid said...

iolls tokey nyx..kena pakai nyx...hehehehe...

Chooyaya! said...

wawa yusoff : memang ang ang nak mampos. i km dah nampak. haha

Chooyaya! said...

mimy : nyx matte ke lipstick dia. aku boleh pakai mate je. kilat2 aku geli. mcm baru lepas makan cekodok pisang.

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue.
Nabila Huda suka pakai kaler ni.. Bila dia gelak, Nampak putih ja gigi. :)

salwana nordin @ che'wa said...

alahaiiiiiiii saya tak penah pakai kaler merah ang ang..malu sbb muka tak lawo tetiba bibir merah..apakah?? hhhaaaaaaaaaa

kaler faux mmg cantik ok!suka sgt dgn kaler tu

Lavender violet said...

cantekk nye kak sue..
faux tu boleh masuk dlm list la pas ni.. biasa fevret kite kalo m.a.c hot gossip eheeks..

Miss Moon said...

sue

cantek la nko pakai kaler nih Sue ...meletops hokeyyyyyyyyy

Suhaila abd manap said...

mak aiii...garangnya muka!!..ahhahha...terkojut den:)..

Chooyaya! said...

haris zuhaina : dia salah konsep tu. patut liptik merah mana boleh gelak dah

Chooyaya! said...

salwana nordin : maknanya kena la cuba sekali. confident ok? semua orang lawa. yg penting mcm mana dia nak carry diri dia.

Chooyaya! said...

lavender violet : faux mmg kaler selamat. hitam putih kulit semua orang boleh pakai

Chooyaya! said...

miss moon : mooonnnnnnnnnnnnnnnnnnn nak uweeeeeeet

Chooyaya! said...

suhaila abd manap : sebab kalau pakai liptik merah muka memang kena garang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...